Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Ramadhan 1436H

Bersawangnya lah hai di sini..

Sedar tak sedar hari ini sudahpun masuk 27 Ramadhan..Ada lagi 2 hari tetamu istimewa ini bakal meninggalkan kita..Sedihnya rasa...sebab setiap tahun bila menjelang ramadhan mesti bersemangat waja nak buat macam2..Nak khatam 30 juzuk, nak istiqamah buat tahajjud, nak berterawih la..Bila dah berada di bulan ramadhan, macam2 yang dirancang tu selalunya tak dibuat sepenuhnya..Ada aja alasan T_T  Kenapa...kenapa...kenapa wahai diriku?? Belum tentu lagi kita bertemu Ramdhan yang akan datang, tapi setiap kali tiba ramadhan, macam tu la juga...

Walaupun ramadhan berbaki lagi 2 hari, masih ada lagi masa untuk kita menambah amalan di bulan mulia ini..Rugiiiii sangat2 kalau tak buat..Jom masuk gear 5!!


credit to shafiqolbu.wordpress.com

Thursday, August 1, 2013

It's a final count down...10 malam terakhir Ramadhan..

credit to fizal2310.blogspot.com
Allahu Allah...2/3 sudah lepas..kini kita berada di 1/3 yang terakhir Ramadhan..Sungguh Ramadhan kali ini sangat cepat berlalu dan kenapa aku rasa seperti telah ketinggalan keretapi pula?? o_O


Kali ini tiada rezeki berpuasa penuh dek peristiwa keguguran awal bulan Julai lalu..Takpelah, perancangan Allah untuk kita pastinya yang terbaik buat kita..

Yang penting, selagi Ramadhan masih bertamu, gunakan kesempatan sebaik mungkin untuk melakukan amal ibadah kerna belum tentu kita bertemu dengan Ramadhan akan datang..Insyaallah..Marilah sama2 lipatgandakan usaha di 8 hari terakhir ini..Semoga amal ibadah kita diterima Allah, ameen..






Friday, July 19, 2013

Mari menyumbang..Mari beramal..

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang, dialu-alukan. Sumbangan masih diterima. Insyaallah esok akan berjalan program ini..


Thursday, July 18, 2013

Puding trifle my style

Sebenarnya saya jarang buat dessert di rumah kerana encik suami kurang gemar. Pelik kan..Nama aje orang klate, tapi kurang gemar makan benda-benda manis. Anyway, bagus juga dari aspek kesihatan :)

Tapi last weekend rasa teringin pulak nak makan puding trifle ni. Pernah sekali dulu di awal perkahwinan cuba masakkan puding ni tapi kastardnya terhangit sedikit dan memang menjejaskan rasanya. 

Senang aja membuatnya dan bahan2 pun mudah dicari. Puding yang saya masak ni memang kurang manis. Sebab saya hanya letak 1 sudu makan gula dalam adunan kastard. Rasa manis hanyalah daripada agar-agar dan koktel buah tu je. Kira sihat jugalah kan puding ni..Hehehee..


Bahan-bahan

Swiss roll cake
1 tin susu cair
3 sudu tepung kastard
1 tin koktel buah
air (guna tin susu cair untuk sukat)
1 peket agar-agar kristal
gula secukup rasa anda

Cara menyediakan 

Potong swiss roll kek dan susun dalam bekas. Kalau guna bekas kaca lebih cantik sbb nampak nanti layer puding tu. Boleh juga siramkan air buah koktel ke atas kek jika suka untuk lembabkan kek tu.

Campurkan tepung kastard dengan susu cair dan air yang disukat dengan tin susu cair. 1 tin air sahaja. Kacau rata di atas api yang kecil. Masukkan 1-2 sudu gula. Tak letak pun takpe. Masak hingga kastard tu sehingga agak kental tapi jangan sampai keras. Selepas itu tuangkan adunan kastard di atas kek tadi. Biarkan seketika.

Taburkan koktel buah di atas kastard. Sukatan suka suka hati anda bak kata chef ammar :)

Masakkan pula agar-agar kristal tu dan siramkan di atas layer koktel tu. Lepas tu bolehlah disejukkan dalam 2-3 jam sebelum dimakan.

Puding roti


Melihatkan ada baki roti beberapa keping di rumah, dengan rajinnya saya membuat puding roti yang sangat ringkas. Bahan pun sangat minimum. Dah macam makanan solid food budak umur setahun ;p
No sugar added, unsalted butter dan low fat fresh milk..Memang menu yang sihatlah..Hihiiii..Sebenarnya itu aje bahan yang ada di dapur dan paling cepat sebab masa buat puding ni pun dah jam 6.30 petang.

Resepi ni sangat sesuai untuk anak-anak kecil di bawah umur 2 tahun..Bolehlah mencuba jika rajin yer.

Bahan-bahan

3 keping roti sandwich
2-3 cawan low fat fresh milk
3 sudu teh butter
kismis
serbuk kayu manis

Cara masak

Potong roti kecil-kecil. Nak carik2 pun boleh. Susun atas loyang. Saya guna ramekin aje sebab kuantiti kecil. Nak leserkan dengan butter dulu pun boleh. Saya tak buat yang ni.

Rendamkan roti dengan fresh milk. Biarkan seketika dalam 10-15 min untuk proses penyerapan roti ke dalam susu..Huhuuu

Taburkan kismis atas roti tadi. Serbuk kayu manis juga. Sebelum masuk ke dalam oven, letakkan unsalted butter tu atas roti.

Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah C selama 20 min atau sehingga masak. Nak kukus pun boleh juga.

Sangat simple. Tapi untuk versi orang dewasa, saya rasa anda bolehlah letakkan gula sebab rasa puding di atas memang sesuai dimakan untuk budak kecil je sebab kurang sangat rasanya..Hehehe..Kalau tak pun, bolehlah sediakan sos kastard dimakan bersama puding roti yang 'sihat' tanpa perasa ni..Heheheeh..Saya ni sebab dah x sempat nak buat sos kastard je sebab dah dekat sangat waktu berbuka.

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..

Insyaallah esok semua muslimin muslimat di Malaysia akan mula berpuasa..Di kesempatan ini saya ingin memohon kemaafan di atas kesilapan sama ada sengaja atau tidak kepada semua..

Semoga kita dapat memanfaatkan bulan mulia ini sebaik mungkin kerana kita tak tahu sama ada kita masih berpeluang menyambutnya di masa akan datang atau tidak..Rebutlah peluang berbuat amal sebanyak mungkin..Semoga ramadhan ini menjadikan kita insan yang lebih baik daripada sebelumnya..




Ramadhan Mubarak!

Sunday, September 30, 2012

Homemade cooking ~ made of love~

Alhamdulillah, ramadhan lepas berpeluang memasak sendiri. Walaupun tidak menukar waktu bekerja (wp3) dan tiba di rumah paling awal 6.15ptg, masih mampu bersilat di dapur utk sediakan juadah berbuka. Azam ramadhan lps mmg nak kurangkan makan makanan di luar..bazar ramadhan pun jarang sangat2 pergi. Boleh dikira dengan jari..Kalau pergi pun biasa hujung minggu, utk beli juadah tambahan utk dibawa ke rumah mertua atau rumah mak..Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan pembaziran di bulan ramadhan..syukurlah..Biasanya masa yang diambil utk memasak bukanlah lama sangat..bergantung kpd menu. Kalau menu banyak, lama lah..kalau menu simple2 sekejap jer..by the time azan berkumandang tu, dh blh makan :)

Di sini daku kongsikan beberapa juadah yang sempat disediak
an. Ni pun antara yang sempat di'snap'..huhuu


egg benedict in the making..ready to be baked in the oven..

egg benedict yg telah siap dibakar

Mudah sangat nak buat egg benedict ni.
Bahannya cuma roti sandwich, telur, lada sulah/lada hitam, butter (utk meleser permukaan bekas)


su'un goreng junior aka fried glass noodle

Ni menu breakfast utk Sarah. Sedap rupanya su'uh bila digoreng. Aku tahu pun setelah keluar makan dgn opismate dan dia biasa order menu ini. Mmg sedap dan mudah nak buat di rumah.


mi goreng basah junior

Ni pun resepi breakfast utk tuan puteri Sarah Ardini..


last ramadhan punya menu (sup tulang, nasi lemak)



mi bandung muar (perencah segera)..kurang ummpph perencah dia..cucur udang versi aku yg sempoi..

spiral with white sauce utk tuan puteri


menu sahur di hari pertama yang sangat simple..air warna oren tu performance drink Shaklee ye


kuah lontong & sambal bilis yg marveles..makan waktu bulan syawal ni..


ikan siakap 3 rasa

Seronok sangat sebenarnya bila dapat memasak ni. Yang paling penting, kebersihan terjaga dan bebas dari serbuk perasa yang kit pun tak tahu apa brand yang digunakan oleh tukang masak di luar sana. Tp sekali sekala mmg kami makan juga di luar, terutama di hari yang sampai rumah dh lewat..Mahu x mahu makan di luar jugalah..Pilihan kami, warung pattani di tepi jalan dekat dengan pejabat pos dengkil. Murah dan sedap. Rasa memang tak berubah..Menu biasa dipesan, kuetiaw kungfu..menu wajib tuh :)

Untuk Sarah memang setiap hari ku masakkan bekalan ke rumah pengasuhnya. Bergilir masak dengan adindaku. Kalau minggu ni aku prepare breakfast, so dia prepare lunch & dinner. So next week pulak aku yg prepare lunch dan dia buat breakfast. Bila dah buat sistem giliran begini maka masa memasak di dapur dapat dijimatkan. Kalau dulu berhempas pulas jugalah..menu masak pun lbh kurang sama..so pengasuh anak kami yang cadangkan buat sistem giliran..good idea..thx che' pah :)

Teringat pesanan chef amir di tv alhijrah, masak dari hati, masak dengan iman..insyaallah sedap :) true enough..walaupun masakan yang dimasak tu sangat simple, tp bila masak dgn hati yg ikhlas, insyaallah sedap.

Buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, rajin2lah memasak utk anak kita. Insyaallah, berkat air tangan ibu, anak kita membesar dengan sihat dan ceria. Kalau boleh, elakkan memberi makanan ringan kpd anak2 kerana x berkhasiat pun..Kalau makanan segera, masih mempunyai khasiat cuma kandungan lemaknya tinggi. Boleh kalau nk makan, tp jangan jadikan amalan.

Jom masak!





Monday, July 30, 2012

Ramadhan special



Dapatkan premium beautiful corset dengan harga istimewa..

Saiz kecil RM 2,400  now RM 1,972

Saiz besar RM 2,600  now RM 2,198

Saturday, July 28, 2012

Puasa dan memakai Premium Beautiful

buat anda yang sedang berusaha mengurangkan berat badan di bulan Ramadhan ini, korset Premium Beautiful sangat-sangat membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda di bulan ini. Saya sendiri telah kehilangan 4 kg sepanjang 3 hari berpuasa!

Tidak rugi melabur sedikit duit untuk kegunaan jangka masa panjang. Anda boleh gunakan korset ini setiap hari..It's lifetime warranty!!Mana ada korset yang ada jaminan sebegini?

Sekarang ini harga PB dijual dengan harga yang amat berpatutan! Contact saya utk dptkan harga istimewa PB ye!

JOM LANGSING seperti Kareena! :)


Friday, July 6, 2012

countdown...

Ramadhan semakin menghampiri kita..Apa persediaan anda menghadapi Ramadhan kali ini?

Wednesday, July 4, 2012

Shaklee Joint Health Tablet

Untuk makluman anda, Shaklee baru sahaja release produk terbarunya di Malaysia iaitu Joint Health Tablet & Collagen Powder..Sememangnya produk ini dinanti-nantikan oleh pengguna tegar Shaklee :)

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda Joint Health Tablet. Produk ini sangat sesuai untuk golongan warga emas atau org2 muda yang mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit di bawah tapak kaki bila bangun pagi, pesakit arthritis..





Seperti yang anda tahu, sendi-sendi di badan kita membentuk hubungan antara tulang temulang yg memberikan sokongan dan membantu kita untuk bergerak. Sendi terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair sinovia iaitu bendalir yang melicinkan sendi-sendi kita yang memberikan keselesaan antara tulang-tulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Semakin meningkat usia kita, tulang rawan akan menyusut secara semulajadi.Selain itu, tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerap tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan pada sendi dan ini membataskan pergerakan seseorang.

Bagi golongan muda, jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif. Pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat untuk masa akan datang. Bagi warga emas yang biasa mengalami sakit sendi, pengambilan joint health tablet ini membantu mengurangkan rasa sakit pada sendi dan membantu anda bergerak dengan lebih baik daripada sebelumnya.

Jom kita lihat kelebihan joint health tablet ni..

1. Menyokong keselesaan sendi

Ekstrak boswellia menghalang pembentukan bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. Bahan aktif utama ekstrak boswellia berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

2. Bertindak sebagai kusyen



Ekstrak jagung membekalkan sumber yang pekat dgn glukosamina yg berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan memelihara tulang rawan. Glukosamina merupakan komponen utama membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat

Zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yg memberi kekuatan & struktur terhadap sendi.

# Kesan boleh dilihat seawal 5 hari berdasarkan penyelidikan klinikal Shaklee!

Ramadhan sudah makin menghampiri kita. Jom hadiah joint health tablet utk ibu bapa anda! Bolehlah mereka bersolat terawaih dengan sempurna di bulan ramadhan nanti.

Untuk dapatkan harga istimewa, hubungi saya

0192162037/nisadahri@gmail.com

DISCLAIMER: These statement have not been evaluated by the FDA. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disesase.
 
 
 
 

Monday, August 9, 2010

insyaallah tetamu isitmewa umat Islam akan tiba tak lama lagi...ahlan wasahlan ya Ramadhan...smg ramadhan kali ini dapat memberikan tarbiyah terbaik buat diriku...smg diberikan kekuatan untuk berpuasa penuh pada ramadhan kali ini...mudah2an..ameeen...

Ramadhan kareem..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...