Showing posts with label puasa Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label puasa Ramadhan. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Ramadhan 1436H

Bersawangnya lah hai di sini..

Sedar tak sedar hari ini sudahpun masuk 27 Ramadhan..Ada lagi 2 hari tetamu istimewa ini bakal meninggalkan kita..Sedihnya rasa...sebab setiap tahun bila menjelang ramadhan mesti bersemangat waja nak buat macam2..Nak khatam 30 juzuk, nak istiqamah buat tahajjud, nak berterawih la..Bila dah berada di bulan ramadhan, macam2 yang dirancang tu selalunya tak dibuat sepenuhnya..Ada aja alasan T_T  Kenapa...kenapa...kenapa wahai diriku?? Belum tentu lagi kita bertemu Ramdhan yang akan datang, tapi setiap kali tiba ramadhan, macam tu la juga...

Walaupun ramadhan berbaki lagi 2 hari, masih ada lagi masa untuk kita menambah amalan di bulan mulia ini..Rugiiiii sangat2 kalau tak buat..Jom masuk gear 5!!


credit to shafiqolbu.wordpress.com

Tuesday, July 16, 2013

Berpuasa dan memakai Premium Beautiful

Alhamdulillah, sudah masuk 7 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu..Bagaimana dengan madrasah Ramadhan anda? Semoga setiap hari semakin bertambah baik dan cemerlang :)

Ramai juga yang mengambil kesempatan bulan Ramadhan untuk menurunkan berat badan..Rata-rata ramai yang berjaya menurunkan sehingga 5 kg di bulan puasa. Biasanya di bulan puasa kita hanya makan pada 2 waktu iaitu waktu bersahur dan waktu berbuka. Jadi, sekiranya kita benar-benar menitikberatkan pengambilan kalori dan kuantiti makanan, pasti kita berjaya mengurangkan berat badan :)

Antara tips mengurangkan berat badan di bulan puasa:

http://www.tintaasyraf.com/2012/07/tips-mengurangkan-berat-badan-di-bulan.html#.UeOZIqDV8cs

http://sususejat.com/turun-berat-badan-di-bulan-ramadhan-perlu-atau-tidak/


Sebenarnya saya pun berazam untuk mengurangkan berat badan di bulan puasa ini. Antara yang membantu saya ialah dengan memakai Premium Beautiful. Banyak kelebihan memakai PB di bulan puasa selain daripada membantu mengurangkan berat badan. 



Antaranya kelebihan memakai PB di bulan puasa ialah;

Membantu mempercepatkan penurunan berat badan

Tubuh secara automatik akan mencari sumber tenaga di dalam badan iaitu lemak. Semasa berpuasa tenaga yang masuk akan berkurangan. Kebiasaannya berat badannya akan berkurang sampai 2- 4 kg (average). Tetapi, dengan memakai Premium Beautiful semasa berpuasa, pengaliran darah dalam badan menjadi lebih lancar, maka penurunan berat badan akan bertindak lebih cekap lagi!

Menyahtoksinkan badan

Menurut kajian, berpuasa mempunyai manfaat terhadap kesihatan manusia. Puasa Ramadhan setiap hari selama sebulan dapat membantu mengharmonikan paras insulin dan merendahkan paras gula terutama di kalangan pesakit diebetis. Berpuasa secara tidak langsung memberikan 'rehat' kepada perut kita yang bekerja setiap hari non-stop. 

Premium Beautiful diperbuat daripada fabrik ber'FIR' yang membantu menyingkirkan toksin dalam badan kita. 

Mengekalkan kecergasan badan 

Memakai Premium Beautiful dapat membantu mengurangkan rasa lapar yang melampau. Ini adalah kesan daripada korset tersebut yang menangkap dan mendakap kemas terutama di bahagian perut kita dan secara tidak langsung anda tidaklah merasa lapar yang melampau, sebaliknya kekal cergas dan aktif.

Memejal dan menganjalkan

The best part of wearing this corset. Memakai korset sangat membantu memejal dan menganjalkan bahagian2 yang bermasalah terutama di bahagian perut, peha, punggung dan bawah lengan. Pemakaian korset yang betul dengan menarik bahagian yang menggeleber akan membantu wanita mendapatkan bentuk badan yang lebih baik. Inilah yang diinginkan oleh kebanyakan wanita!

Sempena bulan Ramadhan ini, Premium Beautiful corset dijual pada harga SPECIAL..Rugi kalau anda x grab peluang ini..Raya nanti bolehlah melaram dengan baju raya idaman anda ;p
  • Special Price
  • Free Gift
  • Lifetime Warranty
  • Free trial
  • Repair Service for FREE

Jika berminat, hubungi saya (nisadahri@gmail.com
Jom kekal sihat dan cergas di bulan Ramadhan ini dengan Premium Beautiful!

 
Cantikkan 3 wanita ini ;)

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..

Insyaallah esok semua muslimin muslimat di Malaysia akan mula berpuasa..Di kesempatan ini saya ingin memohon kemaafan di atas kesilapan sama ada sengaja atau tidak kepada semua..

Semoga kita dapat memanfaatkan bulan mulia ini sebaik mungkin kerana kita tak tahu sama ada kita masih berpeluang menyambutnya di masa akan datang atau tidak..Rebutlah peluang berbuat amal sebanyak mungkin..Semoga ramadhan ini menjadikan kita insan yang lebih baik daripada sebelumnya..




Ramadhan Mubarak!

Tuesday, June 18, 2013

Persediaan berpuasa dengan Mighty 3 Gems Shaklee

Kita semakin menghampiri Ramadhan..Bagaimana persiapan anda? Puasa yang tertinggal sudah diganti? Ada masa lagi ni nak menggantikan mana-mana yang belum cukup :)

Entry kali ni saya nak berkongsi mengenai persediaan berpuasa terutama ibu-ibu yang sedang hamil dan ibu-ibu yang menyusu..

 Menurut blog Dr. Zubaidi Ahmad, wanita yang hamil boleh berbuka puasa jika terdapat tanda-tanda seperti berikut:
  • rasa pening, lemah, pitam atau penat melampau walaupun telah berehat selama 30 minit hingga sejam
  • rasa loya dan mula muntah sehingga tiada cara lain selain memakan ubat tahan muntah
  • rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing (tanda dehidrasi)
  • jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan pergerakan bayi dalam kandungan menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan  
Selain itu, jika wanita mengalami komplikasi kehamilan, mereka dilarang berpuasa oleh doktor.

  • diebetis mellitus
  •  penyakit buah pinggang
  • bronchial asthma yang kuat
  • tekanan darah tinggi yang tak terkawal
  • kehamilan kembar
  • risiko kehamilan pra matang

Memang agak mencabar berpuasa dalam keadaan mengandung dan menyusu. Saya sendiri sudah melalui kedua-dua pengalaman itu. Bezanya berpuasa semasa hamil dulu saya belum lagi menjadi pengguna Shaklee..

Ramadhan tahun 2010, saya hamil di trimester pertama. Alhamdulillah dapat berpuasa penuh walaupun banyak cabarannya ;)

Ramadhan tahun 2011 dan 2012 berpuasa sebagai ibu menyusu..Sangat mencabar pada saya sebab production tak berapa meriah..Tetapi alhamdulillah masih dapat berpuasa penuh..Cabaran yang sangat tak tahan ialah dahaga yang teramat terutama selepas mengepam. Allah sahaja yang tahu..huhuu

Semasa berpuasa tahun lepas saya baru berjinak-jinak mengambil Performance Drink Shaklee..Performance Drink ni kalau nak dekat Ramadhan memang macam pisang panas tau! Jadi, dapatkan dengan segera sebelum kehabisan stok!

Bagi anda yang sedang hamil, sebenarnya anda masih boleh berpuasa jika anda tidak mengalami masalah. Namun jika anda was-was, anda bolehlah mendapatkan nasihat daripada doktor.

Antara tips pemakanan semasa berpuasa:

  •  minum air yang banyak semasa bersahur dan berbuka 
  • lebihkan makanan yang memberi tenaga seperti kurma. Lebihkan kurma semasa bersahur
  • elakkan makanan yang bergula (boleh menyebabkan paras gula naik secara mendadak)
  • makanan makanan yang mengandungi protein untuk tumbesaran janin dan membantu penghasilan susu ibu bagi ibu yang menyusu

Bila menghampiri bulan puasa ni, set mighty 3 gems ni memang sangat laris. Terutama performance drink tu..kadang2 sampai habis stok. Oh ya, bulan Jun ni ada special promo utk Meal Shakes. Harga meal shakes sangatlah murah. So, pakej mighty 3 gems ni pun lebih berpatutan jika anda membeli di sepanjang bulan Jun ini!

Set Mighty 3 Gems terdiri daripada:


ESP
  • non GMO, mempunyai kandungan protein yang lengkap berasaskan tumbuhan semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
  • mengandungi 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidang
  • glisemik rendah dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.
  • di samping rasanya yang enak, ESP dapat memberikan tenaga pada tubuh badan kita!
Meal Shakess
  • menyediakan vitamin dan mineral penting sebagai nutrien asas kepada anak-anak yang sedang membesar
  • sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • sumber pekat kalsium dan indek glisemik yg rendah 
Performance Drink
  • mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LYTE dengan campuran unik karbohidrat yang membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong penghidratan optimal

Anda boleh mencampurkan ketiga-tiga minuman di atas semasa bersahur dan berbuka. 

Tetapi kalau saya, saya asingkan performance drink tu..sebab perisanya oren, sedap diminum begitu sahaja dengan dicampurkan air kosong. minum masa chill lagi best..

ESP dan meal shakes biasanya saya campurkan dengan susu rendah lemak. Rasanya memang enak!


Siapa berminat, emel order anda kepada saya ok! nisadahri@gmail.com 

Harga ISTIMEWA sehingga 30 Jun ini!

Semoga kita semua berpeluang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan akan datang, ameen.





Monday, August 27, 2012

Ramadhan berakhir, Syawal menjelma

Entah mengapa yer tahun ini tidak terasa nak beraya sangat..Sayu mengenangkan Ramadhan yg telah berlalu..Rasanya terlalu pantas masa berlalu..Apalah sangat amalan yg sempat daku lakukan..Semoga amalan hamba yg tidak seberapa itu Kau terima Ya Allah,ameen..Syukur alhamdulillah ramadhan lalu aku dpt berpuasa penuh..menjadikan 3 ramadhan berturut2 aku dpt berpuasa penuh :-)..Tahun 2010 mengandungkan Sarah, tahun 2011 menyusukan Sarah exclusively, tahun 2012 menyusukan Sarah ttp tidak lg eksklusif..

Jom kekalkan momentum Ramadhan dengan berpuasa sunat Syawal! Tak susah pun..kalau rasa tak mampu nak puasa direct 6 hari, puasalah 2 hr di awal, tengah dan akhir syawal..kl x mampu gak,buat isnin dan khamis selama 3 minggu..Islam itu  mudah..Islam itu indah..


Friday, August 24, 2012

Testimonial: Performance Drink (PD) Shaklee

Saya mengambil produk Shaklee ni tahun lepas, semasa berpantang selepas melahirkan Sarah. Disebabkan saya melahirkan Sarah secara pembedahan, jadi saya tidak mengamalkan jamu tradisional semasa berpantang. Lalu saya memilih set berpantang Shaklee..Sejak dari berpantang sehinggalah hari ini saya masih mengambil supplement Shaklee..Alhamdulillah badan saya serasi dengan Shaklee..

Sepanjang bulan Ramadhan lalu, saya sekeluarga mengambil Performance Drink dan ESP..Performance drink ni berfungsi seperti minuman isotonik yang lain di pasaran. Biasa kalau demam kita akan makan panadol beberapa biji kan untuk melegakan badan..Tetapi sekarang ni kalau demam, saya hanya bancuh segelas PD ni dan alhamdulillah demam kebah dan badan kembali bertenaga.


PD ni biasanya saya akan minum sewaktu bersahur dan waktu berbuka. Rasanya seperti oren Tang..hihihh..Alhamdulillah, mmg berbeza..Jika tahun lalu, waktu berpuasa dan menyusukan Sarah, saya mesti akan rasa dahaga yang amat..Tetapi sbb puasa kan..so tahan aje lah. Tp tahun ini, walaupun tidak lagi menyusukan anak secara eksklusif kerana saya telah mix dengan FM,  Sarah masih kuat menyusu badan. Alhamdulillah, rasa dahaga sewaktu menyusukan Sarah mmg sudag tiada..Badan rasa bertenaga, alhamdulillah..bibir pun tidaklah merekah dan berdarah seperti tahun2 sebelum ini..

Jom kita tengok apa yang menarik tentang PD ni..

Untuk pengetahuan anda, Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Ia mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Produk ini terbukti secara klinikal yer.Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Drink Shaklee dapat:


• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Oh yaaa..biasanya bila nak masuk bulan Ramadhan, PD ni mmg laku macam pisang panas...selalu out of stock. Ramai yang buat stok di rumah utk minuman seisi kelurga..Kalau anda alami cirit birit, minum aja segelas PD..Insyaallah, badan kita tidaklah dehydrate..
 

Wednesday, August 8, 2012

Testimonial!!

Sudah masuk bulan Ogos rupanya..kita sudah berpuasa selama 3 minggu..how time flies!! Next week sudah mahu raya..So kawan-kawan, apa pencapaian anda di madrasah Ramadhan kali ini? Sudah cukupkah bekalannya? Ohh bila difikirkan pencapaian diri sendiri ni terasa takutnya..apalah sangat pencapaian diri ini utk ramadhan kali ini..thn dpn blm tentu bertemu lagi..ruginyaa rasa x gunakan sebaik mungkin..Ok kawan-kawan, sementara masih ada kesempatan ini, gunakanlah sepenuhnya..rugi sangat masa bulan mulia ni kita habiskan masa nonton tv, movie, dgr lagu2 duniawi ni aje..

Di kesempatan ini saya nak share dengan anda testimonial salah seorang client saya merangkap opismate saya..Dia pakai PB since Jun lepas..baru 2 bulan tp hasilnya sangat memuaskan..berat badannya turun secara tetap walaupun x banyak..dan paling best, baju yang ditempah b4 pakai PB sekarang ni sangat besar dan terpaksa dialter semula bagi kecil..paling best, baju2 tahun 2010 yang dulunya tak muat, sekarang dia dah boleh pakai semula!!
Alhamdulillah..smg dia berjaya mencapai berat badan impiannya iaitu 50kg! Chaiyyo2 babe!!

Kawan saya dah berjaya..anda pula bagaimana?? takkan nak tengok aje org lain ramping dan langsing dan dapat memakai baju2 lama?? Masih ada masa lagi ni..pakai PB di bulan ramadhan ni lebih cepat anda akan dapat kesannya..sbb masa kita berpuasa ni anggota badan berehat..jadi mudahlah lemak2 disingkirkan melalui toksin..

Siapa2 yang nak dapatkan PB dengan harga istimewa, sms/email saya yer!!

Slmt berpuasa!!



Monday, July 23, 2012

Puasa...

Alhamdulillah, hari ini sudah pun masuk hari ketiga kita berpuasa..Setakat hari ini alhamdulillah, masih ok. Ramadhan kali ini juga saya mencuba beberapa produk shaklee. Jika tahun sudah, saya minum Energising Soy Protein (ESP) sewaktu sahur..Tahun ini pula saya mencuba performance drink Shaklee. Saya masih lagi mengambil ESP tu. Ia merupakan minuman isotonik. Sesuai diambil oleh ahli sukan. Tetapi org biasa mcm kita pun bagus minum air ini. Ini kerana bila kita berpuasa kan badan kita kekurangan air di waktu siang. Bagi ibu yang menyusu, di waktu siang ni memang mencabar. Tambah kalau yg mengepam..Memang akan kehausan biasanya. Bila minum Performance Drink ni, alhamdulillah, badan saya pun tidaklah lembik mcm tahun sudah..lembik bukan sebab apa..hanya ibu menyusu saja yang mengerti situasi itu..hehehe..




Untuk pengetahuan anda, produk ini telahpun terbukti berkesan oleh ujian makmal Shaklee yang dilakukan bersama-sama high level athletes di mana ia:

1. Meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan. Jadi anda berasa kurang haus terutama ketika sedang berpuasa
2. Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan termasuklah kalsium dan magnesium. Ini tiada pada jenama minuman isotonik yg lain
3. Menstabilkan paras glukosa dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan dan menambah stamina

Performance drink ni tiap kali tiba Ramadhan mesti laku macam pisang panasss..Buktinya, masa saya order aritu pun hanya tinggal 2 balang sahaja. Itupun stok standby kawan saya..huhu..Insyaallah dalam minggu ni dah sampailah stok baru tu..

Alhamdulillah, hasil meminumkan Performance Drink ni memang berkesan kepada saya dan suami. Kami akan terus mengambil minuman ini di sepanjang bulan Ramadhan ini. Saya mengambilnya ketika berbuka dan bersahur. ESP pula saya campurkan dengan susu segar dan diminum ketika sahur. Alhamdulillah masih ada rezeki utk Sarah minum susu ibu :)

Untuk anda yang ingin mencuba Performance Drink atau ESP atau lain-lain supplement Shaklee, contact saja saya ye!

Selamat berpuasa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...