Monday, August 27, 2012

Ramadhan berakhir, Syawal menjelma

Entah mengapa yer tahun ini tidak terasa nak beraya sangat..Sayu mengenangkan Ramadhan yg telah berlalu..Rasanya terlalu pantas masa berlalu..Apalah sangat amalan yg sempat daku lakukan..Semoga amalan hamba yg tidak seberapa itu Kau terima Ya Allah,ameen..Syukur alhamdulillah ramadhan lalu aku dpt berpuasa penuh..menjadikan 3 ramadhan berturut2 aku dpt berpuasa penuh :-)..Tahun 2010 mengandungkan Sarah, tahun 2011 menyusukan Sarah exclusively, tahun 2012 menyusukan Sarah ttp tidak lg eksklusif..

Jom kekalkan momentum Ramadhan dengan berpuasa sunat Syawal! Tak susah pun..kalau rasa tak mampu nak puasa direct 6 hari, puasalah 2 hr di awal, tengah dan akhir syawal..kl x mampu gak,buat isnin dan khamis selama 3 minggu..Islam itu  mudah..Islam itu indah..


Friday, August 24, 2012

Testimonial: Performance Drink (PD) Shaklee

Saya mengambil produk Shaklee ni tahun lepas, semasa berpantang selepas melahirkan Sarah. Disebabkan saya melahirkan Sarah secara pembedahan, jadi saya tidak mengamalkan jamu tradisional semasa berpantang. Lalu saya memilih set berpantang Shaklee..Sejak dari berpantang sehinggalah hari ini saya masih mengambil supplement Shaklee..Alhamdulillah badan saya serasi dengan Shaklee..

Sepanjang bulan Ramadhan lalu, saya sekeluarga mengambil Performance Drink dan ESP..Performance drink ni berfungsi seperti minuman isotonik yang lain di pasaran. Biasa kalau demam kita akan makan panadol beberapa biji kan untuk melegakan badan..Tetapi sekarang ni kalau demam, saya hanya bancuh segelas PD ni dan alhamdulillah demam kebah dan badan kembali bertenaga.


PD ni biasanya saya akan minum sewaktu bersahur dan waktu berbuka. Rasanya seperti oren Tang..hihihh..Alhamdulillah, mmg berbeza..Jika tahun lalu, waktu berpuasa dan menyusukan Sarah, saya mesti akan rasa dahaga yang amat..Tetapi sbb puasa kan..so tahan aje lah. Tp tahun ini, walaupun tidak lagi menyusukan anak secara eksklusif kerana saya telah mix dengan FM,  Sarah masih kuat menyusu badan. Alhamdulillah, rasa dahaga sewaktu menyusukan Sarah mmg sudag tiada..Badan rasa bertenaga, alhamdulillah..bibir pun tidaklah merekah dan berdarah seperti tahun2 sebelum ini..

Jom kita tengok apa yang menarik tentang PD ni..

Untuk pengetahuan anda, Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Ia mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Produk ini terbukti secara klinikal yer.Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Drink Shaklee dapat:


• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Oh yaaa..biasanya bila nak masuk bulan Ramadhan, PD ni mmg laku macam pisang panas...selalu out of stock. Ramai yang buat stok di rumah utk minuman seisi kelurga..Kalau anda alami cirit birit, minum aja segelas PD..Insyaallah, badan kita tidaklah dehydrate..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...