Sunday, September 16, 2012

7 supplemen paling fofular di Malaysia


Supplemen ni saya pasti kebanyakan daripada kita memang amalkan..saya pun ambil supplemen juga. saya guna SHAKLEE :)
Jom kita baca artikel ni yg saya kongsikan daripada KevinZahri.com
Bila cerita pasal supplement makanan je, ramai orang yang nak tahu supplemen apa yang bagus atau tak, mahal atau sebaliknya dan yang paling penting, berkesan ke? Basically semua bergantung kepada diri anda sendiri untuk memilih dan mencuba supplemen apakah yang terbaik untuk tubuh. Tanpa diet dan gaya hidup am yang betul, suplemen yang terbaik pun tak mampu memberi kesan yang anda harapkan. Oleh itu jom tengok trend supplemen yang popular di Malaysia yang membekalkan vitamin vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Berminat? Cubalah!


 


1. Herbalife

Boleh dikatakan produk Herbalife ini popular kepada penggemar suplemen di Malaysia. Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder ini merupakan produk pengganti sajian dengan membekalkan protein, karbohidrat dan lemak mengikut kadar kalori(lebih kurang) 40:40:20. Dengan herbalife ini, anda tak perlu pening mencari suplemen yang memberi kandungan nutrisi yang agak berbaloi tetapi bukan pada harganya. Well, terpulang pada anda sendiri yang menentukan. Herbalife boleh kurangkan berat badan?

2. Jusmate5

Jusmate5 juga adalah salah satu supplemen yang dikatakan agak popular. Keberkesanannya bergantung kepada diri masing masing, ada yang berjaya ada yang tidak, yang paling penting pemakanan dan senaman secara am.

3. Alpha Lipid SDII

Produk yang berasaskan soya protein isolate ini memberi nutrisi nutrisi secukupnya seperti asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. Sama juga seperti suplemen suplemen yang lain, tiada masalah untuk guna/minum Alpha Lipid SD II, tetapi anda harus tahu pantang larang berdiet dengan sesuatu produk yang termasuk pengambilan nasi, roti, pasta, buah, manis-manisan dan lain-lain sumber karbohidrat.

4. Whey Protein

Whey protein merupakan bahan yang kaya dengan protein dan rangkaian amino asid yang lebih baik daripada putih telur. Diasaskan daripada product low fat diary dan sememangnya popular dalam kalangan yang selalu workouts bagi menaikkan kadar metabolisme, immune sistem, muscle repair dan sesuai untuk semua. Tak semestinya untuk weight training sahaja.

5. Fat burner atau Pembakar Lemak

Kandungan caffeine, guarana, MaHuang, Ginseng, tongkat ali, Chromium Picolinate, Kola dan lain-lain yang didapati dalam fat burner jenis thermogenik merupakah pilihan ramai orang di Malaysia. Fat burner jenis ini sesuai untuk meningkatkan metabolism ketika workout dan membakar kalori yang lebih. Sama seperti kopi, tetapi dinasihatkan mengelakkan pembakar lemak sekiranya anda tidak mahir dalam diet, tidak bersenam dan lain lain.

6. Lecithin

Lecithin yang bertindak seperti ‘pemecah lemak’ (fat emulsifier) tak kurang popularnya. Ramai yang menggunakan untuk membantu proses metabolisme, kolesterol dan lemak darah,juga untuk suplemen untuk pengurangan berat badan. Berkesan ke tak? Anda yang mencuba ada penjelasan!

Saya memang mengambil Lecithin Shaklee..

7. Acai Berry

Acai berry memang popular sejak 1-2 tahun ini melalui jenama seperti Monavie dan lain-lain. Acai berry memainkan peranan dalam meningkatkan sistem penghadaman, proses penuaan, kawalan berat badan dan sistem pertahanan. Ia adalah sumber fiber atau serat yang hebat.
(credit to KevinZahri.com)

Friday, September 14, 2012

10 makanan paling menggemukkan di Malaysia


1. Nasi Lemak

Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa2 menggemukkan tak?

2. Roti Canai.

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.

Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.

Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.

Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.

Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!
**sumber:kevinzahri.com









Wednesday, September 12, 2012

doaku,harapanku...

Semoga diberikan kesabaran yang tinggi dan ketabahan hati dalam mendidik dan membesarkan amanah Allah ini..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...