Showing posts with label gaya hidup sihat. Show all posts
Showing posts with label gaya hidup sihat. Show all posts

Sunday, January 12, 2014

Senaman ketika hamil

Siapa kata wanita hamil tak boleh workout/exercise? Tahukah anda, dengan bersenam/workout sepanjang hamil dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, diebetes dan hipertensi. Senaman juga membantu memudahkan proses melahirkan nanti.


Google
Sejujurnya, sepanjang 2x hamil sebelum ini, saya langsung tak bersenam. Hanya aktiviti berjalan saja. Itu dikira juga sebagai bersenam kan? Heheeee

Tapi untuk pregnancy kali ini, saya cuba untuk bersenam..Walaupun sudah memasuki trimester kedua, saya kira masih belum terlambat untuk memulakan. Bila tengok selebriti Yasmin Hani & Aishah Sinclair yang sangat rajin workout semasa diorg pregnant, buat saya 'buka mata'..

Bagi wanita yang sebelum hamilnya memang aktif membuat workout, tidak menjadi masalah untuk meneruskan aktiviti workout, tetapi perlulah mengurangkan workout yang menggunakan beban yang tinggi. Sementara bagi wanita yang kurang aktif, bolehlah membuat aktiviti yang kurang lasak dan selamat. Berjalan dan berenang merupakan aktiviti riadah yang paling selamat untuk ibu yang hamil. Akuanatal merupakan senaman yang baik untuk ibu hamil. Tapi kt Malaysia ni ada ke kelas akuanatal? Kalau ade mahu juga join :) Ohhh lama rasanya tidak berenang..Bolehlah cuba berenang nanti ;)

aquantal untuk ibu2 hamil
Selain itu, yoga dan pilates juga bagus diamalkan oleh ibu2 hamil. Bagi ibu2 yang sudah memasuki trimester ketiga pula bolehlah mengamalkan senaman kegel iaitu senaman kemutan. Senaman kegel membantu otot pelvik menjadi lebih kuat dan membantu dalam proses kelahiran kelahiran. Ia turut membantu mengurangkan risiko koyakan yang teruk semasa meneran.

Make sure tahap kesihatan anda adalah baik sebelum memulakan senaman ya! 
Bagi ibu2 hamil yang mengalami komplikasi di sepanjang kehamilan, haruslah berhati2 dalam memilih senaman atau dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Sekiranya semasa bersenam/workout ibu2 mengalami sesak nafas, rasa hendak pitam, bleeding atau rasa yang kurang menyenangkan, hendaklah berhenti dan rehat secukupnya.





Saya banyak menonton youtube aje masa nak buat stretching dan workout ni. Banyak sangat video dalam youtube yang membantu ibu2 untuk bersenam. Paling selesa, lakukan di dalam rumah sahaja :) Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai (cotton is the best) ya!

Ni antara rujukan saya;

flaviadelmonte
steadyhealth
bayi-ibu.com


 

Sumber:
Pregnant.my
BabyCentre.com

Monday, September 9, 2013

Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak berkongsi mengenai Vitamin E. Kebanyakan orang tahu Vitamin E ni membantu untuk menghilangkan parut. Tidak hairanlah banyak produk pembersih muka dan krim di pasaran diperkayakan dengan Vitamin E. Sebenarnya banyak lagi kelebihan Vitamin E selain untuk kulit. Jom kita baca!

Vitamin E adalah yang kuat, antioksidan larut lemak yang membantu melindungi membran sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan mencegah pengoksidaan kolesterol LDL.

Apa pula radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.

source: Google

Untuk mengurangkan kerosakan sel dalam badan kita disebabkan oleh radikal bebas ini, kita perlukan antioksida. Antioksida berperanan menghentikan keroskan sel dan dan penyakit yang diakibatkan oleh tindak balas radikal bebas. Dari mana nak dapatkan antioksida ini? 

source: Google

Vitamin A, C, E

Badan kita memerlukan vitamin A, C, E dan beta-karotina untuk neutralize kan serangan radikal bebas. 
Mengapa perlu Vitamin E? 

Vitamin E penting bagi struktur dan fungsi otot rangka, jantung dan otot yang licin.

Vitamin E membantu dalam pembentukan sel darah merah dan membantu mengekalkan penyimpanan vitamin A, K, besi dan selenium.

Vitamin E memberikan kesan positif terhadap kesihatan imun, membantu mencegah kanser, melegakan gejala penyakit Alzheimer juga mencegah kerosakan berkaitan penyakit kencing manis terutamanya pada mata.

Selain itu, wanita yang ada fibroid juga boleh mencuba amalkan vitamin E dan GLA complex. Insyaallah, dapat membantu mengurangkan/mengecutkan fibroid tersebut.

Untuk anda yang cuba untuk hamil, galakkan suami untuk mengambil vitamin E dan zinc complex setiap hari untuk penghasilan sperma yang berkualiti.

credit to Shaklee Anugerah member

Sumber:
Dr. Weil.com
WebMD
Info Kesihatan

Wednesday, September 4, 2013

Jantung sihat dengan CoQ Health Plus Shaklee

Tahukah anda lebih 1.7 juta manusia meninggal dunia setiap tahun  akibat penyakit kardiovaskular? Kardiovaskular ni berkait rapat dengan jantung. Ini menjadikan penyakit tersebut sebagai penyebab UTAMA kematian di seluruh dunia.


Menurut Tan Sri Dr. Mohd Ismail Marican, penyakit tekanan darah tinggi di kalangan rakyat negara ini semakin meningkat sejak 10 tahun kebelakangan ini dan ia membabitkan kira-kira 4.8 juta! Wahhh ramai tu! Justeru, tak hairanlah kita sering mendapat berita mengenai kematian mengejut akibat serangan penyakit-penyakit kardiovaskular di kalangan mereka yang dalam lingkungan umur produktif setiap tahun.


Antara tips mengelak diri dari terkena serangan darah tinggi dan penyakit2 yang sewaktu dengannya;

·  Jangan merokok
·  Kekalkan berat badan yang sihat
·  Bersenam secara kerap
·  Semua orang dewasa yang sihat dalam lingkungan umur 18-65 tahun seharusnya 
   mendapat sekurang-kurangnya 30 minit kegiatan senaman yang sederhana lima hari 
   seminggu
·  Makan makanan yang sihat
·  Makan lebih banyak buahan dan sayuran yang segar
·  Kurangkan pengambilan garam
·  Kurangkan makanan bergoreng; pilihlah makanan yang dikukus, panggang atau dibakar
·  Kurangkan pengambilan makanan yang sarat dengan kolesterol dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.
.
·  Pengambilan supplement CoQ 10

Apa itu Koenzim Q10?

CoQ10 merupakan natural antioxidant yang dihasilkan oleh badan manusia. CoQ10 perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Nak tahu tak? Jantung kita mengandungi 10 kali lebih BANYAK CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Ini kerana jantunglah organ yang paling kuat bekerja sebab ia berdegup setiap hari dan masa. Degupan jantung tak boleh berlaku tanpa wujudnya tenaga!

Bagi orang2 muda belia, menjana tenaga yang banyak tidak menjadi satu masalah. Badan kita dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung. Tetapi apabila usia kita semakin meningkat, semakin sedikit CoQ10 yang dapat dikeluarkan oleh badan dan apabila memasuki usia 50-an ke atas, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. Apabila keadaan ini berlaku, jantung tidak mampu lagi bekerja dengan cekap seperti di usia muda. Jantung tidak berupaya menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan. Ini menyebabkan kita akan berasa letih dan tidak bermaya.

Banyak penyelidikan yang silakukan terhadap CoQ10 dan banyak kejayaan dan hasil menarik dicapai dalam bidang kardiologi. Pada sekitar awal tahun 70-an, Dr. Karl Folkers [Bapa CoQ10] dan Dr. Gian Paolo Littarru telah membuktikan mereka yang menghidapi penyakit jantung adalah dari kalangan mereka yang kekurangan CoQ10.

Kenapa CoQ10 penting?

Ia membantu dalam memastikan kesihatan peredaran darah, dan menyokong fungsi optimum otot jantung.

Mengurangkan sakit kepala migrain yang teruk

Meningkatkan sperm motility di kalangan lelaki 

Membantu mencegah dan merawat radang gusi [gingivitis]

Sumber:
www.drweil.com

CoQ Health Plus 

CoQ Health Plus merupakan antara produk terbaru dari Shaklee..Taklah baru sangat, dalam few months ago jugalah.. Sesuai sangat bagi anda yang mementingkan kesihatan jantung anda..




Bulan ini CoQ10 dijual dengan harga RUNTUH. Beli 6 percuma 1. Tapi kalau nak beli 1 botol pun saya bagi harga RUNTUH juga ;)

nisadahri@gmail.com/0192162037




Tuesday, July 16, 2013

Like my page on facebook

Kepada yang sudi, LIKE lah page baru saya Shaklee n Me di facebook ya :)


Terima kasih daun keladi, 
Rajin2lah jenguk page kami :)

Sunday, April 21, 2013

Lagi lagi berenang

Ingatkan selepas tamat kelas renang tu hidupku aman tenteram lah..Rupanya tidak..Terasa kureng pulak bila tiada aktiviti berenang..Memang selepas saja tamat kelas renang tu ade dianjurkan kelas lanjutan..Tapi tidak ramai yang join termasuk aku..Aku tak mahu terikat dengan kelas yang membuatkan dapur di rumah tidak berasap tu..huhuu..Alasan..alasan..



Sudahnya aku dan kawan-kawan masih meneruskan aktiviti renang kami di pool yang lain pula..Bila begini lebih santai dan tidak stress..Sebelum jam 730 malam dah boleh sampai rumah dan memasak :) Dan aktiviti ini juga dikira riadah mingguan..Maklum saja di hujung minggu memang tak berkesempatan nak beriadah..Shame on me :'(

Memandangkan semasa kelas dulu aku pun tidaklah berapa nak pandai teknik freestyle, jadi inilah masanya untuk memperbaiki teknik berenang..Breast stroke pun masih sedang memperbaiki lagi teknik..So far alhamdulillah macam ok sikit berbanding freestyle..

Kami juga berkesempatan belajar teknik terapung dalam air..Omputih sebut water treading (spelling x sure)..Hmmm...tidak juga susah..Cuma perlu keyakinan untuk membuatnya di kedalaman air melebihi 1.5 m..Sebelum ini masa kelas, ketinggian air cuma 1.2m..Hehehe tidaklah mencabar..So di tempat baru ini kolamnya mempunyai kedalaman yang berbeza..Mencabar dan menarik :)

Insyaallah, akan meneruskan aktiviti ini..Berenang memang satu riadah yang sangat baik..Ia membantu kita memperbaiki pernafasan..Orang yang ada asma, sangat bagus belajar berenang. Berenang juga merupakan sukan yang paling selamat daripada kecederaan. Mungkin ada risiko juga, tetapi amat rendah jika dibandingkan dengan sukan lain seperti bola sepak, badminton, hoki dsb. Paling menarik, apabila berenang, semua otot kita digunakan dan sangat bagus untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan seperti saya ;)





Sunday, March 17, 2013

Kelas Asas Renang - part 1

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)


kagum je kan tengok anak orang kecil2 lagi dah pandai berenang  :)
Masa DPA dulu memang kami diwajibkan menyertai kelas renang. Percuma aje. Tapi aku x khatam pun belajar atas alasan2 tertentu..huhuuu..aku hanya reti terapungkan diri sahaja. Minat nak belajar berenang tu memang ade tapi susah nak mencari kolam yang tertutup atau yang dikhaskan untuk wanita sahaja..Owhhh memang ada..tapi life guard semuanya lelaki..Memang aku kurang selesa..

Sehinggalah baru2 ini PPTD advertised kelas asas renang untuk wanita..Serta merta aku meringankan tangan untuk mengisi borang permohonan bersama seorang sahabatku. Alhamdulillah permohonan kami diterima. Bayaran dikenakan RM130 ada 8 kali kelas. Satu jam setiap sesi. Tempatnya pun dekat sangat dengan pejabat kami di Pusat Maritim. Sungguh, aku x pernah tahu ada wujud kolam tertutup di situ.



Setakat ini alhamdulillah sudah 4 kelas berlalu dan hanya berbaki 4 kelas sahaja lagi. Kelas sebelum ini kami diajar teknik pulling. Ohh nampak senang saja tetapi bila nak buat sendiri, x lepas2..bila tangan menarik air, kaki pula terlupa nak kicking..huk3..mujurlah coach kumpulan kami, coach Syima tu penyabar orangnya..aku pula yang rasa bersalah x lepas2 lagi teknik tersebut..Begini teknik pulling yang ku lihat macam senang tu..

http://www.youtube.com/watch?v=zhH1gFLRIc4

Jujurnya aku mulai gemar berenang sekarang..tapi persekitaran yang kurang sensitif membataskan peluang untuk wanita muslimah berenang. Di tempat yang kami belajar sekarang ni memang best sebab tertutup. Cuma ia tak buat sesi asing atau khusus untuk perempuan sahaja. Alangkah baiknya kalau pihak yang terlibat prihatin akan hal ini :)

Kalian yang ada anak2 kecil, galakkanlah anak2 anda berenang sejak mereka kecil. Berenang itu kan sunnah..Selain itu, berenang merupakan riadah yang sangat baik kerana anda menggunakan semua otot2 anda dan paling penting, risiko kecederaan adalah amat rendah berbanding sukan yang lain :)

http://www.facebook.com/photo.php?v=10151500105072243&set=vb.738462242&type=2&theater

Bersambung di entry seterusnya..


Wednesday, February 27, 2013

Jom Kurus!

Esok merupakan hari terakhir di bulan Februari..haiii cepatnya masa berlalu..blog ni macam dh bersawang sikit dah ni disebabkan tuannya x berkesempatan nk update..ni nak cerita pun macam dah basi..tp cerita jugalah ;)

26 Januari lepas saya berkesempatan menghadiri Seminar Jom Kurus anjuran Kevin Zahri di Prince Court Medical Centre. Sudah lama saya berhajat untuk join seminar ni tapi disebabkan takda teman yang berminat so saya pendamkan saja hasrat.

Syukurlah satu hari tu ada sorang kawan saya ni melalui fb wall dia saya nampak dia seperti sudah give up sbb buat mcm2 usaha pun berat badan still macam yoyo..tak turun2..so saya cadangkan dia join seminar ni sbb seminar ni akan berkongsi tentang pemakanan kita..pengiraan kalori..bagai pucuk dicita ulam mendatang..kawan saya pun setuju utk join..

Menariknya seminar ni kami diajar tentang cara pengiraan kalori..berapa sebenarnya jumlah kalori yang diperlukan oleh badan kita, berapa banyak kalori yang perlu dibuang oleh badan dan lain-lain..Untuk menurunkan berat badan juga kita perlu ada target yang jelas supaya tindakan kita nanti membantu kita untuk mendapatkan berat badan yang kita impikan. Macam saya, saya tetapkan masa 6 bulan untuk mendapatkan berat badan yang saya idamkan...hope it works well!

So for those yang berminat nak tahu lanjut, u all boleh klik link ni http://kevinzahri.com
Kalau nak tahu, Kevin juga ada buat Jom Fit..kelas mengeluarkan peluh...saya macam berminat nk join..tp tak tahu sesi bila..hehhee

Enjoy the piccas

tekun mendengar sifu bercakap di depan
 
 
end of the session..
 

Saturday, December 22, 2012

Promosi istimewa (21/12/12-25/12/12)

Assalamualaikum..

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan saya semalam, ada offer istimewa bagi mereka yang berminat membeli korset Premium Beautiful dan Shaklee dalam satu set..


Promosi ini bermula semalam sehingga 25 Disember 2012 sahaja..


Trying to Conceive (TTC) set


Korset PB membantu menyeimbangkan hormon wanita, menyokong kedudukan rahim, mengurangkan masalah keputihan, mengurangkan senggugut dsb..

Pengambilan supplemen Shaklee juga membantu anda.

Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendek kata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.

GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antaa kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari.

Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Allah agar dikurniakan zuriat. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.



Slimming set for breastfeeding mommies


MUSTAHIL untuk mendapat berat badan ideal? Sekadar angan-angan kosong bagi IBU MENYUSU?
Ramai yang kata dengan menyusu badan ibu akan lebih mudah menurunkan berat badan, atau, mendapat berat badan ideal (pre-pregnancy weight) kerana kalori yang dibakar sewaktu proses penyusuan tersebut.
Namun, tidak kurang juga ramai yang menyangkal dakwaan ini kerana masih gagal menurunkan berat badan. Apatah lagi proses penyusuan itu sendiri membuat si ibu berasa cepat lapar setiap kali selesai menyusu, ataupun selesai mengepam susu (mengosongkan payudara).

Memakai korset PB secara konsisten membantu membentuk semula badan ibu selepas bersalin.

Slimming set Shaklee berasaskan konsep
3B = Bakar, Buang dan Bina. Tidak mengganggu penyusuan si manja anda.

Lecithin (bakar) – untuk membakar lemak & kolesterol. Sumber kolina dan pengemulsi lemak. Juga dicadangkan kepada ibu menyusu yang kerap mengalami duktus tersumbat (clogged duct) yang berulang.

Alfalfa (buang) – sumber serat untuk menyerap pecahan lemak & kolesterol yang dipecahkan oleh lecithin dan mengangkut keluar dari badan. Melawaskan sistem penghadaman dan terkenal sebagai penggalak susu sejak dari zaman dahulu!

ESP Soy Protein Isolate Powder(bina) – sumber protein untuk memelihara otot dalam proses penurunan berat badan. Protein juga terkenal sebagai penggalak susu selain memberi si ibu rasa kenyang lebih lama dan berpanjangan.


Confinement Set


Berpantang dengan korset Premium Beautiful (PB) dan supplemen Shaklee

Kebaikan korset PB
1.Mengeluarkan angin dalam badan. 
2.Mengecutkan & memperkemaskan semula rahim yang mengembang semasa mengandung. 
3.Menarik & merapatkan semula tulang pinggul yang mengembang semasa proses bersalin.
4.Mengeluarkan darah nifas yang beku & berketul-ketul dengan lancar.
5.Mengeluarkan segala sisa kotoran & air bisa (menggantikan proses tangas) dari rahim.
6.Menyokong (menyengkak) rahim dari jatuh.
7.Menyihatkan rahim dan memberi persediaan untuk proses persenyawaan seterusnya (menyeimbangkan semula hormon estrogen & progestron).
8.Menghilangkan stretchmark akibat semasa mengandung atau menggaru perut semasa mengandung.
9.Menghangatkan dalam badan & tidak perlu menggunakan bahan-bahan seperti param, pilis & tapel.
10.Melancarkan proses pembuangan air besar (sembelit terjadi apabila memakan jamu).
11.Merawat luka-luka di dalam rahim dan juga di luar rahim.
12.Meningkatkan metabolisme badan untuk membantu mengurangkan berat badan dengan cepat.
13.Membentuk semula payudara, pinggul & postur badan yang cantik.

Supplemen Shaklee


B Complex - bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan semasa berpantang. Berupaya meningkatkan pembentukan sel darah merah

Vita C - sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaikpulih tisu rosak selepas bersalin. Juga penting dalam membentuk kolagen dalam badan dan kecantikan kulit

Vitalea (multivitamin) - sangat penting diambil oleh ibu selepas bersalin. Membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi ketika berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan).

Zinc - sangat penting untuk membaikpulih luka dalaman dan jahitan. Mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

*info credit to http://www.Genkimomma.net http://healthy.babykawaiistore.com


Berminat? Hubungi saya selagi offer ini masih berlangsung..


nisadahri
sms/msg/whatsapp :  019-2162037
email : nisadahri@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...