Wednesday, June 12, 2013

My Cooking Project

Assalamualaikum.

Ada beberapa cooking project yang saya nak sangat masak tetapi atas sebab2 tertentu, terpaksa di KIV kan dulu..Adakah daku ini terlebih vitamin M??Ayayayaa..

Sebelum terlupa, baik saya listkan dulu supaya esok2 bila mood memasak sudah mari, boleh terus buat

1. Nasi Lemuni (done)


Daun lemuni masih ada dalam peti di rumah..masih segar, tak layu..Sebelum daun2 itu layu semuanya, harus dimasak nasi lemuni dalam masa terdekat..Senang aja sebenarnya nak masak..Macam nasi lemak jer..Nasi ni sangat bagus dimakan oleh ibu yang sedang berpantang..Masa berpantang anak sulung dulu, tok saya masakkan nasi ni..Lepas makan, badan kita akan terasa hangat dan angin kus-kus pun banyak keluar..Baguslah kan ;p

2. Tiramisu


Permintaan daripada adik ipar yang belum sempat ditunaikan ^__^..Maaf ye adik ipar..Nanti bila dah ok, kak nisa buatkan untuk awak ;)

3. Oreo Ball


Terjumpa dalam FB..Sangat mudah untuk membuatnya..Hanya menggunakan 3 bahan iaitu biskut oreo, cream cheese dan coklat sebagai salutan bebola oreo itu..

4. Laksa Sarawak


 Kemain beria kirim dengan colleague belikan pes laksa sarawak tahun lepas. Sudahnya tersimpan rapi dalam rak di dapur tak berusik lagi..Masalahnya kt rumah ni takde yang gemar makan laksa sarawak. Pernah masak dulu, mak saya cakap macam rempah orang beranak..Huhuuu sabo je lah

5. Homemade chocolate



 Masa pergi kelas demo coklat tak lama dulu punyalah bersemangat waja..Konon2 boleh wat side income nih..Coklat dah beli, acuan pun ada..Buat je belum..ayayaaaa..

6. Pavlova


Tengok resepi dan tutorial orang lain buat macam senang aje kan..Tapi berminat buat mini pavlova aje..Yang besar seperti susah nak dimakan..Kalau yang kecil2 senang aje ngap masuk mulut terus ;p Resepi sudah berjaya saya dapatkan daripada sahabat saya..



Apekah sebenarnya? Memang confirmed lah saya ni yang terlebih dos vitamin M agaknye kan :'( 

Huhuuuu..insyaallah, saya akan pastikan cooking project saya ini akan direalisasikan jua sebelum penghujung tahun 2013

Monday, June 10, 2013

Baju kurung kanak-kanak

Assalamualaikum..

Dah masuk 1 Syaaban kan..Cepat sungguh masa berlalu. Kita akan menyambut Ramadhan tak lama saja lagi..

Saja nak berkongsi, saya ada menjual baju kurung kanak-kanak perempuan. Fabrik adalah menggunakan English Cotton. Fabrik cotton ni sangat sesuai dipakai oleh kanak-kanak yang sedang melasak pada umur 1-6 tahun..Kainnya sangat selesa, sejuk, menyerap peluh dan tahan lasak. Untuk bahagian pinggang kain adalah jenis bergetah.

Terdapat 3 saiz  iaitu 2T, 4T dan 6T

Saiz 2T sesuai dipakai oleh kanak-kanak (12-24 bulan) *small cutting. 
Kanak-kanak berbadan agak chubby mungkin agak sendat memakai saiz 2T

Macam anak saya, Sarah ni memakai baju saiz 2T. Agak payah juga nak masukkan tangan dia..Kain ok aje..




 Saiz 4T (2 - 4 tahun)

Saiz 6T (5-7 tahun)

Ukuran bagi setiap saiz adalah seperti berikut:

Saiz 2T [Bahu:23.5 cm,Labuh Baju:46cm,Tangan:28cm,Pinggang;38cm, Punggung:58cm, Labuh Kain:46cm]

Saiz 4T [Bahu:28cm,Labuh Baju:56cm,Tangan:34cm,Pinggang;42cm, Punggung:66cm, Labuh Kain:55cm]

Saiz 6T [Bahu:29cm,Labuh Baju:68cm,Tangan:38.5cm,Pinggang;48cm, Punggung:72cm, Labuh Kain:68cm]

Harga sepasang RM50 (excluding post)
*Semenanjung RM8
*Sabah/Sarawak RM11

Sekiranya berminat, boleh emelkan kod item ke nisadahri@gmail.com yer..Saya akan reply emel anda dengan segera.

Jom cuci mata ;p

Ohh ya..sebelum terlupa, kod BK2 [2T], BK4 [4T], BK6 [6T] yer.. 

 
BK2_01

BK2_02
 
BK2_03

BK2_04

BK2_05

BK2_06

BK2_07

BK2_08

BK2_09

BK2_10 [SOLD OUT]

BK2_11 (Saiz 2T & 4T)

BK2_12

BK2_13

BK4_01

BK4_02

BK4_03

BK4_04

BK4_05

BK4_06

BK4_07

BK4_08

BK4_09

BK4_10

BK4_11

BK4_12

BK4_13

BK4_14

BK6_01

BK6_02

BK6_03

BK6_04

BK6_05

BK6_06 [SOLD OUT]

BK6_07

BK6_08
BK6_09
BK6_10 [SOLD OUT]
BK6_11 [2 PCS]

BK6_12 [SOLD OUT]

BK6_13

BK6_14

BK6_15

BK6_16

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...