Showing posts with label sajian lestari. Show all posts
Showing posts with label sajian lestari. Show all posts

Monday, October 7, 2013

Singgang pedas ikan kembung

Masakan singgang ni memang dah biasa masak..Maklum saja berkahwin dengan orang pantai timur. Lauk singgang ni macam dah jadi menu rutin lah. Tapi saya akui tak expert lagi nak masak singgang ni. Kekadang kurang masam lah kurang masinlah..Padahal pada tekak saya rasa macam dah ok dah. Biasanya kalau nak masak singgang ni saya akan minta encik suami yang rasa bila dah siap masak. So dia akan adjust dengan selera dia..

Biasa kalau singgang belah suami ni singgangnya hanya kuah putih. Ikannya akan dicicah dengan budu. Walaupun simple saja lauknya, boleh bikin sang suami bertambah2 nasi kalau kene dengan seleranya ;p Kalau ada petai, walllaaaa..makin menjadi2 lah gamaknya.

Baru2 ni saya ada membuat lauk singgang. Tapi kali ni resepinya lain sikit dari yang biasa. Saya ambil resepi kak Shahriah Master Chef..Memang sedap.. Suami pun kata sedap :)

Resepinya sangat mudah

Tumbuk kasar bawang besar, bawang putih, cili merah, cili api (ikut suka pedas), halia, lengkuas, kunyit hidup, belacan. Titikkan serai.

Panaskan bahan tumbuk tadi atas api sederhana dan masuk juga air asam jawa. Biarkan sampai mendidih kemudian baru masukkan ikan dan siat2 daun kunyit. Saya akan tambah asam keping utk rasa yg lebih masam. Perasakan dengan garam. Tutup api.


Saya suka juga lauk singgang ni..Makan dengan nasi panas2..Memang terbaiklah..Cicah budu lagi..Fuuhhh..meleleh pula air liur nih..Masakan ni pun sihat sebab x guna minyak..Sesuai la untuk sesiapa yang nak diet :)

Sunday, September 22, 2013

Homemade fishball

Sudah lama rasanya tak membeli fishball di pasar..Sejak suami saya warning jangan lagi membeli fishball keluaran beberapa jenama selepas beliau melawat tempat memproses fishball sekitar beberapa tahun lalu..Walaupun ada HACCP, logo halal, tahap kebersihan sewaktu membuat bebola ikan adalah kurang memuaskan hatinya..Mungkin standard bersih suamiku tinggi kot..Huhuuuu

Bukan sahaja disebabkan faktor di atas, makan makanan yang diproses ni kan tak berapa bagus according to pakar2 O&G..Tambahan pula saya ni mempunyai masalah sakit puan. Jadi haruslah beringat2 selalu utk kesihatan jangka panjang..

Kebetulan sebelum puasa haritu ade beli ikan tenggiri..Bukan beli yg keping2 tu, beli seekor..Mahal rasanya! Tapi apek jual ikan cakap, beli yg keping2 lagi mahal oooo..So pejam sebelah mata je la beli sekor ikan harga dekat 60 hengget..Udahnya tak habis2 la ikan tenggiri mak kat dalam peti tu..

Tu yang teringat nak buat bebola ikan tenggiri..Macam biasalah, resepi google aje..Tengok resepi pun mudah sangat..Sebelum ni pernah try, tapi hasilnya kurang memuaskan..Bentuk pun tak cantik. Rasa pun x sedap..Rasa tepung yang lebih sebab ikan x banyak masa tu..

Credit to http://umisyafiqah.blogspot.com atas resepi..Dalam pada tu, ada juga ku refer pada blog2 lain tapi x hengat pulak..

Ni cara aku buat bebola ikan

Bebola ikan
*2-3 keping isi ikan tenggiri [diasingkan isi dari kulit dan tulang, jangan buang kulit dan tulang ikan]
*2 ulas bawang putih
*1 sudu kecil lada hitam [nk guna lada sulah pun boleh]
1 sudu kecil tepung jagung
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara masak

Kisar semua bahan di atas yg bertanda * kemudian campurkan tepung jagung, lada hitam/lada sulah garam dan sedikit minyak ke dalam adunan yang dikisar. Selepas itu gaul sebati dan 'baling' adunan itu ke tepi mangkuk dan ditumbuk2..Buat beberapa kali sehingga adunan menjadi kenyal..Inilah rahsia membuat fishball seperti di pasaran tu menurut empunya blog [http://hudaahsin.blogspot.com]

Bentukkan menjadi bulat seperti bebola. Sebelum direbus ke dalam stok ikan, saya rendamkan seketika bebola yang dibentuk tadi ke dalam air sejuk yang dicampur ais. Selepas itu bolehlah dimasukkan ke dalam stok ikan tadi dan boleh diangkat bebola itu apabila timbul di permukaan air rebusan. Siap dan boleh dimakan!

Sedap dimasukkan ke dalam sup sayur..Halalan toiyyiban lagi..Bolehlah menikmati fishball tanpa ragu2 selepas ini ;p


Friday, September 20, 2013

Nasi Daging & Air Asam

Last few days ada usha2 resepi nasi daging di mr. Google. Memandangkan bahan2 yang diperlukan semuanya ada di rumah, bolehlah mencuba..

So lunch time tadi saya pun trylah masak. Hasilnya memang sedap. Cuma saya terlupa nak masukkan daun limau purut. Mungkin jika letak rasanya lebih sedap :) Untuk first timer macam saya ni, rasanya boleh dikatakan sedaplah..


Credit to empunya resepi dapurKu SaYang :)

Saya copy paste resepi ni yer

Nasi Daging
Resepi asal : DayangJack@DapurKu SaYang

Untuk 4 orang makan

bahan A :
  • 3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
  • 250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 helai daun pandan
  • 80 ml susu cair
  • 1 sudu makan puri tomato - saya guna 1 sudu makan sos tomato
  • 2 helai daun limau purut -lupa nak letak
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak sapi
bahan B :
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
  • 1 batang serai (diketuk)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
  2. Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
  5. Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
  6. Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
  7. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka. 

Bahan Air Asam
bahan-bahan : 4 orang makan
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 8-10 biji cili padi (dihiris) 
  • 2 biji cili merah (dihiris) 
  • 1 cawan air asam jawa (-/+)
  • sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
  • sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi
Cara-cara : satukan semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan bersama nasi daging.

** cara saya: saya blendkan bawang merah, cili padi, cili merah, belacan dengan air asam jawa. Kemudian baru satukan dengan bawang besar, tomato dan garam/gula/jus limau 

Selamat mencuba!

Thursday, July 18, 2013

Puding trifle my style

Sebenarnya saya jarang buat dessert di rumah kerana encik suami kurang gemar. Pelik kan..Nama aje orang klate, tapi kurang gemar makan benda-benda manis. Anyway, bagus juga dari aspek kesihatan :)

Tapi last weekend rasa teringin pulak nak makan puding trifle ni. Pernah sekali dulu di awal perkahwinan cuba masakkan puding ni tapi kastardnya terhangit sedikit dan memang menjejaskan rasanya. 

Senang aja membuatnya dan bahan2 pun mudah dicari. Puding yang saya masak ni memang kurang manis. Sebab saya hanya letak 1 sudu makan gula dalam adunan kastard. Rasa manis hanyalah daripada agar-agar dan koktel buah tu je. Kira sihat jugalah kan puding ni..Hehehee..


Bahan-bahan

Swiss roll cake
1 tin susu cair
3 sudu tepung kastard
1 tin koktel buah
air (guna tin susu cair untuk sukat)
1 peket agar-agar kristal
gula secukup rasa anda

Cara menyediakan 

Potong swiss roll kek dan susun dalam bekas. Kalau guna bekas kaca lebih cantik sbb nampak nanti layer puding tu. Boleh juga siramkan air buah koktel ke atas kek jika suka untuk lembabkan kek tu.

Campurkan tepung kastard dengan susu cair dan air yang disukat dengan tin susu cair. 1 tin air sahaja. Kacau rata di atas api yang kecil. Masukkan 1-2 sudu gula. Tak letak pun takpe. Masak hingga kastard tu sehingga agak kental tapi jangan sampai keras. Selepas itu tuangkan adunan kastard di atas kek tadi. Biarkan seketika.

Taburkan koktel buah di atas kastard. Sukatan suka suka hati anda bak kata chef ammar :)

Masakkan pula agar-agar kristal tu dan siramkan di atas layer koktel tu. Lepas tu bolehlah disejukkan dalam 2-3 jam sebelum dimakan.

Puding roti


Melihatkan ada baki roti beberapa keping di rumah, dengan rajinnya saya membuat puding roti yang sangat ringkas. Bahan pun sangat minimum. Dah macam makanan solid food budak umur setahun ;p
No sugar added, unsalted butter dan low fat fresh milk..Memang menu yang sihatlah..Hihiiii..Sebenarnya itu aje bahan yang ada di dapur dan paling cepat sebab masa buat puding ni pun dah jam 6.30 petang.

Resepi ni sangat sesuai untuk anak-anak kecil di bawah umur 2 tahun..Bolehlah mencuba jika rajin yer.

Bahan-bahan

3 keping roti sandwich
2-3 cawan low fat fresh milk
3 sudu teh butter
kismis
serbuk kayu manis

Cara masak

Potong roti kecil-kecil. Nak carik2 pun boleh. Susun atas loyang. Saya guna ramekin aje sebab kuantiti kecil. Nak leserkan dengan butter dulu pun boleh. Saya tak buat yang ni.

Rendamkan roti dengan fresh milk. Biarkan seketika dalam 10-15 min untuk proses penyerapan roti ke dalam susu..Huhuuu

Taburkan kismis atas roti tadi. Serbuk kayu manis juga. Sebelum masuk ke dalam oven, letakkan unsalted butter tu atas roti.

Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah C selama 20 min atau sehingga masak. Nak kukus pun boleh juga.

Sangat simple. Tapi untuk versi orang dewasa, saya rasa anda bolehlah letakkan gula sebab rasa puding di atas memang sesuai dimakan untuk budak kecil je sebab kurang sangat rasanya..Hehehe..Kalau tak pun, bolehlah sediakan sos kastard dimakan bersama puding roti yang 'sihat' tanpa perasa ni..Heheheeh..Saya ni sebab dah x sempat nak buat sos kastard je sebab dah dekat sangat waktu berbuka.

Wednesday, June 12, 2013

My Cooking Project

Assalamualaikum.

Ada beberapa cooking project yang saya nak sangat masak tetapi atas sebab2 tertentu, terpaksa di KIV kan dulu..Adakah daku ini terlebih vitamin M??Ayayayaa..

Sebelum terlupa, baik saya listkan dulu supaya esok2 bila mood memasak sudah mari, boleh terus buat

1. Nasi Lemuni (done)


Daun lemuni masih ada dalam peti di rumah..masih segar, tak layu..Sebelum daun2 itu layu semuanya, harus dimasak nasi lemuni dalam masa terdekat..Senang aja sebenarnya nak masak..Macam nasi lemak jer..Nasi ni sangat bagus dimakan oleh ibu yang sedang berpantang..Masa berpantang anak sulung dulu, tok saya masakkan nasi ni..Lepas makan, badan kita akan terasa hangat dan angin kus-kus pun banyak keluar..Baguslah kan ;p

2. Tiramisu


Permintaan daripada adik ipar yang belum sempat ditunaikan ^__^..Maaf ye adik ipar..Nanti bila dah ok, kak nisa buatkan untuk awak ;)

3. Oreo Ball


Terjumpa dalam FB..Sangat mudah untuk membuatnya..Hanya menggunakan 3 bahan iaitu biskut oreo, cream cheese dan coklat sebagai salutan bebola oreo itu..

4. Laksa Sarawak


 Kemain beria kirim dengan colleague belikan pes laksa sarawak tahun lepas. Sudahnya tersimpan rapi dalam rak di dapur tak berusik lagi..Masalahnya kt rumah ni takde yang gemar makan laksa sarawak. Pernah masak dulu, mak saya cakap macam rempah orang beranak..Huhuuu sabo je lah

5. Homemade chocolate



 Masa pergi kelas demo coklat tak lama dulu punyalah bersemangat waja..Konon2 boleh wat side income nih..Coklat dah beli, acuan pun ada..Buat je belum..ayayaaaa..

6. Pavlova


Tengok resepi dan tutorial orang lain buat macam senang aje kan..Tapi berminat buat mini pavlova aje..Yang besar seperti susah nak dimakan..Kalau yang kecil2 senang aje ngap masuk mulut terus ;p Resepi sudah berjaya saya dapatkan daripada sahabat saya..



Apekah sebenarnya? Memang confirmed lah saya ni yang terlebih dos vitamin M agaknye kan :'( 

Huhuuuu..insyaallah, saya akan pastikan cooking project saya ini akan direalisasikan jua sebelum penghujung tahun 2013

Monday, May 27, 2013

Misi JJCM

Beberapa minggu lepas, saya ada menonton rancangan JJCM di TV3.. Episod pada masa tu, Qi makan di Restoran Tapak Sulaiman a.k.a Bunian..Memang nampak menyelerakan masakan di situ..Masak ketam lemak! Feberet saya masa kecik2 dulu tu ;p

Tak sangka pula bila di ofis, geng2 makan lunch saya pun bercerita tentang restoran yang sama..Apa lagi...misi meng'google' pun bermula lah..Dekat rupanya kedai makan tu dengan Putrajaya. Bermakna, misi menjejak kedai makan tersebut makin menjadi realiti lah!

So pagi tadi around 11 pagi, setelah mengumpulkan geng2 makan saya, maka saya pun telah membuat reservation di kedai makan tersebut. Cuma nak ke sana tu gamble aje sebab x sure kt mana sebenarnya..

Waktu makan lunch td kami pun meneruskan misi JJCM..Lorrr..tak susah rupanya nak cari kedai tersebut..Hahaha..kalau tak kerana nampak deretan kereta kt tepi jalan tu memang tak tahu jugak..Memang takde signboard langsung..

Sesampai di sana memang dah ramai manusia yang sedang menjamu selera..Aisehhh...diorg ni keluar makan pukul brp? Takkan pukul 12 tghr dah cabut kot??Waaaa..so early maaa..

Mujurlah saya dah booking tempat..So sampai2 aje terus duduk di meja..Order air sekejap..Tak lama lepas tu makanan pun sampai..Barulah saya faham konsep makan di sini..Semua orang akan makan menu yang sama..Cuma bezanya saiz hidangan tu bergantung kepada bilangan orang yang nak makan lah..Saya difahamkan setiap hari menu adalah berbeza.

Menu hari ini ialah ketam masak lemak. Ayam goreng dan ikan goreng pun ada jugak. Kebetulan pula kami pergi dengan orang yang ada sakit gout dan tengah berpantang makan seafood..Aisehh, x syok sangat lah makan..Huhuuuu...Wrong timing maybe? Disebabkan hanya 2 orang aje yang makan ketam tu, so kami pun tapau la lebihan ketam tu..

So next time bolehlah bawa encik suami makan di sini..Makanan di sini boleh tahan sedap juga..Harga pun berpatutan..Satu kepala RM13. Berbaloi pada saya sebab ada beberapa jenis lauk..sayur dan sambal belacan pun ado..Memang makanan melayu la..

Cuma tempatnya agak panas sikit..Takpelah..ala2 kampung gitu kan..Siapa yang jenis x tahan panas tu, fikir 2-3 kali la agaknye nak p makan kt sini..Tp saya ok aje ;p



So bagi sesiapa yang nak datang makan di sini, saya cadangkan anda buat reservation terlebih dahulu.. Sms aje berapa orang nak makan ke nombor 0173812246. Dibuka makan pagi dan tengah hari setiap Isnin-Jumaat. Sabtu dan Ahad dibuka untuk makan pagi sahaja (menurut adik cashier kedai ni)

Lokasi kedai, kalau dari Putrajaya, ambil jalan ke Desa Pinggiran Putra yang nak menghala ke Sungai Merab..Anda akan nampak Coffee Village di sebelah kanan..Jalan terus menghala ke Sungai Merab..Anda akan nampak gelanggang futsal di sebelah kiri..Masuk lorong di sebelah kiri depan sikit daripada gelanggang futsal tu..Lepas tu jalan terus sikit, masuk lorong kedua. Kedai makan ni agak tersorok sedikit..Anda akan nampak bumbung kedai je dari atas jalan..

Haha, agaknye dipanggil restoran bunian tu sebab kedai ni tersorok agaknye ;p

Selamat menjamu selera!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...