Tuesday, December 2, 2014

Omega Guard: my own testimonial




Kisah saya dan Omega Guard..Saja nak share dengan anda mengenai kebaikan omega guard Shaklee ni..Semasa mengandungkan Mu'adz saya amalkan makan omega guard ni 1-2 biji sehari di penghujung kehamilan..


Mu'adz terkena selsema sejak masuk umur 4 bulan aritu..Selsema dia berlarutan dekat sebulan lebih..Macam2 remedi saya gunakan sebab saya seboleh2nya nak elak memberi ubat..Antara remedi yang saya gunakan

Garlic oil
Garlic sock
Habbatussauda'
Minyak kelapa dara
Percussion technique

dan jugakkkk
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Omega guard Shaklee

Alhamdulillah, kering juga selsema si Mu'adz akhirnya..

Omega guard Shaklee terdiri daripada omega-3..Jom skodeng apa kebaikan omega guard utk diri kita

~merendahkan kolestrol
~mengurangkan radang, ketegangan sendi
~baik diambil oleh ibu mengandung utk perkembangan otak bayi
~membakar lemak degil
~mengurangkan risiko penyakit jantung
dan banyak lagi lah..


credit to google



INGAT yer!! Jangan ambil minyak hati ikan tau!! Pastikan anda ambil minyak ikan berkualiti Shaklee ini :)














Saturday, November 1, 2014

Resepi: easy peasy apam gula hangus

Cerita dah basi tapi saja nak buat entry juga untuk future reference..

Antara aktiviti hujung minggu saya adalah mencuba pelbagai resepi..Resepi mudah2 saja..Kali ni saya nak cuba buat apam gula hangus..Tengok bahan2 masaknya pun semua ada di rumah so kita cubalah..

Resepi apam gula hangus

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan air

Bahan B
1 cawan minyak masak (saya derhaka..saya letak setengah cawan saja)
1 cawan gula
1 cawan telur
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat

Cara membuatnya
(Bahan A)
Cairkan 1 cawan gula sehingga perang. Kemudian masukkan 1 cawan air dan kacau rata. Sejukkan sebentar

Gaul telur dan gula sehingga sebati. Saya pakai whisk aje. Nak pakai blender pun boleh.
Masukkan tepung gandum, soda dan bahan A yang telah menjadi gula hangus tadi. 
Kemudian masukkan minyak masak dan gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 10-15 minit.

Senang saja kan...

Anak dara yang rajin menolong di dapur

Sunday, October 26, 2014

My brother's engagement

25.10.14

Pada tarikh ini semua umat Islam menyambut tahun baru 1436H..

Pada tarikh ini juga adik lelaki saya telah selamat menjadi tunangan orang..Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. 

Cuma saya sangat terkilan kerana tidak dapat menyaksikan majlis pertunangan tersebut. Encik suami terlibat dengan majlis sambutan Maal Hijrah di PICC. Majlisnya tamat agak lewat. Kebetulan juga majlis pertunangan adik saya bermula sekitar jam 12 tengah hari. Dalam atur cara majlis sambutan Maal Hijrah tertulis tamat program jam 11 pagi..Ahli keluarga yang lain semua sudah bersiap dan hanya menunggu saya..Hampir jam 1145 masih belum habis majlis di PICC..Saya menyuruh mereka pergi dahulu dan kami akan menyusul kemudian..

Nak dipendekkan cerita, apabila kami tiba, majlis pun sudah selesai dan para tetamu sedang menjamu selera..Terkilan sungguh rasa di hati..

Apapun, tahniah adikku atas pertunangan kalian. Semoga dipermudahkan urusan akan datang..Insyaallah tahun depan keluarga kami akan bertambah :)


sisterhood





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...