2 tahun telah berlalu..Namun setiap kali mengenang pertistiwa itu, air mata ini sering gugur..Mengenangkan diriku yang tidak sempat untuk memohon ampun darimu..tidak dapat berada di sisimu di saat kau sakit..di saat-saat akhirmu..Namun apakan daya..Takdir Allah menentukan segala..Mungkin itulah cara yang terbaik buat kita semua berpisah sementara di dunia..Semoga kita dapat berjumpa di akhirat sana..
Bila terkenangkan memori itu pasti akan muncul rasa bersalahku kerana tidak menelefon abah sewaktu mak melawat abah di Pakistan..Abahku bertugas di Karachi, Pakistan sebagai attache..Encik suami ada bertanya padaku "tak nak call abah ke?"..Aku membalas "tak mengapalah..biarkan abah dan emak menikmati percutian mereka di sana..Lagipun hujung minggu nanti abah dan mak nak balik ke sini"..Aku hanya bercakap dengan abah ketika mak selamat tiba di airport Karachi..Selang beberapa hari kemudian ku terima sms emak mengatakan abah admitted..Itulah pertama kali abah dimasukkan ke hospital. Keesokan paginya emak sms mengatakan abah koma, dan selang beberapa minit ku terima satu lagi sms mengatakan abah sudah tiada..
Ya, abah pulang jua ke tanah air..tetapi hanya jasadnya sahaja..kerana rohnya telah dijemput Ilahi..Dan kini, setiap kali memandang wajah Sarah dan Thaqif, terdetik di hati, "Alangkah seronoknya kalau abah ada ketika ini..bermain2 dengan cucu"..Ohh indahnya ;)
Allah kan Maha Mengetahui..Maha Adil..Maha Penentu..Daku redha dan pasrah atas ketentuanNya..
Semoga Allah sentiasa merahmatimu di alam sana..Sunguh, kita semua pasti ke sana suatu hari nanti..
Al-fatihah...
Monday, December 31, 2012
Saturday, December 29, 2012
Monday, December 24, 2012
anniversary's gift
Jika sebelum ini setiap kali ulang tahun perkahwinan kami mesti acaranya adalah makan-makan..kek sahaja..tiada yang lain..so this year encik suami dah ckp awal2 nak belikan something selain drp makan2..so we decided untuk beli jam tangan pada tahun ini. Dah survey jam ni 3-4 bulan lepas lagi..tapi saya masih tak dapat jam tangan yang saya betul2 minat. Ade la usha2 brand Tissot..mahal pulok..x maulah beli jam sampai harga ribu riban kan..ratus2 pun dh cukup mahal dah tu..sampai lah semalam masih tak jumpa jam tangan yang saya betul2 berkenan..
Semalam kebetulan pergi Alamanda..mmg encik suami dh niat nak cari jam..kalau jumpa yang berkenan terus beli..takde tangguh2 dah..Belek punya belek kt City Chain tu tetiba rasa macam dh jumpa yang berkenan di hati..simple saja designnya..brand Solvil et Titus..harga boleh tahan la..ade diskaun 15%..bila dah nak confirm design tu amoi sorang ni pergi tunjuk pulak satu design ni..udah encik suami dan adik saya berkenan compared to the one yang saya berkenan..hmm..saya punya taste mmg outdated..huarghhhh..
Dipendekkan cerita..inilah hasilnya..
Terima kasihlah encik suami belikan saya jam tangan..sepanjang hidup ni belum pernah lagi saya membeli jam tangan brand2 mahal ni..semua jam yang saya pakai pun mak saya punya..Maklumlah mak kan banyak jam..orang bagi hadiah..daripada rosak tak guna baik saya yang pakai..Jam yang saya beli biasa murah2 aja...x sampai rm100 pun..hua2..
~nisadahri~

Subscribe to:
Posts (Atom)