Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Sunday, December 21, 2014

7th anniversary

Alhamdulillah...sudah 7 tahun kita melayari bahtera rumahtangga..Penuh dengan warna warni suka duka dalam kehidupan kita..Syukur kita dikurniakan 2 orang permata hati (Sarah request nak 3 orang adik ;p)..

Semoga Allah memberikan kita kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak2 kita menjadi anak soleh dan solehah yang diredhai Allah..

Sungguh, diri ini tidak sempurna..Banyak cacat celanya..Banyak yang perlu daku pelajari untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari2 sebelumnya..Pimpinlah tangan ini..Didiklah diri ini agar menjadi insan yang lebih baik utk hari2 mendatang..

Dear hubby, 
Happy anniversary..
Love you to the moon and back
May our love last forever till Jannah

Love,
Wifey

anniversary dinner @ Dondang Sayang Restaurant, KL



Saturday, December 21, 2013

It's our 6th anniversary

Pada tarikh ini 21.12.2007 sekitar jam 3 ptg++ kami sah bergelar suami isteri..

Diam tak diam sudah masuk 6 tahun usia perkahwinan kita..

Buat chenta hati saya,

Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik buat diri ini..
Terima kasih kerana menjadi abah yang terbaik buat Sarah Ardini
Terima kasih kerana menjadi anak/menantu yang terbaik dalam keluarga kita..

Semoga perkahwinan ini sentiasa diberkati Allah dan berkekalan hingga hujung nyawa dan ke jannah..Berkatilah perkahwinan kami Ya Allah..

Semoga kami dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang panjang dan berkat agar dapat mendidik anak2 kami dan melihat mereka membesar menjadi anak2 yang soleh/ah..



Love u till jannah!

Wednesday, January 2, 2013

Ulangtahun kelahiran ayahanda

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari kedua dalam tahun baru 2013.

Hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran almarhum abah saya yang ke-55 tahun. Pada tarikh ini juga almarhum abah dikebumikan (2/1/2011). Dikebumikan pada hari lahirnya yang ke-53 tahun ketika itu..

Hanya doa daripada kami anak-anakmu sentiasa mengiringi perjalananmu di sana. Semoga Allah menempatkanmu bersama para solehin..Semoga abah tenang di sana..

Al-fatihah

Monday, December 31, 2012

2 tahun berlalu..

2 tahun telah berlalu..Namun setiap kali mengenang pertistiwa itu, air mata ini sering gugur..Mengenangkan diriku yang tidak sempat untuk memohon ampun darimu..tidak dapat berada di sisimu di saat kau sakit..di saat-saat akhirmu..Namun apakan daya..Takdir Allah menentukan segala..Mungkin itulah cara yang terbaik buat kita semua berpisah sementara di dunia..Semoga kita dapat berjumpa di akhirat sana..

Bila terkenangkan memori itu pasti akan muncul rasa bersalahku kerana tidak menelefon abah sewaktu mak melawat abah di Pakistan..Abahku bertugas di Karachi, Pakistan sebagai attache..Encik suami ada bertanya padaku "tak nak call abah ke?"..Aku membalas "tak mengapalah..biarkan abah dan emak menikmati percutian mereka di sana..Lagipun hujung minggu nanti abah dan mak nak balik ke sini"..Aku hanya bercakap dengan abah ketika mak selamat tiba di airport Karachi..Selang beberapa hari kemudian ku terima sms emak mengatakan abah admitted..Itulah pertama kali abah dimasukkan ke hospital. Keesokan paginya emak sms mengatakan abah koma, dan selang beberapa minit ku terima satu lagi sms mengatakan abah sudah tiada..

Ya, abah pulang jua ke tanah air..tetapi hanya jasadnya sahaja..kerana rohnya telah dijemput Ilahi..Dan kini, setiap kali memandang wajah Sarah dan Thaqif, terdetik di hati, "Alangkah seronoknya kalau abah ada ketika ini..bermain2 dengan cucu"..Ohh indahnya ;)

Allah kan Maha Mengetahui..Maha Adil..Maha Penentu..Daku redha dan pasrah atas ketentuanNya..

Semoga Allah sentiasa merahmatimu di alam sana..Sunguh, kita semua pasti ke sana suatu hari nanti..


Al-fatihah...

Monday, December 24, 2012

anniversary's gift

Jika sebelum ini setiap kali ulang tahun perkahwinan kami mesti acaranya adalah makan-makan..kek sahaja..tiada yang lain..so this year encik suami dah ckp awal2 nak belikan something selain drp makan2..so we decided untuk beli jam tangan pada tahun ini. Dah survey jam ni 3-4 bulan lepas lagi..tapi saya masih tak dapat jam tangan yang saya betul2 minat. Ade la usha2 brand Tissot..mahal pulok..x maulah beli jam sampai harga ribu riban kan..ratus2 pun dh cukup mahal dah tu..sampai lah semalam masih tak jumpa jam tangan yang saya betul2 berkenan..

Semalam kebetulan pergi Alamanda..mmg encik suami dh niat nak cari jam..kalau jumpa yang berkenan terus beli..takde tangguh2 dah..Belek punya belek kt City Chain tu tetiba rasa macam dh jumpa yang berkenan di hati..simple saja designnya..brand Solvil et Titus..harga boleh tahan la..ade diskaun 15%..bila dah nak confirm design tu amoi sorang ni pergi tunjuk pulak satu design ni..udah encik suami dan adik saya berkenan compared to the one yang saya berkenan..hmm..saya punya taste mmg outdated..huarghhhh..

Dipendekkan cerita..inilah hasilnya..

Terima kasihlah encik suami belikan saya jam tangan..sepanjang hidup ni belum pernah lagi saya membeli jam tangan brand2 mahal ni..semua jam yang saya pakai pun mak saya punya..Maklumlah mak kan banyak jam..orang bagi hadiah..daripada rosak tak guna baik saya yang pakai..Jam yang saya beli biasa murah2 aja...x sampai rm100 pun..hua2..

~nisadahri~

Friday, December 21, 2012

it's our anniversary today..

Bila melihat gambar-gambar ni terus terbayang kenangan di hari kejadian..pergi mekap di butik pengantin yang dekat dengan rumah..sudahnya pengantin yang kene drive kereta pulang ke rumah..sungguhlah sabar masa itu..cair mekap mak masa tu..huhuu..mujurlah mekap nikah kak Linda tak mekapkan tebal2..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..tak sangka sudah 5 tahun usia perkahwinan kita ye encik suami..Doaku semoga rumah tangga yang dibina ini sentiasa diberkati dan dilindungi Allah hingga ke syurga..Bersyukur Allah mengurniakan kami zuriat setelah beberapa tahun juga menantikan kehadirannya.. Sarah Ardini, buah hati pengarang jantung mommy..mommy love u much2..Semoga dimurahkan rezeki untuk menambah zuriat pada masa-masa akan datang..


my new family..


with my bestie, Nurul

with both of our parents..restu mereka, redha mereka adalah redha Allah

kurusnya saya time nih!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...