Monday, March 4, 2013

Sarah Ardini is 2!!

Pada hari ini jam 9.23 pagi sekitar 2 tahun dahulu, saya telah selamat melahirkan seorang puteri di HUKM. Puteri ini kami namakannya Sarah Ardini..Kehadirannya cukup memberi makna kepada kami berdua setelah menunggu beberapa tahun..

Syukur alhamdulillah..Sarah hari ini sudah 2 tahun...anak mommy ni makin petah berkata-kata dan makin lasak dan sudah pandai berdrama.keletah kamu cukup menghiburkan walaupun kadang2 tu memang geram dibuatnya..Nama pun budak kecil kan..mana lah mereka faham...

Syukur juga kerana perjalanan penyusuan saya sudah sampai 2 tahun..satu pengalaman yang sangat berharga dan penuh dengan dugaan dan cabaran.Terima kasih Ya Allah kerana memberikanku peluang untuk merasai pengalaman ini..Mommy sudah dapat PhD dalam breastfeeding!!

Insyaallah akan ku teruskan menyusukan Sarah selagi dia masih mahukan ASI..

Sarah Ardini anakku,
Terus membesar dengan sihat dan ceria yer sayang..Mama sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buatmu. Kamulah amanah Allah kepada mama dan abah. Kamu juga saham akhirat kami..Pencen kubur kami..Mama akan cuba yang terbaik mendidik kamu berlandaskan syariat, insyaallah..

Mama sayang kamu selalu Sarah...muahhhh!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...