Sunday, October 13, 2013

Pulangnya beliau kerahmatullah...

Sekitar jam 9 pagi tadi saya menerima sms dari kawan memaklumkan pemergian Dato Radin Umar kerahmatullah..

Innalillahi wainna ilaihi roojiun..DariNya kita datang kepadaNya jua kita kembali..


gambar ini saya ambil dari whatsapp beliau...
Sedikit ralat kerana tidak sempat menziarah almarhum semasa hayatnya masih ada..Sebenarnya beberapa minggu lepas, saya dan rakan2 pejabat bercadang untuk menziarahi beliau..Tetapi hasrat tersebut terbantut kerana kami dimaklumkan beliau tidak sihat ketika itu...

Almarhum Dato' Radin merupakan mantan Ketua Pengarah Jabatan kami dari tahun 2008-2010..Pada hemat saya, beliau merupakan seorang ketua yang tegas dan berkaliber. Walaupun saya tidak pernah bekerja secara langsung dengan beliau, tetapi ada few moments yang sehingga kini saya masih mengingatinya..Dan emel balasan beliau masih tersimpan dalam inbox saya sehingga hari ini..Sebagai kenang2an :)



Pada hemat saya lagi, almarhum dato radin merupakan seorang yang sangat kuat bekerja. Buktinya, walaupun beliau menghidap penyakit kanser pada tahap yang agak kritikal, beliau masih tetap bekerja. Bayangkan ada satu kali tu, beliau baru sahaja baik daripada menjalani pembedahan, tetapi beliau masih lagi hadir ke mesyuarat bersama YB Menteri berkenaan bajet universiti anjuran Jabatan (ketika itu beliau menjadi NC UPM)..

Allahu Allah..saya amat kagum dengan semangat juang beliau yg tinggi..Kita yang kadang2 demam pun amik mc x datang kerja. Beliau diuji Allah dengan ujian yang hebat, penyakit kanser..Sudah menjalani kimoterapi beberapa kali..Menjalani beberapa pembedahan..Tetapi beliau masih mampu bekerja..

Pemergian beliau merupakan kehilangan besar negara dalam bidang akademik. Seingat saya semasa beliau menjadi KP kami, beliau sangat berminat dengan kemahiran soft skills di kalangan pelajar IPT dan beliau telah membangunkan module soft skills yang kini digunapakai di IPT. 

Beliau juga merupakan pakar dalam hal ehwal keselamatan jalan raya. Tidak hairanlah beliau merupakan Ketua Pengarah MIROS yang pertama dan pernah menerajui lembaga siasatan bebas berkenaan kes kemalangan jalan raya. Kalau anda perasan, post2 beliau dalam fb beliau pun banyak berkisarkan isu2 keselamatan jalan raya..

Ini antara gambar perjalanan akhir beliau yang saya ambil dr fb beliau sumbangan rakan2 beliau




Walaupun kini Dato Radin sudah tiada, saya percaya segala sumbangan dan bakti beliau akan sentiasa dikenang oleh semua terutama yang pernah bekerja dengan beliau. Untungnya beliau seorang pensyarah, pastinya ilmu yang beliau curahkan satu ketika dulu yang dimanfaatkan oleh pelajar2 beliau akan menjadi bekalan beliau di alam sana..

Ya Allah, tempatkanlah almarhum Dato Radin ini di kalangan para mukmin dan kalangan ahli syurgaMu, ameen..

Renungan bersama;
"Apabila mati seorang anak Adam itu maka terputus segala amal perbuatannya melainkan tiga perkara iaitu SADAQAH JARIAH, ILMU YANG BERMANFAAT & ANAK SOLEH YANG MENDOAKANNYA" - HR Muslim

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...