Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, February 9, 2015

JB Getaway 2015

Alhamdulillah, selepas Penang, minggu lepas kami sekeluarga berpeluang bercuti di JB pula..Many thanks to groupon, myimart dan yang sewaktu dengannya yang menawarkan pakej percutian yang berpatutan..Ikutkan harga sebenar hakak tak mampu nak jejak rasanya..Huhuuuu..

1 Feb orang2 wilayah dapat cuti..Kebetulan minggu lepas jadi panjang pula cutinya sebab 3 Feb pula cuti Thaipusam..Dapatlah 4 hari bercuti..Rabu baru naik keje..heaven kan!!
So bila dapat cuti free yang panjang makanya peluang utk berlibur jangan dilepaskan..Actually lama dah beli masa myimart buat offer desaru lotus beach resort..Dari review yang aku baca kebanyakannya memberikan review yang positif dan baik2 so aku pun decided utk beli pakej percutian di Desaru Lotus Beach Resort, Johor..To be exact tempatnya tu terletak di Bandar Penawar Kota Tinggi..

Dah alang-alang ke johor, aku booking la 1 malam bilik hotel di JB..Nak melepaskan rindu katanya ;p  Aku pun main book aje hotel tak tengok tempat kat mana..Nampak macam best je hotelnya..Harga pula boleh dapat gomen rate..murah lagi lah..huhuuuu

So di hari kejadian, kami bertolak dari rumah pukul 11 pg..Lewat kemain kan..Nak buat cemana..barang2 memang x kemas lagi sebab malam sebelumnya kami ke rumah FIL..Sampai rumah pun dah dekat pukul 11, mata pun dah ngantuk..So esok pagi je la mengemas kan...

Mujurlah perjalanan kami ke JB smooth aje, tak jam kecuali di Seremban..Memang standardlah jam kt situ kan..Apa masalah pun ku tak tahu..Mmg sejak dulu mmg selalu kt situlah jam pun..Kami sampai di JB jam 3 lebih..Lunch dulu di ZZ Sup Tulang..Kedai wajib dikunjungi kalau ke JB uols!! Pekena mi rebus tulang semangkuk..

Check in hotel dekat jam 4 lebih..Rupanya hotel tu dalam shopping complex..Memang banyaklah kereta kan..Aduyaiii..Orang2 jb skrg ni aku rasa mcm dah sakit mental ke apa..Opssss jangan mare ye..Bukan pe...Boleh dalam tempat letak kereta pun diorg ni nak press minyak kete laju..Dah kenapa korang ni??Buatnya ada budak kecil melintas tak nampak kereta ngkau cemana?? Tak ke haru???Adoilaa..Tlglah timbang rasa sket..


Lbh kurang pukul 6 lbh terus gerak ke Restoran Sayam di Stulang Laut..Kedai ni adalah kedai makanan ala thai yang memang sedap..Manusia pun sentiasa ramai aje...Masa kami sampai tu dh dekat maghrib dah..Ramai dah manusia tapi still ade tempat duduk..Disebabkan ramai manusia jadi makanan pun lambatlah sampai..Kami settle makan dekat2 jam 9 malam..Hancur plan nak g shopping complex malam tu *______* 


Harga makanan kt kedai ni dah naik sikit. Tahun 2013 (November) masa aku dtg sana harga set yang sama x sampai rm50..Kali ni RM60++ sudah..Tapi rasanya masih sedap seperti dulu..Huhuuu..Nak buat mcmn..Skrg ni wlpun harga minyak makin turun, harga barang mencanak2 naik tak reti2 nak turun kan?!!!

Esoknya pagi2 lepas breakfast di hotel kami gerak ke Hutan Bandar..Niat di hati nak pekena lontong kering tapi sebab dah kenyang maka dibatalkanlah hasrat itu..Kami terus je masuk dalam hutan bandar tu jalan2 hirup udara segar..Kagum pulak rasanya sebab dah cantik la hutan bandar sekarang..Kalau dulu tasik2 tu agak kotor tapi kini dah berseri ;)..Sempatlah cik Sarah main2 kejap kt taman mainan tu..Agak2 dalam pukul 10 lbh kami pulang ke hotel..Kemas2 barang n then checkout.. 

Lepas tu kami bertolaklah menuju ke Desaru..perjalanan dari JB ke Desaru mengambil masa sejam lebih juga menggunakan highway..Selama duduk di JB beberapa tahun dulu memang x pernah jejakkan kaki ke  Desaru ni..sebab ape ye? mak saya kata sebab dalam sangat tempatnya..huhuuu..

Masa kami tiba tu mmg tengah time check in..So agak ramai orang dan banyak bilik yang tak siap lagi..Disebabkan bilik yang saya book tu (katil queen) tak ready lagi, diorg offer katil single...sebab malas nak tunggu, so saya pun terima je la..dapatlah blok A..mula2 rasa mcm x best aje blok A tu sbb parking terhad...Sekali bila masuk biliknya alhamdulillah dpt juga katil queen rupanya..Bilik dia pada saya mmg best..ada 2 tingkat..tingkat bawah tu ada tv, meja makan, sofa, dapur, toilet..tingkat atas ada katil dan toilet...selesa sangat2..nak bawak famili lebih pun xpe janji bawa toto..hihiiii..

Rezeki kami jugalah sbb blok A tu dekat sangat dgn waterpark dia..Bolehlah Sarah dan abah dia main2 air..mama dan mu'adz duduk rilek2 atas kerusi jah..Hihiii..Waterpark dia kecil aje..tp oklah..

Sebelah malamnya kami keluar makan di luar, makan seafood di restoran terapung bujang..Boleh tahan sedap lah..harga pun berpatutan..Cuma lokasinya boleh tahan ke dalam juga tapi disebabkan ada signboard jadi agak mudah mencarinya.

Keesokan paginya kami bersarapan di restoran hotel aje..ermmm..so so je makanan dia..lepas tu kami lepak kt tepi pantai..nak mandi tak boleh, so tengok aje la..tambah pula pagi tu hujan..so sekejap aje la duk di pantai..bila hujan dh berhenti, balik bilik and sambung mandi dua beranak tu..agak2 dah x tahan sejuk diorang pun keluar la dr kolam..kami bersiap2 utk check out dan meneruskan perjalanan pulang ke Dengkil..

Walaupun percutian yang agak singkat, tapi dapat menggembirakan anak2 tu dah kira baik dah tu kan :)


Friday, July 18, 2014

#MH17


Dalam pada saudara seislam kita di Gaza bermandi darah setiap hari, negara kita juga menerima berita sedih lewat mlm semalam..Tragedi MH17..4 bulan selepas tragedi MH370 yang belum pun terungkai...

Allahuakbar...Allah sedang berbicara dengan kita..Ujian itu kan tarbiyah dari Allah...

2014, tahun yang penuh dengan dugaan dan cabaran buat kita..Marilah sama2 bermuhasabah diri..Semoga kita menjadi insan yang lebih baik...Semoga Malaysia tanah airku tercinta ini sentiasa terpelihara..

Semoga muslimin muslimat #MH17 yang terkorban mendapat ganjaran syurga Allah..

Alfatihah..

#PrayForMH17#PrayForGaza#PrayForSabah

Tuesday, March 25, 2014

MH370....




Press conference malam tadi oleh YAB PM sangat memilukan hati seluruh rakyat Malaysia especially kaum keluarga pesawat MH370..

Dalam pada tu masih ada lagi insan2 yang kurang prihatin ni mengaitkan kenyataan malam tadi dengan PRK..Come on people..Di saat insan lain sedang berduka, tolonglah hormatkan perasaan mereka. Janganlah mempolitikkan MH370 pleaseeeeee!!! This is not the right time..

Namun jauh di sudut hati, selagi pesawat belum ditemui secara fizikal, aku masih menaruh harapan smg mereka selamat walaupun ada yang mengatakan chances utk selamat adalah 0..Kuasa Allah melebihi segalanya..

Saturday, August 31, 2013

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Kita menyambut kemerdekaan negara yang ke 56 pada tahun ini..



Syukurlah kerana kita masih aman di sini sedangkan saudara seagama kita di Mesir, Syria, Palestin, Myanmar, Thailand setiap hari bergelumang dengan darah..Jangan lupakan mereka di setiap doa kita..

Mari kita pelihara keharmonian dan keamanan yang ada ini walaupun kita hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama..

*peace no war*


Wednesday, June 26, 2013

Jerebu di mana-mana

Sejak minggu lepas, kebanyakan bandar di Malaysia mengalami jerebu. Boleh dikatakan setiap tahun, masuk je bulan Jun mesti akan kene jerebu..Takkan masalah yang dah makan tahun ni tiada penyelesaiannya? Takkanlah setiap tahun kita hanya melihat dan redha sahaja hutan di negara jiran terbakar? Tuan rumah? Tak sediakan payung sebelum hujan?

Di Putrajaya ku rasakan semalam adalah yang paling teruk..Indeks IPU pun hampir mencatat 200..Petang semalam bacaan 195. Mujurlah hujan rahmat Allah turun jua petang semalam. Dapatlah meredakan sedikit jerebu yang semakin tebal tu. Alhamdulillah bacaan pagi ni pun dah berkurangan kepada 119..Terima kasih Ya Allah atas rahmatMu..Semoga negara kami yg tercinta ini akan pulih seperti sediakala.. 

Tips ketika menghadapi 'musim' jerebu;


Semasa 'musim' jerebu ni, kalau boleh elakkanlah makan di kedai-kedai terbuka. Lebih baik masak sendiri di rumah. Lebih bersih, selamat dan sihat :) Mujurlah penyakit 'M' saya sudah pergi..Jadi hari2 bersemangat untuk memasak. Sarapan dan makan malam. Tengah hari terpaksa juga makan di kafe ofis.

2-3 hari lepas, tekak mula rasa perit kesan daripada jerebu. Suami dan anak pun sama. Jadi saya ambil Nutriferon Shaklee. Beri juga pada suami. Untuk anak, moga dia dapat khasiatnya melalui ASI. Hanya minum 1 sachet sahaja setiap hari. Tapi saya tidak ambil setiap hari. Kalau rasa x sedap badan baru minum. Nutriferon membantu meningkatkan sistem imun badan kita. Alhamdulillah, sekarang sudah tiada rasa perit tekak dan rasa pening nak demam. Badan kembali cergas dengan izin Allah..





Monday, April 29, 2013

Di ambang PRU13




Ohhh tidak sampai berapa hari saja lagi menjelang hari PENTING bagi semua rakyat Malaysia..PRU kali ini dikatakan antara yang paling sengit..

Ini merupakan kali pertama saya mengundi. PRU sebelum ini tidak mengundi pun. Maafkan saya. Sejujurnya sehingga hari ini pun saya masih ragu-ragu calon manakah yang bakal saya pangkah nanti..Ada 2 calon..Aduhhh..ku keliru..Masih perlu beristikharah memohon petunjuk dariNya..Semoga keputusan yang dipilih nanti menyumbang kebaikan demi masa depan Malaysia.


To all Malaysians, pilihlah calon anda yang terbaik..Jangan menyesal di kemudian hari..Dacing kah? bulan penuhkah? bulan separa kah?..Pilihan di tangan anda..Jangan tak keluar mengundi pula ya..Kerana satu undi anda amat bermakna untuk masa depan Malaysia!

Saya doakan semoga PRU kali ini dapat berjalan dalam suasana yang harmoni. Kita kan sudah merdeka lebih drp 50 tahun. Seharusnya politik negara juga adalah lebih matang.

Last but not least, walaupun kita berlainan fahaman politik, tetapi kita tetap bersaudara..Jangan putus silaturrahim.




 We are Malaysian! I love Malaysia


Wednesday, April 3, 2013

BUBAR

Baru sahaja sekitar jam 11 lbh tali bertalu2 mesej masuk mengatakan YAB PM telahpun mengumumk n pembubaran Parlimen dan pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 60 hari..

Selamat mengundi to all malaysian!p

Sunday, March 10, 2013

Aku sayang Malaysia!!

Setiap kali melihat dada akhbar memaparkan OP Daulat, hati sangat tersentuh dan sayu melihat ahli keluarga yang kehilangan oran tersayang mereka..sungguh aku juga merasainya kerana aku juga pernah merasainya..hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana perit rasanya kehilangan insan yang tersayang..



Ya Allah, lindungilah tanah airku yang tercinta..selamatkanlah para penduduk di Lahad Datu dan di sekitarnya juga seluruh rakyat Malaysia...Marilah sama-sama kita doakan agar negara kita akan terus aman dan damai...

Doakan juga semoga pahlawan2 negara kita yang gugur tergolong dalam golongan mati syahid kerana mempertahankan negara, insyaallah..Semoga Allah merahmati mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang2 yang beriman, Al-fatihah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...