Showing posts with label jjcm. Show all posts
Showing posts with label jjcm. Show all posts

Monday, February 9, 2015

JB Getaway 2015

Alhamdulillah, selepas Penang, minggu lepas kami sekeluarga berpeluang bercuti di JB pula..Many thanks to groupon, myimart dan yang sewaktu dengannya yang menawarkan pakej percutian yang berpatutan..Ikutkan harga sebenar hakak tak mampu nak jejak rasanya..Huhuuuu..

1 Feb orang2 wilayah dapat cuti..Kebetulan minggu lepas jadi panjang pula cutinya sebab 3 Feb pula cuti Thaipusam..Dapatlah 4 hari bercuti..Rabu baru naik keje..heaven kan!!
So bila dapat cuti free yang panjang makanya peluang utk berlibur jangan dilepaskan..Actually lama dah beli masa myimart buat offer desaru lotus beach resort..Dari review yang aku baca kebanyakannya memberikan review yang positif dan baik2 so aku pun decided utk beli pakej percutian di Desaru Lotus Beach Resort, Johor..To be exact tempatnya tu terletak di Bandar Penawar Kota Tinggi..

Dah alang-alang ke johor, aku booking la 1 malam bilik hotel di JB..Nak melepaskan rindu katanya ;p  Aku pun main book aje hotel tak tengok tempat kat mana..Nampak macam best je hotelnya..Harga pula boleh dapat gomen rate..murah lagi lah..huhuuuu

So di hari kejadian, kami bertolak dari rumah pukul 11 pg..Lewat kemain kan..Nak buat cemana..barang2 memang x kemas lagi sebab malam sebelumnya kami ke rumah FIL..Sampai rumah pun dah dekat pukul 11, mata pun dah ngantuk..So esok pagi je la mengemas kan...

Mujurlah perjalanan kami ke JB smooth aje, tak jam kecuali di Seremban..Memang standardlah jam kt situ kan..Apa masalah pun ku tak tahu..Mmg sejak dulu mmg selalu kt situlah jam pun..Kami sampai di JB jam 3 lebih..Lunch dulu di ZZ Sup Tulang..Kedai wajib dikunjungi kalau ke JB uols!! Pekena mi rebus tulang semangkuk..

Check in hotel dekat jam 4 lebih..Rupanya hotel tu dalam shopping complex..Memang banyaklah kereta kan..Aduyaiii..Orang2 jb skrg ni aku rasa mcm dah sakit mental ke apa..Opssss jangan mare ye..Bukan pe...Boleh dalam tempat letak kereta pun diorg ni nak press minyak kete laju..Dah kenapa korang ni??Buatnya ada budak kecil melintas tak nampak kereta ngkau cemana?? Tak ke haru???Adoilaa..Tlglah timbang rasa sket..


Lbh kurang pukul 6 lbh terus gerak ke Restoran Sayam di Stulang Laut..Kedai ni adalah kedai makanan ala thai yang memang sedap..Manusia pun sentiasa ramai aje...Masa kami sampai tu dh dekat maghrib dah..Ramai dah manusia tapi still ade tempat duduk..Disebabkan ramai manusia jadi makanan pun lambatlah sampai..Kami settle makan dekat2 jam 9 malam..Hancur plan nak g shopping complex malam tu *______* 


Harga makanan kt kedai ni dah naik sikit. Tahun 2013 (November) masa aku dtg sana harga set yang sama x sampai rm50..Kali ni RM60++ sudah..Tapi rasanya masih sedap seperti dulu..Huhuuu..Nak buat mcmn..Skrg ni wlpun harga minyak makin turun, harga barang mencanak2 naik tak reti2 nak turun kan?!!!

Esoknya pagi2 lepas breakfast di hotel kami gerak ke Hutan Bandar..Niat di hati nak pekena lontong kering tapi sebab dah kenyang maka dibatalkanlah hasrat itu..Kami terus je masuk dalam hutan bandar tu jalan2 hirup udara segar..Kagum pulak rasanya sebab dah cantik la hutan bandar sekarang..Kalau dulu tasik2 tu agak kotor tapi kini dah berseri ;)..Sempatlah cik Sarah main2 kejap kt taman mainan tu..Agak2 dalam pukul 10 lbh kami pulang ke hotel..Kemas2 barang n then checkout.. 

Lepas tu kami bertolaklah menuju ke Desaru..perjalanan dari JB ke Desaru mengambil masa sejam lebih juga menggunakan highway..Selama duduk di JB beberapa tahun dulu memang x pernah jejakkan kaki ke  Desaru ni..sebab ape ye? mak saya kata sebab dalam sangat tempatnya..huhuuu..

Masa kami tiba tu mmg tengah time check in..So agak ramai orang dan banyak bilik yang tak siap lagi..Disebabkan bilik yang saya book tu (katil queen) tak ready lagi, diorg offer katil single...sebab malas nak tunggu, so saya pun terima je la..dapatlah blok A..mula2 rasa mcm x best aje blok A tu sbb parking terhad...Sekali bila masuk biliknya alhamdulillah dpt juga katil queen rupanya..Bilik dia pada saya mmg best..ada 2 tingkat..tingkat bawah tu ada tv, meja makan, sofa, dapur, toilet..tingkat atas ada katil dan toilet...selesa sangat2..nak bawak famili lebih pun xpe janji bawa toto..hihiiii..

Rezeki kami jugalah sbb blok A tu dekat sangat dgn waterpark dia..Bolehlah Sarah dan abah dia main2 air..mama dan mu'adz duduk rilek2 atas kerusi jah..Hihiii..Waterpark dia kecil aje..tp oklah..

Sebelah malamnya kami keluar makan di luar, makan seafood di restoran terapung bujang..Boleh tahan sedap lah..harga pun berpatutan..Cuma lokasinya boleh tahan ke dalam juga tapi disebabkan ada signboard jadi agak mudah mencarinya.

Keesokan paginya kami bersarapan di restoran hotel aje..ermmm..so so je makanan dia..lepas tu kami lepak kt tepi pantai..nak mandi tak boleh, so tengok aje la..tambah pula pagi tu hujan..so sekejap aje la duk di pantai..bila hujan dh berhenti, balik bilik and sambung mandi dua beranak tu..agak2 dah x tahan sejuk diorang pun keluar la dr kolam..kami bersiap2 utk check out dan meneruskan perjalanan pulang ke Dengkil..

Walaupun percutian yang agak singkat, tapi dapat menggembirakan anak2 tu dah kira baik dah tu kan :)


Monday, February 3, 2014

Cuti-cuti Raya Cina

Bulan Januari ni memang banyak cuti umum kan..Yang terakhir ni cuti raya cina..Nampak macam panjang aje cuti hujung bulan ni tapi sebenarnye 4 hari aje.

So cuti raya cina tahun ni famili mertua dah rancang family day di Asahan, Melaka..Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Putrajaya. Kami bertolak dalam pukul 9 lebih..Adatlah bila berkonvoi ramai2 ni perjalanannya lebih lama lagi ditambah pula dengan berhenti untuk mengisi perut yang kosong ;p



Kami tiba di Kem Saujana Asahan lebih kurang pukul 1 lebih..Rasanya kalau pergi sendiri ni confirm tak jumpa sebab tempatnya agak dalam hutan..Berdepan dengan Kem PLKN Gunung Ledang..Sampai2 terus check in bilik dan berehat sekejap..Letih walaupun bukan diri sendiri yang drive..Huhuuu






Di sini, terdapat beberapa pilihan tempat tinggal. Ada asrama dan chalet..Kami tinggal di chalet..Satu chalet dalam RM80, makan turut disediakan dengan charge sebanyak RM20++ tak silapnya..Boleh tahan jugalah chalet di sini..Katil single bed tapi ada 2 buah..So bolehlah combine utk jadi queen size bed hehehee..


Lepas settle solat zohor kami pun bentang tikar dekat padang depan chalet dan lepak2 di situ..Anak2 seronoklah dapat berlari sana sini..Bapak2 pula main bola sepak di padang..Emak2 duduk je lah atas tikar sambil menikmati pemandangan hijau sekeliling..Takpelah, asalkan anak2 happy, emak2 pun happy juga..

Malam pula ada aktiviti BBQ dan cabutan bertuah...Havoc sungguh..Rasa macam kawasan chalet itu kami yang punya..Haaaaahaaa..Untuk cabutan bertuah tu, family kecil kami mendapat 4 buah mug dan kuali masak..Best3..Habis aktiviti makan2, masing2 pun pulang ke bilik masing2..Tidur time..Tp agak x best sbb Sarah x boleh tidur lena..Ditambah pula tekak aku pun mulai rasa perit dab badan rasa tak sedap..Cepat2lah telan nutriferon dengan harapan dapatlah berkurang sikit..Tapi tidur memanglah tak lena sangat malam tu..

Esok harinya, aktiviti merentas hutan pula bagi orang2 lelaki dan perempuan yg available..Emak2 seperti biasalah menjadi 'penunggu' anak2 kecil..Lepaklah kami di chalet sambil bergosipan ;p

Habis saja aktiviti merentas hutan, masing-masing pun berkemas nak pergi water theme park..Dekat aje dengan tempat kami tinggal tu..Malangnya masa sampai tu matahari pun dah tinggi dan ramai orang..Yelah, sampai pun dekat2 tengah hari..Emak2 seperti biasa duduklah melepas sambil melihat pemandangan di sekitar kolam..Seronok betul Sarah dapat mandi kolam..Walaupun terketar2 kesejukan, dia layankan aje..

Actually kolamnya taklah besar mana, tapi bolehlah utk beriadah bersama keluarga..Cuma bila datang tu matahari pun dah meninggi, memang x berapa nak feel sangatlah kan..Cuaca hari tu memang teriiiik sangattttt..Awan pun x de..Sampai ke petang panasnya..

Selesai aktiviti di kolam, semua pun balik ke chalet dan berkemas2 utk pulang..Letih badan, mata sebab tak cukup tidur..Tambah pula dengan cuaca yang panas membuatkan badan rasa kurang sihat..

Anyway, menarik juga aktiviti kami kali ini..Mudah2an ada rezeki utk bersama2 ahli keluarga yang lain di masa akan datang :)

Monday, May 27, 2013

Misi JJCM

Beberapa minggu lepas, saya ada menonton rancangan JJCM di TV3.. Episod pada masa tu, Qi makan di Restoran Tapak Sulaiman a.k.a Bunian..Memang nampak menyelerakan masakan di situ..Masak ketam lemak! Feberet saya masa kecik2 dulu tu ;p

Tak sangka pula bila di ofis, geng2 makan lunch saya pun bercerita tentang restoran yang sama..Apa lagi...misi meng'google' pun bermula lah..Dekat rupanya kedai makan tu dengan Putrajaya. Bermakna, misi menjejak kedai makan tersebut makin menjadi realiti lah!

So pagi tadi around 11 pagi, setelah mengumpulkan geng2 makan saya, maka saya pun telah membuat reservation di kedai makan tersebut. Cuma nak ke sana tu gamble aje sebab x sure kt mana sebenarnya..

Waktu makan lunch td kami pun meneruskan misi JJCM..Lorrr..tak susah rupanya nak cari kedai tersebut..Hahaha..kalau tak kerana nampak deretan kereta kt tepi jalan tu memang tak tahu jugak..Memang takde signboard langsung..

Sesampai di sana memang dah ramai manusia yang sedang menjamu selera..Aisehhh...diorg ni keluar makan pukul brp? Takkan pukul 12 tghr dah cabut kot??Waaaa..so early maaa..

Mujurlah saya dah booking tempat..So sampai2 aje terus duduk di meja..Order air sekejap..Tak lama lepas tu makanan pun sampai..Barulah saya faham konsep makan di sini..Semua orang akan makan menu yang sama..Cuma bezanya saiz hidangan tu bergantung kepada bilangan orang yang nak makan lah..Saya difahamkan setiap hari menu adalah berbeza.

Menu hari ini ialah ketam masak lemak. Ayam goreng dan ikan goreng pun ada jugak. Kebetulan pula kami pergi dengan orang yang ada sakit gout dan tengah berpantang makan seafood..Aisehh, x syok sangat lah makan..Huhuuuu...Wrong timing maybe? Disebabkan hanya 2 orang aje yang makan ketam tu, so kami pun tapau la lebihan ketam tu..

So next time bolehlah bawa encik suami makan di sini..Makanan di sini boleh tahan sedap juga..Harga pun berpatutan..Satu kepala RM13. Berbaloi pada saya sebab ada beberapa jenis lauk..sayur dan sambal belacan pun ado..Memang makanan melayu la..

Cuma tempatnya agak panas sikit..Takpelah..ala2 kampung gitu kan..Siapa yang jenis x tahan panas tu, fikir 2-3 kali la agaknye nak p makan kt sini..Tp saya ok aje ;p



So bagi sesiapa yang nak datang makan di sini, saya cadangkan anda buat reservation terlebih dahulu.. Sms aje berapa orang nak makan ke nombor 0173812246. Dibuka makan pagi dan tengah hari setiap Isnin-Jumaat. Sabtu dan Ahad dibuka untuk makan pagi sahaja (menurut adik cashier kedai ni)

Lokasi kedai, kalau dari Putrajaya, ambil jalan ke Desa Pinggiran Putra yang nak menghala ke Sungai Merab..Anda akan nampak Coffee Village di sebelah kanan..Jalan terus menghala ke Sungai Merab..Anda akan nampak gelanggang futsal di sebelah kiri..Masuk lorong di sebelah kiri depan sikit daripada gelanggang futsal tu..Lepas tu jalan terus sikit, masuk lorong kedua. Kedai makan ni agak tersorok sedikit..Anda akan nampak bumbung kedai je dari atas jalan..

Haha, agaknye dipanggil restoran bunian tu sebab kedai ni tersorok agaknye ;p

Selamat menjamu selera!

Monday, September 3, 2012

ohhh mi udang!

Sebenarnya agak lama jugalah saya teringin merasa mee udang kuala sepetang..sejak ditayangkn di kaca tv few yrs back!


                                                      sumber gmbr:Google

Selalunya kl pulang ke kampung pun masa musim raya..so mmg x berkesempatan utk menerjah warung di kuala sepetang..cuti raya kan..

Semalam,sy berada di kmpung di Taiping..so,kami pun ke kuala sepetang dgn harapan utk merasa mee udang yg disebut-sebut..mee udang mak jah la..pak hashim la pak salleh la..tp sedihnya semua warung mi udang tutup,..ohhh..kempunan lagilah..Mujurlah minggu lps jiranku ada menjamu kami mi udang..


sumber:google



mMemandangkn sudah bbrp kl asyik x dpt mkn mi udang,maka sy berazam utk membuat ssendiri mi udang yg akn sy beri nama mi udang mama Sarah..hihiii..tunggu ajelah nnt yer..

Monday, July 16, 2012

jalan-jalan cari makan..

saya mempunyai geng makan tengah hari di pejabat..geng saya tu kawan2 saya di tempat lama saya iaitu Education Malaysia..jika kami mengalami kebosanan makan di kafe pejabat, kami pun keluar makan di luar mencari tempat makan yang best2..setakat ni ada few restaurants/stalls yang kami dah pergi cuba makan dan alhamdulillah tidak menghampakan selera kami :)

ni antaranya yer

                                           ginger beef kwayteau @ Maritime Putrajaya



                        roti yang sangat besar dimakan bersama kuahnya di Sanaa (2nd time ke sana)
                                       

                         cheese nan & tandoori chicken @ Mr. Kabab & Bariyani Putrajaya
                                                        (Pakistani dishes)

kangkung crispy @ Tomyam Khung Putrajaya

                                    nasi arab @ Sanaa Cyberjaya (mknn org arab Yemen) - it's my 3rd time


                                   asam pedas claypot @ asam pedas mak busu cyberjaya


setakat ni kami memang makan2 area putrajaya dan cyberjaya aje sebab tu je lah yg dekat dan cepat. Sebab masa lunch kan terhad..1 hour only..jadi bila nk makan kt luar ni harus pantas :)

Nasi arab di Sanaa memang best lah setakat ni..nasi sedap dimakan begitu saja..roasted chicken pun sodap..lamb khabsah dia pun sedap..jus-jus dia pun sedap dan fresh..harga pun berbaloi lah..sekali makan x sampai pun rm20..kalu order air suam lg jimatlah..hehehe..sudah 3 kali saya makan di sana..di asam pedas mak busu tu pun dh 3 kali juga..hehee..orang cakap kalau tempat tu kita selalu pergi maknanya sedaplah makanannya tu.. ;p

Ada masa nnt saya kongsikan lagi tempat2 makan yang best yer..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...