Tuesday, February 11, 2014

February Special [Shaklee]: Vitalea

Assalamualaikum..


Sempena promo Shaklee utk bulan Februari ni, saya nak kongsikan mengenai Vitalea..Vitalea ni adalah kategori multivitamin & multimineral kerana padanya terdapat 28 nutrien yang penting.

Multivitamin Shaklee telah dicipta buat pertama kalinya pada tahun 1915..Pada masa tu dalam bentuk cecair macam di bawah ni..Namanya vitalized mineral.


Namun begitu, dengan kecanggihan teknologi, vitalea telah berubah bentuk daripada cecair kepada tablet. Sebiji tablet vitalea mengandungi nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, vitamin dan mineral penting. Tablet vitalea disalut dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina. 


picture credit to Satu Nutrition
Vitalea merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia. Ini kerana mineral di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil kita.

Vitalea telah dipilih oleh Centre for Science di US sebagai the best multivitamin dalam Public Interest pada tahun 2000!


Kebaikan Vitalea
  • penambah tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • pelengkap nutrisi 
  • keupayaan sistem produktif - penting bagi kanak-kanak dan remaja
  • metabolisme - membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan
  • elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku serta menjaga keishatan tiroid
  • melindungi organ - fungdi buah pinggang, jantung dan hati
Vitalea juga diformulasi dengan formula besi (iron)..So bagi ibu-ibu hamil yang ada masalah hb rendah, bolehlah try ambil vitalea setiap hari..

Pengalaman saya sendiri, semasa hamil anak pertama, masa tu belum berjinak dengan Shaklee, jadi saya makan iron tablet yang dibekalkan oleh klinik. Mungkin badan kurang serasi, jadi saya selalu alami masalah sembelit berpanjangan..Alhamdulillah tiada masalah hb..Hb maintain 11 ke atas

Untuk kehamilan ketiga ni, saya ambil vitalea sebiji setiap hari dan tiada masalah sembelit..Hb pun alhamdulillah setakat ni masih cantik bacaannya 12 ke atas :)

Sempena bulan promosi Vitalea ni, memang harga vitale sangat ISTIMEWA..Harga biasa RM70++ tapi untuk bulan ni sahaja, harga Vitalea hanya serendah RM60++..Jika anda membeli set2 yang ada vitalea juga, harga semua set tersebut jadi lebih murah..So rugilah kalau x grab beli produk Shaklee bulan ini :)

Set mengandung, set berpantang, set menyusu bulan ni memang murah sebab harga Vitalea menjunam pada bulan ini!

Jika nak membeli, pm/whatsapp/emel saya ok! Harga istimewa menanti anda :)



*Disclaimer
These statements have not been evaluated by the FDA. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Tuesday, February 4, 2014

Testimonial [Zinc Complex Shaklee]

Saja nak berkongsi dengan anda kebaikan zinc complex Shaklee ni..

Sebelum tu jom kita tengok antara manfaat zinc complex ni
-menghalang keguguran rambut
-membantu percepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran
-meningkatkan imunisasi dan pertahanan badan
-membantu masalah jeragat
-memelihara kesihatan prostat

Kebetulan haritu celah jari kaki Sarah terluka sebab tersangkut bermain kat bakul..Tajam pula celah2 bakul tu..Punyalah dia menangis kaw2 punya sampai aku ingatkan kaki dia patah ke ape..Sebab langsung tak jumpa tempat sakitnya..Bila dia dah tertidur barulah perasan jari dia terluka. So aku hanya sapukan minyak gamat ajelah supaya luka cepat kering..

After few days, nak sapu lagilah minyak gamat, tapi alih2 aku tengok sudah bernanah..Mak aih..makin takutlah si kecil tu bila tahu kaki dia bernanah..So aku pun pecahkan zinc complex tu dan tabur sikit kt luka tu..Si kecil tu memang makin kuat nangisnya sbb takut..

Esok paginya bangun tidur aku check kaki Sarah n tengok lukanya tu dah mula kering..Alhamdulillah, lega sikitlah..Budak kecil tu pun x la meraung sakit hari2 bila nak mandi..


Antara semua produk Shaklee ni, zinc complex adalah yang paling murah hanrganya..120 biji tablet boleh dibeli dengan harga RM3x.xx sahaja! Murah giler kan! Sebotol tu tahanlah dalam 2-3 bulan..



*Disclaimer
These statements have not been evaluated by the FDA. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Monday, February 3, 2014

Cuti-cuti Raya Cina

Bulan Januari ni memang banyak cuti umum kan..Yang terakhir ni cuti raya cina..Nampak macam panjang aje cuti hujung bulan ni tapi sebenarnye 4 hari aje.

So cuti raya cina tahun ni famili mertua dah rancang family day di Asahan, Melaka..Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Putrajaya. Kami bertolak dalam pukul 9 lebih..Adatlah bila berkonvoi ramai2 ni perjalanannya lebih lama lagi ditambah pula dengan berhenti untuk mengisi perut yang kosong ;p



Kami tiba di Kem Saujana Asahan lebih kurang pukul 1 lebih..Rasanya kalau pergi sendiri ni confirm tak jumpa sebab tempatnya agak dalam hutan..Berdepan dengan Kem PLKN Gunung Ledang..Sampai2 terus check in bilik dan berehat sekejap..Letih walaupun bukan diri sendiri yang drive..Huhuuu






Di sini, terdapat beberapa pilihan tempat tinggal. Ada asrama dan chalet..Kami tinggal di chalet..Satu chalet dalam RM80, makan turut disediakan dengan charge sebanyak RM20++ tak silapnya..Boleh tahan jugalah chalet di sini..Katil single bed tapi ada 2 buah..So bolehlah combine utk jadi queen size bed hehehee..


Lepas settle solat zohor kami pun bentang tikar dekat padang depan chalet dan lepak2 di situ..Anak2 seronoklah dapat berlari sana sini..Bapak2 pula main bola sepak di padang..Emak2 duduk je lah atas tikar sambil menikmati pemandangan hijau sekeliling..Takpelah, asalkan anak2 happy, emak2 pun happy juga..

Malam pula ada aktiviti BBQ dan cabutan bertuah...Havoc sungguh..Rasa macam kawasan chalet itu kami yang punya..Haaaaahaaa..Untuk cabutan bertuah tu, family kecil kami mendapat 4 buah mug dan kuali masak..Best3..Habis aktiviti makan2, masing2 pun pulang ke bilik masing2..Tidur time..Tp agak x best sbb Sarah x boleh tidur lena..Ditambah pula tekak aku pun mulai rasa perit dab badan rasa tak sedap..Cepat2lah telan nutriferon dengan harapan dapatlah berkurang sikit..Tapi tidur memanglah tak lena sangat malam tu..

Esok harinya, aktiviti merentas hutan pula bagi orang2 lelaki dan perempuan yg available..Emak2 seperti biasalah menjadi 'penunggu' anak2 kecil..Lepaklah kami di chalet sambil bergosipan ;p

Habis saja aktiviti merentas hutan, masing-masing pun berkemas nak pergi water theme park..Dekat aje dengan tempat kami tinggal tu..Malangnya masa sampai tu matahari pun dah tinggi dan ramai orang..Yelah, sampai pun dekat2 tengah hari..Emak2 seperti biasa duduklah melepas sambil melihat pemandangan di sekitar kolam..Seronok betul Sarah dapat mandi kolam..Walaupun terketar2 kesejukan, dia layankan aje..

Actually kolamnya taklah besar mana, tapi bolehlah utk beriadah bersama keluarga..Cuma bila datang tu matahari pun dah meninggi, memang x berapa nak feel sangatlah kan..Cuaca hari tu memang teriiiik sangattttt..Awan pun x de..Sampai ke petang panasnya..

Selesai aktiviti di kolam, semua pun balik ke chalet dan berkemas2 utk pulang..Letih badan, mata sebab tak cukup tidur..Tambah pula dengan cuaca yang panas membuatkan badan rasa kurang sihat..

Anyway, menarik juga aktiviti kami kali ini..Mudah2an ada rezeki utk bersama2 ahli keluarga yang lain di masa akan datang :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...