Tuesday, September 25, 2012

Jadual Pengambilan Vitamin (Shaklee)

Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).

Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan eficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita.

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :

Selepas sarapan pagi : Vitalea dan B complex

In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Alfalfa

In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)

Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :

Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.

* Article Credit To : ShakleeTrialPack & Anakkuwiraku.com






Saturday, September 22, 2012

let's go green-part 1

Saya mula mengenali lampin kain aka cloth diaper (cd) semasa mengandungkn Sarah..Semasa mengandung dulu saya mmg byk membaca mll majalah,buku dan juga internet..Internetlah sumber paling sena ng diakses..teknologi di hujung jari la katakan..hihii..

Maklum saja anak sulung..byk benda kita tak tahu..bercakap tentang CD ni, skrg ni byk dahjenama di pasaran. Masa awal dulu agak sukar nk cari di kedai..byk yg jual secara online..kl pergi expo mommyhood ke baby ke ade lah jumpa..

Sebenarnya CD ni kita dah pakai ms kecil dulu. Zaman sebelum lampin pakai buang diperkenalkan..masa tu lampin kain kita kena lipat sendiri, pakaikan pin utk kemaskan n then pakai plastik utk elak bocor..Cuma CD di alaf baru ni ditransformasikan dalam bentuk yg lebih menarik dan mudah sangat nak guna. Tak perlu lg melipat kain lampin dan pin..cuma sarungkan dan butangkn ajer..

Harga sekeping CD ni antara 20-100++ bergantung kpd material dan brand lah.. Mcm saya,  bajet pun x besar tp nk juga pkaikn Sarah cd..so sy beli dalam range rm20+. Ada brand autumnz, sunny baby, coolababy, qq baby..mcm2 corak menarik ado..mmg rambang mata kalu tgk..huhuuu..rasa mcm comel jer tgk anak ber CD..Di bawah ni antara collection CDs Sarah Ardini..




Hmmm...antara faktor penyebab ibubapa takmo guna cd n prefer lampin pakai buang ni adalah leceh nk basuh n perlu kerap menukar, selain harganya yang mahal.

Sebenarnya tidaklah susah mana jika dibandingkan dgn kebaikannya. Antara kebaikan menggunakan cd ni
  • mesra alam
  • jimat kos berbanding lampin pakai buang
  • bayi cepat tahu perbezaan basah n kering -> lebih mudah utk potty training
  • lebih selesa, fabrik lembut
  • bayi tak mudah kena ruam
  • penggunaan jangka masa panjang

sumber : google

Saya hanya menggunakan cd di hujung minggu saja. Waktu bekerja biasa saya bekalkn disposable diaper ke rumah pengasuh. Yer..x nk menyusahkan pengasuh Sarah..Di hujung minggu blhla menyusahkn encik suami..Sarah kl pakai cd mesti selalu berak..selesa sangat kot..aduyaiii itu yg encik suami x suke nk cuci..tp sekarang ni dia dah ok..sudah pandai nk handle cd ni..tak susah pun nak cuci cd yang bernajis. Hanya buangkan najis dalam mangkuk tandas dan kemudian spray tempat kotor tersebut dengan air paip yang kuat. Hilanglah kesan kotoran tu. Pastu boleh dibasuh menggunakan mesin basuh atau basuh tangan. Dulu2 semasa rajin, saya basuh semuanya guna tangan. Tp skrg dah malas, saya guna mesin basuh aje...Moh kita tengok bagaimana abah mithali pakaikan cd step by step






Lampin pakai buang sekarang ni pun dah makin mahal. Mujurlah Sarah ni kulitnya tidak sensitif. Jadi tiada masalah kalau saya pakaikan apa saja brand cuma ada sesetengah brand yang kurang sesuai sbb akan bocor..Kalau kita calculate perbelanjaan untuk membeli lampin pakai buang ni, dalam setahun boleh mencecah RM1000++.. Tu kalau anak sorang. Bayangkan anak ramai? Sebab itulah dari segi long term, mmg berbaloi guna cd ni. Walaupun harga sekeping cd ni dalam lingkungan RM20++, tetapi ia boleh diguna semula bertahun-tahun. So kalau anak bertambah, bolehlah guna lagi utk adik2 pula..Biasa anak2 ni kalau dah umur 3 tahun ke atas yang dh lepas potty training tu dh x pakai lampin lagi kan..So cd ni boleh bertahan sehingga 3 tahun!

Nak memulakan memang sukar pada mulanya. Tetapi percayalah lama-lama nanti anda akan rasa x susah pun guna cd ni.

Selamat ber'CD'!!


* credit to cloth diaper websites in Malaysia




Tuesday, September 18, 2012

wanita dan keguguran

Kali ini saya ingin berkongsi perihal wanita dan keguguran.

Sebut tentang keguguran, saya pasti ada di antara kita yang pernah mengalaminya. Saya mempunyai seorang rakan yang telah mengalami keguguran sebanyak 4 kali. Kegugurannya bukanlah di awal2 minggu hamil, tetapi kandungannya sudah memasuki usia 3-4 bulan. Sudah terbentuk pun menjadi janin..Saya pasti bukan mudah untuk menghadapi situasi tersebut. Apatah lagi kehadiran anak sangat dinanti-natikan lantaran usiapun sudah memasuki lingkungan 30-an..

Pun begitu, siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah. DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita hamba-hambaNya..dan sebagai hambaNya, cubalah untuk menerima ujian tersebut dengan hati yang tabah..teruskan berusaha dan berdoa kpdNya..insyaallah suatu hari nanti akan dikabulkan olehNya. Hanya Dia yang tahu waktu yg sesuai utk kita mendapat sesuatu rezeki itu.

Di sini saya kongsikan beberapa link berkaitan tips menghadapi keguguran oleh wanita yang mungkin boleh dijadikan penguat semangat untuk anda terus bangun daripada kesedihan itu..

http://drzubaidi.com/blog/?p=1083

http://www.mengandung.com/artikel/punca-keguguran.html

http://harrazdani.blogspot.com/2012/01/doa-untuk-elak-keguguran-bayi-dalam.html

Untuk anda yang pernah menghadapi situasi seperti di atas, nasihat saya, teruskan berusaha dan berdoa kerana Allah suka mendengar rintihan hambaNya terutama di waktu orang2 lain sedang nyenyak tidur iaitu di sepertiga malam.( Heh..saya pun agak mencabar juga mahu bangun malam ni)..

Kalau nak tahu, premium beautiful corset boleh membantu menguatkan rahim wanita. Bila pakai girdle PB ni, ia dapat menyokong bahagian rahim kita, secara x langsung ia menguatkan rahim.
Siapa2 yang berminat utk tahu tentang korset istimewa ni, blh contact saya :) Free consultation & trial awaiting you.

Pengambilan supplemen juga boleh membantu menyubur dan menguatkan rahim. Yang nak cuba shaklee blhlah contact saya utk mendapat harga isitmewa :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...