Showing posts with label Premium Beautiful. Show all posts
Showing posts with label Premium Beautiful. Show all posts

Friday, April 18, 2014

Persediaan buat ibu2 berpantang

Anda bakal melahirkan bayi dalam tempoh terdekat ini? Sudah siap persediaan berpantang? Bagi yang masih belum membuat persiapan berpantang dan masih tercari-cari set berpantang, bolehlah consider set premium ini kombinasi korset ajaib Premium Beautiful dan supplemen Shaklee..Bagi ibu-ibu yang tak berani mengambil jamu, herba dan sewaktu dengannya, inilah pilihan buat anda!

B Complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix dan Zinc Complex merupakan set asas berpantang Shaklee..

Lecithin pula membantu menyingkirkan lemak-lemak di badan dan menurunkan paras kolestrol..

Alfafa dan ESP pula membantu dalam penyusuan ibu. 

Alfafa berperanan sebagai penggalak susu (galactagogues) ibu, sementara ESP pula turut berperanan meningkatkan penghasilan susu ibu di samping memberikan tenaga kepada ibu-ibu yang dalam berpantang. Bonus juga jika mengambil ESP ni kerana membuatkan kulit kita bertambah glowing gitu ;)

Tetapi perlu diingatkan, ibu-ibu mesti faham konsep penyusuan yang betul iaitu demand-supply..Begitu juga perlu selalu mengosongkan breast untuk merangsang penghasilan air susu ibu. Apa guna mengambil milk booster tetapi konsep asas tidak dipatuhi..

Pemakaian korset premium beautiful (PB) pula membantu mengembalikan bentuk badan ibu-ibu selepas melahirkan. Paling istimewa, korset ni berteknologi F.I.R.. F.I.R membantu menyingkirkan toksik dalam badan, melancarkan peredaran darah, menyeimbangkan suhu badan..Dengan memakai PB at least 8 jam sehari setiap hari akan membantu ibu-ibu kembali langsing dalam tempoh berpantang. Untungnya jika membeli PB ni, anda bukan hanya memakainya ketika dalam pantang sahaja, tetapi anda boleh menggunakan setiap hari! Ada lifetime warranty lagi! Maksudnya jika terdapat kerosakan pada PB anda, bolehlah dihantar untuk repair..




Jika berminat mendapatkan set asas berpantang, set premium, mana2 produk Shaklee, korset PB ni, jangan segan2 hubungi saya ya!

Saya doakan bakal-bakal ibu semua dipermudahkan bersalin dan selamat berpantang dengan jayanya! Let's support breastfeeding..Breastfeeding rocks!!


*Disclaimer
These statements have not been evaluated by the FDA. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Tuesday, July 16, 2013

Berpuasa dan memakai Premium Beautiful

Alhamdulillah, sudah masuk 7 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu..Bagaimana dengan madrasah Ramadhan anda? Semoga setiap hari semakin bertambah baik dan cemerlang :)

Ramai juga yang mengambil kesempatan bulan Ramadhan untuk menurunkan berat badan..Rata-rata ramai yang berjaya menurunkan sehingga 5 kg di bulan puasa. Biasanya di bulan puasa kita hanya makan pada 2 waktu iaitu waktu bersahur dan waktu berbuka. Jadi, sekiranya kita benar-benar menitikberatkan pengambilan kalori dan kuantiti makanan, pasti kita berjaya mengurangkan berat badan :)

Antara tips mengurangkan berat badan di bulan puasa:

http://www.tintaasyraf.com/2012/07/tips-mengurangkan-berat-badan-di-bulan.html#.UeOZIqDV8cs

http://sususejat.com/turun-berat-badan-di-bulan-ramadhan-perlu-atau-tidak/


Sebenarnya saya pun berazam untuk mengurangkan berat badan di bulan puasa ini. Antara yang membantu saya ialah dengan memakai Premium Beautiful. Banyak kelebihan memakai PB di bulan puasa selain daripada membantu mengurangkan berat badan. 



Antaranya kelebihan memakai PB di bulan puasa ialah;

Membantu mempercepatkan penurunan berat badan

Tubuh secara automatik akan mencari sumber tenaga di dalam badan iaitu lemak. Semasa berpuasa tenaga yang masuk akan berkurangan. Kebiasaannya berat badannya akan berkurang sampai 2- 4 kg (average). Tetapi, dengan memakai Premium Beautiful semasa berpuasa, pengaliran darah dalam badan menjadi lebih lancar, maka penurunan berat badan akan bertindak lebih cekap lagi!

Menyahtoksinkan badan

Menurut kajian, berpuasa mempunyai manfaat terhadap kesihatan manusia. Puasa Ramadhan setiap hari selama sebulan dapat membantu mengharmonikan paras insulin dan merendahkan paras gula terutama di kalangan pesakit diebetis. Berpuasa secara tidak langsung memberikan 'rehat' kepada perut kita yang bekerja setiap hari non-stop. 

Premium Beautiful diperbuat daripada fabrik ber'FIR' yang membantu menyingkirkan toksin dalam badan kita. 

Mengekalkan kecergasan badan 

Memakai Premium Beautiful dapat membantu mengurangkan rasa lapar yang melampau. Ini adalah kesan daripada korset tersebut yang menangkap dan mendakap kemas terutama di bahagian perut kita dan secara tidak langsung anda tidaklah merasa lapar yang melampau, sebaliknya kekal cergas dan aktif.

Memejal dan menganjalkan

The best part of wearing this corset. Memakai korset sangat membantu memejal dan menganjalkan bahagian2 yang bermasalah terutama di bahagian perut, peha, punggung dan bawah lengan. Pemakaian korset yang betul dengan menarik bahagian yang menggeleber akan membantu wanita mendapatkan bentuk badan yang lebih baik. Inilah yang diinginkan oleh kebanyakan wanita!

Sempena bulan Ramadhan ini, Premium Beautiful corset dijual pada harga SPECIAL..Rugi kalau anda x grab peluang ini..Raya nanti bolehlah melaram dengan baju raya idaman anda ;p
  • Special Price
  • Free Gift
  • Lifetime Warranty
  • Free trial
  • Repair Service for FREE

Jika berminat, hubungi saya (nisadahri@gmail.com
Jom kekal sihat dan cergas di bulan Ramadhan ini dengan Premium Beautiful!

 
Cantikkan 3 wanita ini ;)

Monday, June 24, 2013

Testimonial Premium Beautiful [Selepas bersalin]

Assalamualaikum.

This is my business partner, Wahida Ghazali. Saya beli PB dulu pun daripada dia. Seorang yang sangat komited dalam bisnes. Saya nak berkongsi dengan anda pengalaman Wid sendiri berpantang dengan memakai PB. Lihatlah sendiri hasilnya :)



Sila klik link ni untuk baca lanjut pengalaman Wid berpantang selepas melahirkan anak kedua dengan PB :)
http://www.wahidaghazali.com/2013/06/me-after-44-days.html

Tuesday, May 14, 2013

Penjagaan kulit muka

Tahukah anda kulit merupakan organ homeostasis yang penting? Kulit bertindak sebagai rintangan yang memisahkan antara persekitaran luar dan persekitaran dalam badan kita.

Kulit melindungi otot-otot dan organ badan manusia. Kulit manusia terdiri daripada 3 lapisan iaitu epdermis, dermis dan hipodermis.

gambar ehsan pakcik Google

Dalam banyak2 bahagian kulit manusia, bahagian yang sering dititkberatkan semestinya kulit muka terutamanya bagi kaum Hawa. Tak gitu? Tetapi pada aku, bukan hanya wanita, orang lelaki pun perlu menjaga kulit mereka agar penampilan mereka lebih berkeyakinan..Hehehee..Tapi orang lelaki sekarang ni ramai yang dah sedar kepentingan menjaga kulit muka ni, especially yg metroseksual tu..Kadang-kadang kalah orang perempuan pulak cara mereka menjaga muka.


Gambar ehsan Google


Gambar ehsan Google

Penjagaan kulit muka memang penting kerana ia mempengaruhi penampilan seseorang. Bayangkanlah kalau muka tak dicuci setiap hari? Bedak pun tak pakai..Mesti kusam muka anda kan? 

Saya pernah menghadiri satu bengkel penampilan diri di pejabat baru-baru ini. Penceramah menekankan tentang pentingnya menjaga penampilan diri kerana ia membentuk imej kita. 

4 perkara asas menjaga kulit muka;
  • Cleansing 
Mudah sahaja. Anda cuma perlu mencari pencuci muka yang sesuai bertindak dengan kulit muka anda. Untuk kulit kering, digalakkan memakai pencuci muka jenis creamy. Bagi kulit berminyak pula digalakkan menggunakan pencuci jenis gel. Bagi anda yang mempunyai kulit normal, boleh lah mencuba pelbagai jenis pencuci kerana kulit normal biasanya tiada masalah.

Tidak digalakkan mencuci muka terlalu kerap. Memadailah dicuci ketika bangun daripada tidur dan sebelum masuk tidur.

  • Exfoliate
Langkah ini biasanya banyak ditinggalkan oleh kebanyakan wanita. Pada saya proses ini memadai dilakukan seminggu atau dua minggu sekali. Yang paling mudah digunakan ialah skrub muka. Boleh dibeli di farmasi atau boleh dibuat sendiri bagi yang menyukai kaedah tradisional. Ohh ya, pesanan penceramah saya, masker/skrub muka baik disimpan di dalam peti sejuk untuk ketahanannya lebih lama

  • Moisturize
Ohh ya...selepas mencuci muka, biasanya kita akan sapukan toner ke wajah terlebih dahulu sebelum memakai pelembab. Tujuannya adalah untuk menutup pori2 wajah kita di samping membersihkan sisa2 minyak dan solekan.

Penggunaan pelembab amat penting bagi mereka yang mempunyai kulit kering [seperti saya ^__^]
Bagi yang mempunyai kulit kombinasi, anda boleh sapukan pelembab di bahagian yang kering dan pada bahagian berminyak iaitu hidung dan dahi memadai disapu sedikit sahaja.

  • Sunscreen
Tahukah anda salah satu penyumbang kepada penuaan kulit wajah ialah pancaran matahari! Sebab itulah pemakaian sunscreen/sunblock amat penting terutama jika anda sering melakukan aktiviti di luar bangunan. Pilihlah SPF yang bersesuaian dengan aktiviti luar yang ingin anda lakukan. Pendedahan kepada sinar matahari terlalu lama tidak baik untuk kulit kerana sinaran UV untuk tempoh jangka masa panjang boleh merosakkan sel2 kulit kita.

Jika berkemampuan, sebulan atau dua bulan sekali tu pergilah buat facial treatment di salun/spa.Saya pernah terbaca satu artikel mengenai kulit kita  ber'salin'/bertukar setiap 35 hari..Memang elok sangatlah kalau buat facial treatment tu.


 Selain itu, penting juga untuk kita tahu jenis kulit muka supaya kita dapat membeli produk yang bersesuaian dengan jenis kulit dan barulah akan menampakkan kesan.


Selain daripada 4 perkara asas penjagaan kulit muka, saya juga berpendapat dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang turut membantu pembentukan kulit yang sihat. Kalau hidup kita selalu stress, percayalah ia akan terlihat pada wajah kita. Banyaklah kedutan2 halus di muka dan kulit muka juga nampak kusam. Sebaliknya jika kita amalkan gaya hidup sihat, makan makanan seimbang, sering tersenyum, pasti wajah kita akan berseri dan menawan ;)

Bagi yang ada budget lebih, pengambilan supplement juga membantu anda mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Vitamin C dan E membantu mencantikkan kulit wajah seseorang. Vitamin E juga membantu menghilangkan parut2 di wajah dan badan. Trend sekarang di Malaysia adalah kolagen. Di mana2 saja ada dijual kolagen. Nasihat saya, pilihlah produk yang baik dan mendapat kelulusan daripada KKM. Jangan nak cantik punya pasal, tapi end up duduk di hospital akibat salah membeli produk..

Jom sama2 kita menjaga kesihatan!


Monday, March 4, 2013

Premium Beautiful last set!!

Perhatian cik/puan...



Hanya satu set sahaja yang tinggal..Memang sangat laris korset ni..

Sesuai dimiliki oleh anda yang:

- bakal melahirkan anak (confinement & slimming)

- inginkn zuriat (menyeimbangkan hormon dan mengukuhkan kedudukan rahim)

- ingin kelihatan cantik menawan di hari perkahwinan anda

- ingin mengurangkan keputihan

- ingin menghindarkan senggugut

- ingin memudarkan stretchmarks


Sesiapa yang berminat boleh contact saya ok..I'll give you special price :)


Saturday, December 22, 2012

Promosi istimewa (21/12/12-25/12/12)

Assalamualaikum..

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan saya semalam, ada offer istimewa bagi mereka yang berminat membeli korset Premium Beautiful dan Shaklee dalam satu set..


Promosi ini bermula semalam sehingga 25 Disember 2012 sahaja..


Trying to Conceive (TTC) set


Korset PB membantu menyeimbangkan hormon wanita, menyokong kedudukan rahim, mengurangkan masalah keputihan, mengurangkan senggugut dsb..

Pengambilan supplemen Shaklee juga membantu anda.

Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendek kata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.

GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antaa kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari.

Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Allah agar dikurniakan zuriat. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.



Slimming set for breastfeeding mommies


MUSTAHIL untuk mendapat berat badan ideal? Sekadar angan-angan kosong bagi IBU MENYUSU?
Ramai yang kata dengan menyusu badan ibu akan lebih mudah menurunkan berat badan, atau, mendapat berat badan ideal (pre-pregnancy weight) kerana kalori yang dibakar sewaktu proses penyusuan tersebut.
Namun, tidak kurang juga ramai yang menyangkal dakwaan ini kerana masih gagal menurunkan berat badan. Apatah lagi proses penyusuan itu sendiri membuat si ibu berasa cepat lapar setiap kali selesai menyusu, ataupun selesai mengepam susu (mengosongkan payudara).

Memakai korset PB secara konsisten membantu membentuk semula badan ibu selepas bersalin.

Slimming set Shaklee berasaskan konsep
3B = Bakar, Buang dan Bina. Tidak mengganggu penyusuan si manja anda.

Lecithin (bakar) – untuk membakar lemak & kolesterol. Sumber kolina dan pengemulsi lemak. Juga dicadangkan kepada ibu menyusu yang kerap mengalami duktus tersumbat (clogged duct) yang berulang.

Alfalfa (buang) – sumber serat untuk menyerap pecahan lemak & kolesterol yang dipecahkan oleh lecithin dan mengangkut keluar dari badan. Melawaskan sistem penghadaman dan terkenal sebagai penggalak susu sejak dari zaman dahulu!

ESP Soy Protein Isolate Powder(bina) – sumber protein untuk memelihara otot dalam proses penurunan berat badan. Protein juga terkenal sebagai penggalak susu selain memberi si ibu rasa kenyang lebih lama dan berpanjangan.


Confinement Set


Berpantang dengan korset Premium Beautiful (PB) dan supplemen Shaklee

Kebaikan korset PB
1.Mengeluarkan angin dalam badan. 
2.Mengecutkan & memperkemaskan semula rahim yang mengembang semasa mengandung. 
3.Menarik & merapatkan semula tulang pinggul yang mengembang semasa proses bersalin.
4.Mengeluarkan darah nifas yang beku & berketul-ketul dengan lancar.
5.Mengeluarkan segala sisa kotoran & air bisa (menggantikan proses tangas) dari rahim.
6.Menyokong (menyengkak) rahim dari jatuh.
7.Menyihatkan rahim dan memberi persediaan untuk proses persenyawaan seterusnya (menyeimbangkan semula hormon estrogen & progestron).
8.Menghilangkan stretchmark akibat semasa mengandung atau menggaru perut semasa mengandung.
9.Menghangatkan dalam badan & tidak perlu menggunakan bahan-bahan seperti param, pilis & tapel.
10.Melancarkan proses pembuangan air besar (sembelit terjadi apabila memakan jamu).
11.Merawat luka-luka di dalam rahim dan juga di luar rahim.
12.Meningkatkan metabolisme badan untuk membantu mengurangkan berat badan dengan cepat.
13.Membentuk semula payudara, pinggul & postur badan yang cantik.

Supplemen Shaklee


B Complex - bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan semasa berpantang. Berupaya meningkatkan pembentukan sel darah merah

Vita C - sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaikpulih tisu rosak selepas bersalin. Juga penting dalam membentuk kolagen dalam badan dan kecantikan kulit

Vitalea (multivitamin) - sangat penting diambil oleh ibu selepas bersalin. Membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi ketika berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan).

Zinc - sangat penting untuk membaikpulih luka dalaman dan jahitan. Mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

*info credit to http://www.Genkimomma.net http://healthy.babykawaiistore.com


Berminat? Hubungi saya selagi offer ini masih berlangsung..


nisadahri
sms/msg/whatsapp :  019-2162037
email : nisadahri@gmail.com

Friday, December 14, 2012

Y.E.S Premium Beautiful


Hujung tahun ni ramai yang bakal naik pelamin menjadi raja/ratu sehari kan...Saya ucapkan selamat pengantin baru buat bakal pengantin..Semoga segala persiapan perkahwinan anda berjalan lancar seperti yang diimpikan, insyaallah..Sebut tentang persiapan perkahwinan, barang hantaran biasanya merupakan antara perkara penting yang dititikberatkan oleh pasangan pengantin..Walaupun itu bukanlah benda yang wajib dalam Islam, tetapi sudah menjadi tradisi kita orang Melayu..Teringat pula zaman kahwin lbh kurang 5 tahun lalu..barang hantaran saya n suami yang gubah sendiri..hahahah..disebabkan kami ni nikah dahulu n then after 3 months baru kenduri, jadi tiada masalah nak menggubah tu..blk kerja, weekend tu la masanya menggubah barang hantaran..buat cukup syarat jek..sangat simple..

Anda tahu tak sekarang ni dh jadi trend korset Premium Beautiful dijadikan barang hantaran tau! Kelas tak? ehehe..bagus juga pada pendapat saya..kerana ia adalah pelaburan sepanjang hidup..pakai PB bukan sahaja untuk maintainkan body shape wanita, tetapi juga membantu bagi mereka yang ada masalah ketidakseimbangan hormon, sekaligus membantu hormon wanita menjadi lebih subur serta meningkatkan peluang untuk hamil! Bukan itu sahaja...bila dah bersalin nanti, PB ni boleh dijadikan bengkung moden..sesuai sangat dipakai semasa pantang..selepas pantang pun boleh diteruskan pemakaian PB untuk postur badan yang baik...

Bukankah ia satu pelaburan yang sangat berbaloi?? Tambah berbaloi jika anda membelinya sekarang kerana ada Year End Sale (YES)..harga PB sangatlah berbaloi kerana ia lebih rendah berbanding sebelum ini. Ada FREE GIFT lagi jika anda membeli drp saya..

Apa tunggu lagi? Hadiahkan diri anda/pasangan anda satu set PB...worth buy..

Hubungi saya jika ingin membeli atau mendapatkan konsultasi mengenai korset PB

sms/whatsapp: 019216 2037

~nisadahri~

Thursday, November 29, 2012

LIKE..LIKE..LIKE

Jom LIKE page saya utk dapatkan diskaun apabila anda membeli Premium beautiful ataupun produk Shaklee drp saya :-)





~nisadahri~

Friday, November 23, 2012

Sharing is Caring: persediaan ibu sebelum bersalin

Beberapa hari lepas, saya dihubungi oleh seorang kawan yang bertanyakan tentang set semasa berpantang. Dia bertanyakan pengalamanku menggunakan set berpantang Shaklee..hehehe..Nak tergelak juga sbb dia ingatkan set berpantang Shaklee ni mengandungi jamu-jamu seperti set bersalin biasa..So saya pun terangkan kepadanya kebaikan menggunakan supplemen Shaklee berdasarkan pengalaman saya. Sebelum bersalin memang saya sudah decide set bersalin apa yang akan saya gunakan.

Ramai ibu-ibu yang menggunakan set tradisional seperti NR, Leesa Fomula, Sendayu Tinggi. Tetapi berdasarkan pengalaman rakan2 terdekat, diorang x habiskan pun dan saya rasa amat rugi sbb dh spend duit dalam RM200-300++ utk beli set tersebut and end up x habis makan pun. Bukan ape, antara sebabnya anak kena jaundice semasa lahir. So mmg x digalakkan utk makan jamu sbb akan effect pada baby. Ada juga yang kurang sesuai dgn badan kita dan menyebabkan sembelit. Sembelit ketika berpantang adalah menyeksakan ok!!

Actually saya pun ada beli juga set bersalin tradisional masa berpantang dulu. Saya beli jenama Afiat. Tidaklah mahal harga. X sampai RM100 kot..Dalam set tu ada akar kayu, mandian serai wangi, balm utk baby, maajun bawang putih, feminine wash, bedak utk baby dan ibu, barut dan few more yg saya dh lupe. Akar kayu mmg saya x guna. Ada lg smpi skrg..maajun bawang putih pun ada lg..mmg x makan..so yg saya guna mandian serai wangi (mmg best..harum gitu), bedak baby n ibu, balm utk baby. Param n pilis x de dalam set Afiat ni. Mmg saya x gunakan pun. Saya cuma guna serbuk yg tok saya buat sendiri.

Untuk dalaman saya makan supplemen Shaklee dan hasilnya alhamdulillah baik2 saja. Cuma sbb bersalin czer so sy x lah berbengkung sbb takut..Sebenarnya walaupun bersalin czer, anda boleh memakai bengkung. Ini pesan akak misi yg merawat saya di hospital dulu. Cuma ada teknik yg perlu kita follow to make sure xde ape2 effect yg x baik lah..Huhuuu sangat menyesal sampai skrg..So skrg baru nk pakai korset (Premium Beautiful) dengan harapan boleh membantu membentuk semula badan..

Ok, jom kongsi info persediaan sebelum bersalin. Pada saya yang penting, bakal ibu perlu sediakan keperluan ikut bajet. Bajet kita adalah kemampuan kita. Tak semestinya bajet sikit kita tak leh berikan yang terbaik utk anak yang bakal dilahirkan itu..Betul tak. Kadang2 bila ada bajet yg besar menyebabkan kita membazir membeli apa2 yang tak patut pun..Perkara yang perlu;

1. Keperluan anak

Pakaian
Baju, seluar, barut, booties, mitten, bedung (ikut keperluan). Anak cepat membesar, so beli ikut keperluan semasa. Boleh tambah kemudian hari.

Alat-alat mandi dan penjagaan
Sabun, syampu, bedak, minyak telon, besen mandi anak, alas tilam (ikut keperluan).
Macam bedak, saya guna bedak daripada cornstarch Pureen. Ada terbaca bedak yang mengandungi talc boleh menyebabkan bayi mendapat asthma. Kalau nak penjelasan lanjut boleh google search.

Setiap kali lepas mandikan anak, jangan lupa sapukan minyak baby tak kisahlah telon ke yuyi ke, untuk elakkan kembung. Anak saya walaupun x de masalah kembung, saya masih sapukan minyak di sekitar perut, dada dan belakang badan sehingga sekarang. Sewaktu pantang tu, bolehlah tuam sekitar perut untuk elakkan angin pasang. Pakai daun sireh pun blh..

Travel dan lain-lain
Stroller, baby car seat, baby cot/playpen. Boleh dibeli selepas bersalin.
Yang lain2 tu anda boleh google search. Ada web yang menyediakan list lengkap.

2. Keperluan ibu

Jangan lupa mandi wiladah selepas bersalin. Tatacara mandi wiladah sama seperti mandi wajib juga. Niat mandi wiladah. Kalau x tahu, tanyalah ustazah ataupun google search yer..Teknologi di hujung jari ni rugi kalau x dimanfaatkan :)

Berpantang
Set bersalin pilihan (tradisional atau supplemen).
Ikut kesesuaian badan dan bajet serta pastikan apa yang dibeli tu berbaloi dan digunakan sepenuhnya.

Berurut, bertungku, bertangas dll..

Makan dan minum sewaktu pantang perlu dijaga walaupun di hospital doktor pesan boleh makan apa sahaja untuk dapatkan zat. Salah makan boleh bentan, masuk angin dan effect anak. Ibu-ibu haruslah berpantang sebaik mungkin kerana badan yang sihat amat penting. Badan tu nak pakai lama. Apalah sangat 44 hari berpantang makan tu. Jangan ngelat ok. Saya masa pantang dulu sangat ‘heaven’..Makan sedap jek walaupun hanya makan ikan haruan, ikan merah, ikan tenggiri..yang penting pelbagaikan masakan. Barulah best. Google lah resepi2 ketika pantang. 10 kg confirm kurang (tp lepas pantang adalah sangat menguji keimanan) :)

Oh ya, semasa berpantang juga, ibu-ibu boleh trial n error apakah makanan n minuman yang menjadi milbooster untuk anda. Badan kita tak sama. Jadi harus rajin mencuba. But again, dalam menyusukan anak ni, anda perlu tahu konsep 'demand n supply'. Perlu selalu kosongkan breast dan kerap susukan bayi anda. Jangan bergantung harap kepada milkbooster semata ok..

Menyusukan anak  
 Nursing bra & pad, maternity pad semasa dalam nifas
Breastpump, Milk storage bottle, dsb..

Diingatkan bayi yang baru lahir hanya minum susu ibu sehingga berusia 6 bulan yer. So bakal ibu, sebelum bersalin lagi perlu set minda anda untuk menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan. Lagi lama lagi bagus. Let's support breastfeeding! Bagi ibu2 yang bekerja, mulakan pam susu utk buat stok EBM seawal dua minggu selepas bersalin. Jangan lupa untuk ajar anak minum susu menggunakan botol. Kalau tak susah nanti nak tinggal anak di nurseri atau babysitter selepas anda naik bekerja.

Untuk yang berminat, saya menawarkan set berpantang gabungan Shaklee dan Premium Beautiful pada harga yang amat istimewa. Boleh hubungi saya sekiranya berminat :)



Kebaikan set berpantang Shaklee;

1. B Complex - sebagai penenang (anti-stress), mengelak kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon

2. Vita C - mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki sel-sel tisu rosak semasa bersalin

3. Vitalea (multivitamin) - lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron/besi pula penting untuk tubuh terutama bagi ibu yang banyak kehilangan darah sewaktu bersalin

4. Zinc - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, zinc supplemen adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin

Kebaikan korset Premium Beautiful untuk ibu yang berpantang:



Kat sini saya nak kongsikan satu testimonial yang menggunakan PB semasa berpantang.


**credit to my biz partner, wahida ghazali


Semoga bakal ibu selamat melahirkan anak dan menjalani tempoh berpantang dengan jayanya. Jangan lupa support breastfeeding ok! :)



~nisadahri~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...