Saturday, May 12, 2012

sakit belakang? PB membantu anda!

Assalamualaikum..


Hari ini saya ingin berkongsi mengenai sakit belakang dan bagaimana PB korset boleh membantu anda mengatasi masalah sakit belakang..


                                                 gambar hiasan ehsan pakcik google


Kebanyakan daripada orang dewasa mengalami sakit belakang..samada sakit yang teruk ataupun sedikit. Struktur dan fungsi tulang belakang menyebabkan bahagian belakang lebih cenderung mengalami kesakitan atau kecederaan. Untuk pengetahuan anda, kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej boleh ubahsuai yang dipanggil disc/piring dan ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot dan saraf. 

So bagaimana sakit belakang boleh terjadi??
  • bila berlaku pergerakan yang salah atau secara tiba-tiba
  • terlalu banyak tekanan bebanan apb membawa/megangkat barang berat
  • posisi badan yang lemah
Kenali tanda-tanda sakit belakang
  • sakit atau sengal-sengal pada bahagian belakang, biasanya pada bahagian pinggang
Sebab-sebab sakit belakang?
  • kecederaan otot (bentuk badan yg lemah, kecederaan, kekejangan)
  • kegemukan yang memberi bebanan kpd tulang belakang
  • memakai kasut tumit tinggi - menolak pinggang ke hadapan dan meletakkan bebanana berlebihan ke atas bahagian bawah belakng
  • wanita - sebelum atau semasa dtg bulan
Petua/Langkah mengelakkan sakit belakang
  • Jangan duduk/membongkok/berdiri terlalu lama. Sentiasa ubah kedudukan anda setiap 30 minit
  • Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak
  • Tidur dalam posisi yang betul
  • Tidur atas tilam yang sesuai
  • Untuk anda berbadan gemuk, berusahalah mengurangkan berat badan
  • Lakukan senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang
  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi
  • Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok
  • Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas/tuala panas
  • Dedahkan kepada sinaran lampu infra red utk kira-kira 15 minit atau dua kali sehari
Bagaimana PB korset membantu anda mencegah sakit belakang?

Waist nipper mempunyai 7 batang keluli yang dapat menyokong bahagian pinggang dan mengukuhkan tulang belakang, seterusnya memperbaiki postur badan. PB korset ini juga adalah berteknologi FIR (far infrared rays). Jadi anda tak perlu mendedahkan badan anda kpd sinaran lampu infra red tu.. Juga sesuai utk pesakit slip disc tau!!


Penggunaan PB korset minimum 8 jam setiap hari akan memberikan anda kesan yang diimpikan!!



**info berkaitan sakit belakang ini diambil drp blog Pembantu Farmasi Negeri Perlis

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...