Friday, July 13, 2012

set berpantang Shaklee


Salam,

Hari ini saya nk berkongsi pengalaman saya sendiri memakan set supplement Shaklee ni. Saya mula makan shaklee selepas melahirkan Sarah. Disebabkan saya melahirkan anak secara czer, saya tidak mengambil sebarang jamu tradisional. x berani..lagipun anak ada jaundis..sy lebih yakin makan vitamin sahaja. Mula2 saya makan vitamin yg dibekalkan hospital. lebih kurang 2 minggu. Lepas tu saya sambung dengan supplemen shaklee..

Set berpantang shaklee terdiri daripada vitamin B complex, vitamin C, Vita lea dan zinc complex.

Apakah khasiat vitamin ni yer? Meh saya kongsikan sikit

Vitamin B Complex - sebagai penenang (anti-stress), mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkn hormon

Vitamin C - baik untuk mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki sel-sel tisu yang koyak akibat bersalin

VitaLea (multivamin dgn besi) - multivitamin yang lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin n mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu pantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan. Besi penting untuk tubuh ibu-ibu kerana sewaktu bersalin ibu-ibu biasa kehilangan banyak darah.

Zinc complex - membantu mempercepatkan proses baikpulih luka terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, supplemen ini membantu mengurangkan masalah rambut gugur. Juga membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.



Selepas habis tempoh berpantang,saya masih teruskan makan supplemen shaklee..saya ambil set ibu menyusu pula. Asasnya masih sama, cuma ditambah dengan alfafa dan ESP. Sehingga sekarang saya masih mengambil supplemen ini dan saya tambahkan dengan supplemen yang lain seperti Performance Drink, Lecithin dan Ostemarix

Alhamdulillah..setelah lebih setahun menjadi pengguna setia Shaklee, terutama semasa berpantang, badan saya cergas. Muka pun tak pucat. Jiran sebelah rumah saya pun menegur semasa saya pulang ke rumah sewaktu pantang. Dia cakap muka saya merah merah gitu..tak pucat mcm org berpantang biasa :)
Susu pun nmpk bezanya..masa awal2 dulu susu badan saya agak cair. Bila mengamalkn shaklee, susu saya menjadi pekat dan ini diakui oleh officemate saya yang kebetulan ada di bilik sewaktu saya mengepam susu. Syukur alhamdulillah..Ini antara yang dapat saya kongsikan buat kali ini..Next time kita share lg ok..

Ma'assalamah...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...