Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Friday, February 14, 2014

Pemakanan sihat semasa hamil

Entry ini untuk peringatan buat diri sendiri :)

Pemakanan yang sihat dan seimbang adalah amat penting kepada ibu2 hamil dan bayi yang dikandung. Biasanya waktu hamil ni lah kebanyakan ibu2 makan dalam kuantiti yang tidak dikawal dengan alasan "makan untuk 2 orang"..Belum lagi dengan mengidam macam2 makanan..Actually, ibu2 hanya perlukan extra 300 kalori saja dalam pemakanan semasa mengandung selepas memasuki trimester kedua. Kalau dah melantak macam2 tu rasanya dah terlebih kalori tu..Hihiii


Pada pendapat saya, tak salah kalau ibu2 nak makan macam2 apatah lagi bila mengidam sesuatu makanan tu..Tapi perlulah dikawal kerana zaman sekarang ni macam2 penyakit yang boleh menyerang ibu hamil. Paling banyak ialah GDM (kencing manis semasa hamil), tekanan darah tinggi, Hb rendah pun bermasalah juga..Yang paling bahaya ialah pre-eclamplsia yang boleh mengancam nyawa ibu dan anak.

Sejujurnya semasa mengandung anak pertama beberapa tahun dulu, saya tidak kisah sangat tentang diet yang seimbang..Mungkin masa tu first timer, pengalaman langsung takde jadi taklah begitu menjaga sangat pemakanan..Yang paling saya ingat saya sangat suka makan aiskrim McD..Bukan yang mahal punya pun..chocotop tu je  :) Syukurlah tak kena GDM masa tu..Overall weight gain pun tak banyak..less than 10kgs shj..Masa tu makan biasa2 aje, ambil prenatal vitamin klinik..Alhamdulillah takde masalah ketika itu..

Berbalik kepada pemakanan ibu2 hamil..Ibu2 perlu pastikan nutrisi2 penting diambil dengan secukupnya..Kadang2 memang sukar untuk kita penuhi keperluan tubuh badan, sebab itulah penting juga mengambil prenatal vitamin untuk melengkapkan mana2 yang kurang..Saya pernah terbaca satu komen seorang ibu yang baru lepas melahirkan. Menurut beliau, sepanjang hamil 9 bulan berat badan beliau tidak bertambah terlalu banyak tapi baby yang dilahirkan mencecah hampir 4 kg! Tapi drp gmbr2 yang beliau selalu post dlm fb, nmpk sgt suka makan makanan yang manis2..Makanan yang tinggi gula juga boleh mempengaruhi berat badan baby dalam kandungan..Mujurlah beliau tak kena GDM ;p

Sumber: google

Buah2 an amat penting untuk elakkan sembelit
Nak tahu berapa pertambahan berat badan yang wajar sepanjang kehamilan? Boleh refer di sini
Senaman membantu ibu2 kekal cergas dan bertenaga
Set hamil Shaklee..Berbaloi2
Kepada semua ibu2 yang sedang hamil, semoga dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan semoga dipermudahkan urusan ketika bersalin nanti..Doakan saya juga ya!

p/s: Bagi yang nk mencuba set mengandung Shaklee, jangan segan2 contact saya! Harga istimewa menanti anda :)

Sumber: 
WebMed
OHSU women health- my pregnancy plate
Dr. Zubaidi
MayoClinic-pregnancy diet

Monday, March 4, 2013

Premium Beautiful last set!!

Perhatian cik/puan...



Hanya satu set sahaja yang tinggal..Memang sangat laris korset ni..

Sesuai dimiliki oleh anda yang:

- bakal melahirkan anak (confinement & slimming)

- inginkn zuriat (menyeimbangkan hormon dan mengukuhkan kedudukan rahim)

- ingin kelihatan cantik menawan di hari perkahwinan anda

- ingin mengurangkan keputihan

- ingin menghindarkan senggugut

- ingin memudarkan stretchmarks


Sesiapa yang berminat boleh contact saya ok..I'll give you special price :)


Wednesday, February 27, 2013

Jom Kurus!

Esok merupakan hari terakhir di bulan Februari..haiii cepatnya masa berlalu..blog ni macam dh bersawang sikit dah ni disebabkan tuannya x berkesempatan nk update..ni nak cerita pun macam dah basi..tp cerita jugalah ;)

26 Januari lepas saya berkesempatan menghadiri Seminar Jom Kurus anjuran Kevin Zahri di Prince Court Medical Centre. Sudah lama saya berhajat untuk join seminar ni tapi disebabkan takda teman yang berminat so saya pendamkan saja hasrat.

Syukurlah satu hari tu ada sorang kawan saya ni melalui fb wall dia saya nampak dia seperti sudah give up sbb buat mcm2 usaha pun berat badan still macam yoyo..tak turun2..so saya cadangkan dia join seminar ni sbb seminar ni akan berkongsi tentang pemakanan kita..pengiraan kalori..bagai pucuk dicita ulam mendatang..kawan saya pun setuju utk join..

Menariknya seminar ni kami diajar tentang cara pengiraan kalori..berapa sebenarnya jumlah kalori yang diperlukan oleh badan kita, berapa banyak kalori yang perlu dibuang oleh badan dan lain-lain..Untuk menurunkan berat badan juga kita perlu ada target yang jelas supaya tindakan kita nanti membantu kita untuk mendapatkan berat badan yang kita impikan. Macam saya, saya tetapkan masa 6 bulan untuk mendapatkan berat badan yang saya idamkan...hope it works well!

So for those yang berminat nak tahu lanjut, u all boleh klik link ni http://kevinzahri.com
Kalau nak tahu, Kevin juga ada buat Jom Fit..kelas mengeluarkan peluh...saya macam berminat nk join..tp tak tahu sesi bila..hehhee

Enjoy the piccas

tekun mendengar sifu bercakap di depan
 
 
end of the session..
 

Sunday, January 13, 2013

Shaklee Collagen Powder:Testimonial

Gambar hiasan

Anda biasa mengalami masalah cracked heels? Buruk rupanya bila tengok tumit merekah ni kan..Oh saya pun sering mengalami masalah tumit merekah ni..Tapi yang di atas tu bukan kaki saya lah yer :)

Biasanya apabila tumit kaki merekah ni saya selalu sapu bio oil..ok lah, kurang sikit merekah tu..Tapi sejak mengambil Shaklee Collagen Powder lebih kurang sebulan lebih (nak masuk kotak ketiga), saya dapati tumit kaki ni dah tak merekah lagi..licin aje macam gambar kat bawah ni :)) Syukur alhamdulillah..

Gambar hiasan
Best kan! Siapa2 berminat nak order Collagen Powder bolehlah contact saya..

Sihat & Cantik selalu!

~nisadahri~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...