Showing posts with label vita E. Show all posts
Showing posts with label vita E. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

Rambut gugur selepas bersalin??

 

sumber encik google

Masalah yang sering dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin..Saya juga tidak terkecuali mengalaminya. Saya juga punya kawan yang rambutnya semakin jarang dek hormon yang tidak seimbang selepas bersalin yang menyumbang kepada keguguran rambut yang kronik..

 

Sebenarnya sejak bersalinkan anak pertama dulu saya hanya ambil zinc complex shaklee je utk bantu masalah keguguran rambut saya ni..

 

Jom baca info sikit tentang keguguran rambut selepas bersalin ni!!
 

Tahukah anda bahawa rambut gugur selepas melahirkan adalah suatu yang NORMAL?! Yaaa itu normal..Anda akan kembali seperti sedia kala selepas bayi anda menyambut ulang tahunnya yang pertama..

Kebiasaannya, kira-kira 85-9% rambut kita tumbuh di kepala manakala 5-15% yang lain berada pada peringkat berehat. Selepas tempoh berehat, rambut2 kita akan gugur..Biasanya semasa kita menyikat atau bersyampu dan akan digantikan dengan rambut yang baru..Secara purata, setiap wanita mengalami keguguran rambut 100 helai setiap hari..Macam banyak aje kan!!!

Semasa hamil, peningkatan paras estrogen adalah pada peringkat pertumbuhan rambut yang panjang. Hanya sedikit rambut berada pada peringkat berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari. Sebab itulah ibu2 mempunyai rambut yang lebih lebat semasa hamil.

Selepas anda melahirkan anak, paras estrogen merudum dan lebih banyak folikel rambut memasuki peringkat berehat..Pada masa ini lebih banyak rambut akan gugur terutama ketika anda bersyampu dan menyikatnya..

Kebiasaannya masalah ini akan berakhir apabila anak anda memasuki usia setahun..Ok, apakah yang boleh kita lakukan apabila mengalami masalah rambut gugur ni?

Antara langkah2 yang boleh diambil ialah 
  • elakkan gaya rambut yang menarik atau meregang rambut yang keterlaluan
  • amalkan diet yang sihat
  • tambah supplemen dalam pemakanan seharian terutama zinc, b complex, vit C dan E dan juga biotin
  • pilih syampu yang mengandungi bahan2 yang berkualiti tinggi
  • potong rambut
  • elakkan stress

Sumber: wikihow.com 

Saya amalkan pengambilan zinc complex setiap pagi sebelum sarapan, b complex dan vit C selepas sarapan serta vit E pada waktu malam selepas dinner..Alhamdulillah saya dapati masalah rambut gugur saya dapat dikawal..

Yang nak cuba produk Shaklee jangan segan-segan utk hubungi saya ya!

Monday, September 9, 2013

Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak berkongsi mengenai Vitamin E. Kebanyakan orang tahu Vitamin E ni membantu untuk menghilangkan parut. Tidak hairanlah banyak produk pembersih muka dan krim di pasaran diperkayakan dengan Vitamin E. Sebenarnya banyak lagi kelebihan Vitamin E selain untuk kulit. Jom kita baca!

Vitamin E adalah yang kuat, antioksidan larut lemak yang membantu melindungi membran sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan mencegah pengoksidaan kolesterol LDL.

Apa pula radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.

source: Google

Untuk mengurangkan kerosakan sel dalam badan kita disebabkan oleh radikal bebas ini, kita perlukan antioksida. Antioksida berperanan menghentikan keroskan sel dan dan penyakit yang diakibatkan oleh tindak balas radikal bebas. Dari mana nak dapatkan antioksida ini? 

source: Google

Vitamin A, C, E

Badan kita memerlukan vitamin A, C, E dan beta-karotina untuk neutralize kan serangan radikal bebas. 
Mengapa perlu Vitamin E? 

Vitamin E penting bagi struktur dan fungsi otot rangka, jantung dan otot yang licin.

Vitamin E membantu dalam pembentukan sel darah merah dan membantu mengekalkan penyimpanan vitamin A, K, besi dan selenium.

Vitamin E memberikan kesan positif terhadap kesihatan imun, membantu mencegah kanser, melegakan gejala penyakit Alzheimer juga mencegah kerosakan berkaitan penyakit kencing manis terutamanya pada mata.

Selain itu, wanita yang ada fibroid juga boleh mencuba amalkan vitamin E dan GLA complex. Insyaallah, dapat membantu mengurangkan/mengecutkan fibroid tersebut.

Untuk anda yang cuba untuk hamil, galakkan suami untuk mengambil vitamin E dan zinc complex setiap hari untuk penghasilan sperma yang berkualiti.

credit to Shaklee Anugerah member

Sumber:
Dr. Weil.com
WebMD
Info Kesihatan

Wednesday, August 28, 2013

Sabun magik? It's marine essence beauty bar

Susah betul nak dapatkan stok sabun ni..Bayangkan setiap kali stok sampai, maka ramailah yang memborong sabun ni..Bukan setakat sekotak dua, berkarton2 orang borong..Memang saya takde peluang lah nak beli sabun ni..Dekat setengah tahun juga lah..


Nak dijadikan cerita, minggu lepas raya hari tu saya ke HQ menghantar PB untuk dibaiki..Sambil2 tu saja buat2 tanya kaunter ada tak sabun ni..Tokei kata ada..Wahhhh..sangat sukaaa..maka saya pun boronglah sabun ni..Tak banyak pun borong sebab duit tak berapa nak banyak masa tu..Berbunga2 sunguh hati sebab dapat beli sabun ni..

Balik aje rumah terus pakai sabun ni buat mandi..Memang wangi sangat bau sabunnya..Banyak pula kebaikannya..Sabun ni diperbuat daripada pelbagai ramuan antaranya garam buluh, ekstrak tea tree oil, vitamin E dan banyak lagi..


Sangat bagus dipakai oleh anda yang ada masalah ekzema, kulit kering, kulit yang berparut..Juga bagus juga untuk anda yang ada masalah celah ketiak, celah peha yang gelap kerana sabun ni membantu mencerahkan bahagian2 yang gelap. Sebab tu sabun ni dipanggil sabun cerah ketiak! ;p Yang ada kulit berjerawat di bahagian badan pun boleh cuba sabun ni..


Setakat beberapa minggu menggunakan sabun ni, memang nampak kesannya pada kulit badan sendiri..Kulit lebih lembab..Nanti saya bagi testimoni lagi yer..Tapi serius memang best pakai sabun ni...Dah x pakai dah sabun lain..Good bye sabun2 ku..Sekarang saya sudah bertukar kepada Marine Essence Beauty Bar...

Ohhh ya..selain dalam bentuk buku, ada juga dalam body wash & syampu..Harganya lebih murah..Yang paling best, it's PARABEN FREE!


Testimonials



Jika berminat, boleh contact saya ye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...