Thursday, July 18, 2013

Puding trifle my style

Sebenarnya saya jarang buat dessert di rumah kerana encik suami kurang gemar. Pelik kan..Nama aje orang klate, tapi kurang gemar makan benda-benda manis. Anyway, bagus juga dari aspek kesihatan :)

Tapi last weekend rasa teringin pulak nak makan puding trifle ni. Pernah sekali dulu di awal perkahwinan cuba masakkan puding ni tapi kastardnya terhangit sedikit dan memang menjejaskan rasanya. 

Senang aja membuatnya dan bahan2 pun mudah dicari. Puding yang saya masak ni memang kurang manis. Sebab saya hanya letak 1 sudu makan gula dalam adunan kastard. Rasa manis hanyalah daripada agar-agar dan koktel buah tu je. Kira sihat jugalah kan puding ni..Hehehee..


Bahan-bahan

Swiss roll cake
1 tin susu cair
3 sudu tepung kastard
1 tin koktel buah
air (guna tin susu cair untuk sukat)
1 peket agar-agar kristal
gula secukup rasa anda

Cara menyediakan 

Potong swiss roll kek dan susun dalam bekas. Kalau guna bekas kaca lebih cantik sbb nampak nanti layer puding tu. Boleh juga siramkan air buah koktel ke atas kek jika suka untuk lembabkan kek tu.

Campurkan tepung kastard dengan susu cair dan air yang disukat dengan tin susu cair. 1 tin air sahaja. Kacau rata di atas api yang kecil. Masukkan 1-2 sudu gula. Tak letak pun takpe. Masak hingga kastard tu sehingga agak kental tapi jangan sampai keras. Selepas itu tuangkan adunan kastard di atas kek tadi. Biarkan seketika.

Taburkan koktel buah di atas kastard. Sukatan suka suka hati anda bak kata chef ammar :)

Masakkan pula agar-agar kristal tu dan siramkan di atas layer koktel tu. Lepas tu bolehlah disejukkan dalam 2-3 jam sebelum dimakan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...