Showing posts with label 3rd pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 3rd pregnancy. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Hamil semula selepas keguguran ~testimoni sendiri~

Assalamualaikum...
Tinggal beberapa hari saja lagi promosi GLA Complex Shaklee

Hari ni saya nak berkongsi testimoni sendiri setelah mengambil GLA Complex Shaklee ni..

Saya mengalami keguguran sekitar bulan Julai 2013..Masa tu kandungan dah nak masuk 12 minggu..Dalam tempoh berpantang selama lebih kurang 2 minggu saya hanya ambil antibiotik yg diberikan oleh hospital...Pada masa yang sama saya makan basic set shaklee (b complex, vit C dan vitalea) dan juga jus kurma qaseh adinda..Selepas 6 minggu, period datang semula..Alhamdulillah kitar haid pun normal saja..Bila datang mula datang haid barulah saya amalkan GLA complex ni dari hari pertama haid sehingga waktu subur. Lepas tu saya stop..Bila next datang haid baru saya ambil semula GLA complex ni semula..Kenapa saya ambil GLA Complex ni on and off?? Boleh refer pada artikel ini ya

Alhamdulillah bulan Sept 2013 saya hamil semula dengan izin Allah :) Bulan Jun lepas selamat melahirkan Mu'adz...

Bagi yang belum tahu pasal GLA Complex ni meh saya kongsi sedikit..

GLA Complex ni merupakan kombinasi minyak borage. Ia mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E..

Kebanyakan wanita biasa mengambil evening primrose oil (EPO) bila datang bulan kan? Saya dulu2 pun mmg ambil EPO..Tapi bila dah ambil produk Shaklee ni saya stop dah ambil EPO sebab kandungan dalam EPO adalah GLA..

GLA Complex memang sangat membantu melegakan sindrom pra-haid..Senggugut saya memang dah hilang sejak saya ambil GLA Complex..Selain itu, banyak lagi kebaikan GLA Complex ni untuk wanita tau! 

~kulit, rambut dan kuku yang sihat
~ketidakseimbangan hormon
~kecutkan bengkak (cyst)
~ikhtiar untuk hamil




Promosi GLA Complex ni hanya tinggal 3 hari saja lagi..Jom grab sebelum kehabisan!!

Wednesday, June 25, 2014

It's a boy!

Alhamdulillah, selamat melahirkan baby boy, 3.62 kg di HUKM tanggal 4 Jun yang lepas..Terima kasih Ya Allah di atas kurniaanMu ini...




Monday, May 19, 2014

Doa mudah bersalin

Reaching the final trimester....4 more weeks to go...



Moga dipermudahkan segala urusan hambaMu ini Ya Alllah, ameen..





Friday, May 9, 2014

GDM ohh GDM



Last few weeks aku ke klinik, antenatal check up for 30wks dan juga MGTT buat kali kedua..Awal2 pagi dah tercongok di klinik sebab nak minum air gula..Kali pertama buat MGTT masa 20 minggu..Bacaan alhamdulillah normal..

Kali ini bila nama dipanggil masuk ke dalam makmal, tengok air gula tu mcm makin tinggi sikit pula..Dah tu air dia suam2..Aduhaiii..masalah pulak nak menghabiskan air gula tu walaupun ada perisa..Kalau kali pertama dulu 2 teguk je berjaya menghabiskan, kali ini ade lah dalam 5-6 teguk, tu pun slow2 dan diselang rasa nak muntah :'(

Check up baby alhamdulillah semuanya ok takat ni..So petang tu tunggulah nurse call utk bagi result MGTT tu...Tapi sampai ke sudah takde pun terima mana2 call dari klinik..

Esok paginya baru nurse call..Sibuk katanya semalam ramai patient..Nurse pun sebutlah result MGTT..FSP 5.88, 2HP 9...Apeeee???9????Biar betul nurse? Nurse cakap betul la tu...Gelap seketika duniaku masa tu..perkataan GDM sudah menari2 di hadapanku..Nurse suruh datang klinik lagi 2 minggu utk buat BSP...Dah apa pula BSP tu..Yang aku tahu daripada pengalaman kawan2 katanya ambil darah sebanyak 4 kali..nurse pun terangkan serba sedikit pasal BSP ni..Tapi otakku x sempat nak digest sebab rasa terlalu stress mendengar result yang sangat tinggi tu!

Lepas letak telefon je apa lagi, teruslah menggoogle info pasal GDM dan BSP ni..Mungkin lepas ni buku merahku akan bertukar warna kepada sticker kuning pulak..Haishhhh x sukaa..Rasa macam repeat balik je MGTT tu..tapi azab pula nak minum air gula tu..Lama juga masa ku ambil untuk menenangkan diri..Berfikir secara positif..Apa yang berlaku tu pasti ada hikmahnya..Tengok dari aspek positif..Ada baiknya juga sebab kita boleh monitor setiap apa yang kita makan.





So BSP-Blood Sugar Profile  ni kita perlu ambil darah pada waktu2 tertentu..Ada 4 kali kena ambil..Macam aku nurse suruh datang klinik amik darah pukul 8.00 pagi, 11.00 pagi, 3.00 petang dan 9.00 malam. Malam sebelumnya perlu puasa seperti biasa jam 10 malam. Pukul 8 pg datang klinik amik darah. Lepas tu boleh breakfast. Puasa 2 jam lepas tu kul 11 pg amik darah semula. Continue makan n puasa, kul 3 ptg amik darah, makan, puasa dan last kul 9 mlm amik darah..Bunyinya macam haru juga sebab nak berulang alik ke klinik banyak kali. Aku tanya juga pengalaman kawan2 yang pernah buat BSP ni..Diorg kata diorang beli alat glukometer dan monitor sendiri aje di rumah. Result tu bawak je tunjuk kt nurse nanti..Hmm menarik juga cara tu kan..

Selain tu aku pun turut minta nasihat sahabat baikku, Nurul yang memang kerja dia pegawai dietitik di hospital. Alhamdulillah banyak juga perkongsian daripada dia..Yang penting ibu2 ada GDM ni kene pantau portion dan jenis makanan yang diambil. Jangan main sedap rasa je sbb baby dalam perut tu kene jaga juga..

Antara tips yang dia kongsikan dengan aku,

Nasi ambil portion yang kecil (1/4), sayur lebihkan (but not starchy veges spt adik beradik ubi, sengkuang, labu kuning, jagung, sukun. Banyakkan minum air kosong instead of air2 manis ni..Kalau nak minum air manis pun sehari sekali aje..Susu pun amik yg low fat aje dalam 4 sudu gitu.

Banyakkan buat aktiviti fizikal/bersenam utk energy balance supaya gula dalam makanan yang kita makan tu boleh fully utilized.

Skrg pun aku dah pandai guna glukometer tu, pinjam mak punya..Heheee..Nak beli juga la satu nanti senang nk buat monitoring.



So utk testing2 aku dah mula dah sebelum buat BSP di klinik nanti..
8.00 pg -6.0 (puasa)
11.00 pg - 4.7 (3 kpd biskut oat25 & segelas air lemon suam)
3.00 ptg - 5.5 (1 senduk nasi, ikan masak kicap, sawi, kerabu kacang botor, 4 kiub jambu batu, air kosong)
9.00 mlm - 7.2 (1 pinggan maggi goreng homemade, no perencah segera, 4 ketul pau goreng sambal, 1 gelas fresh milk)

Nampaknya ada tinggi pada jam 8 pg n 9 mlm..
8 pagi tu aku nak siasat nape tinggi pula sedangkan last makan pukul 7.45mlm gitu..Makan pun biasa2 je
9 mlm tu mmglah tinggi sebab aku dah balun 4 ketul pau goreng. Pau kan dihasilkan drp tepung. Banyak pula tu..Kalau nk mkn pun mkn yang steam punyo..Bukan yg goreng..

Menurut sahabat aku, bacaan sewaktu berpuasa mesti kurang dari 5.3 dan bacaan 2 jam lepas makan mesti tak lebih daripada 6.3

Insyaallah lepas ni aku akan cuba kawal pemakanan aku. Bagus juga kan? Lagipun x semestinya kl kita lulus MGTT tu kita boleh bedal apa saja..Sepanjang masa pun mmg kene control pemakanan utk kesihatan jangka masa panjang..

Jadinya aku bersyukur juga dengan ujian ini, sekurang2nya aku insaf skrg dan jaga pemakanan aku..Berat pun sudah turun 1 kg skrg :)

Tuesday, April 8, 2014

Sakit belakang ketika hamil??

Bila masuk final trimester, mesti ada di antara ibu2 yang mengalami masalah sakit belakang kan? Lately ni saya juga sering alami sakit di bahagian kiri punggung..Bila google, dikatakan ia ada kaitan dengan sciatic nerve atau dipanggil sciatica during pregnancy..

Ni saya C&P artikel dari whattoexpect.com mengenai sciatica

At various times throughout your pregnancy, your expanding uterus might put pressure on the sciatic nerve in the lower part of your spine, which causes lower back pain during pregnancy (which often travels throughout the body). When the baby starts to shift into the proper birth position in the third trimester, it can rest directly on the nerve, causing a major pain in the butt (and back, and legs).

 Sciatica can be constant or intermittent, depending on whether your baby changes positions. And you might not just experience this lower back pain during pregnancy — it can also stick around for a little while after you've given birth. 

Seriously memang rasa sakit especially masa lepas solat tu..Bila nak bangun je rasa sakit mencucuk di bahagian punggung..

So antara cara untuk mengurangkan rasa sakit adalah dengan melakukan pelvic tilts, berenang dan aktiviti regangan..

pelvic tilts

Wednesday, February 26, 2014

Berurut ketika hamil

Lumrah ibu2 hamil biasanya mesti merasa sakit belakang, lenguh peha, kaki cramp dan macam2 lagi..Esepcially bila usia kandungan dah masuk trimester 3 kan? Masa tu perut dah makin membesar dan pastinya pergerakan sudah terbatas..Nak tidur pun tak berapa selesa..Duduk pun tak selesa..Pendek kata buat apa pun tak selesa..

Untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan pada ibu2 hamil ni, bolehlah cuba berurut..Tetapi perlu pastikan anda berurut dengan juru urut atau therapist yang terlatih ya! Jangan pergi kepada tukang urut yang kurang mahir kerana dikhuatiri akan memberikan kesan tak baik pula pada ibu dan anak dalam kandungan. Anda boleh google spa2 yang offer prenatal/pregnancy massage..Memang ada tapi make sure mereka adalah ahli yang terlatih ya! Yang saya sempat google ialah Tanamera, Baliayu Spa Sanctuary, Khareyana Spa, Clarins.


credit to Google
Kelebihan urutan semasa hamil
  • Melegakan sakit belakang, sengal2 bahu dan badan,
  • Memperbaiki mood ibu, mengurangkan stress
  • Menjadikan ibu lebih bertenaga, cergas, segar dan rileks
Antara tips kepada ibu2 hamil yang ingin berurut:
  • Berurut di awal usia kehamilan tidak digalakkan (kurang daripada 12 minggu)
  • Masa yang terbaik adalah pada usia kandungan memasuki trimester kedua
  • Elakkan rawatan panas di spa seperti sauna, kolam air panas, jakuzi, rawatan muka juga perlu dapatkan konsultasi sebelum melakukannya. Ini kerana peningkatan suhu badan boleh menjejaskan peredaran darah dan nutrien kepada bayi.
Ibu2 yang ada masalah kesihatan semasa mengandung seperti hypertension, pre-eclampsia,  pernah mengalami keguguran, pernah mengalami kelahiran pra-matang  tidak digalakkan untuk berurut kerana dikhuatiri akan memberikan kesan tidak baik kepada ibu dan anak dalam kandungan. Boleh refer artikel oleh Dr. Zubaidi mengenai berurut ketika hamil di sini.

Teringin juga nak berurut masa pregnant ni..Tapi x berani la pulak..Heheeeee

Sumber:
BabyCentre
Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Friday, February 14, 2014

Pemakanan sihat semasa hamil

Entry ini untuk peringatan buat diri sendiri :)

Pemakanan yang sihat dan seimbang adalah amat penting kepada ibu2 hamil dan bayi yang dikandung. Biasanya waktu hamil ni lah kebanyakan ibu2 makan dalam kuantiti yang tidak dikawal dengan alasan "makan untuk 2 orang"..Belum lagi dengan mengidam macam2 makanan..Actually, ibu2 hanya perlukan extra 300 kalori saja dalam pemakanan semasa mengandung selepas memasuki trimester kedua. Kalau dah melantak macam2 tu rasanya dah terlebih kalori tu..Hihiii


Pada pendapat saya, tak salah kalau ibu2 nak makan macam2 apatah lagi bila mengidam sesuatu makanan tu..Tapi perlulah dikawal kerana zaman sekarang ni macam2 penyakit yang boleh menyerang ibu hamil. Paling banyak ialah GDM (kencing manis semasa hamil), tekanan darah tinggi, Hb rendah pun bermasalah juga..Yang paling bahaya ialah pre-eclamplsia yang boleh mengancam nyawa ibu dan anak.

Sejujurnya semasa mengandung anak pertama beberapa tahun dulu, saya tidak kisah sangat tentang diet yang seimbang..Mungkin masa tu first timer, pengalaman langsung takde jadi taklah begitu menjaga sangat pemakanan..Yang paling saya ingat saya sangat suka makan aiskrim McD..Bukan yang mahal punya pun..chocotop tu je  :) Syukurlah tak kena GDM masa tu..Overall weight gain pun tak banyak..less than 10kgs shj..Masa tu makan biasa2 aje, ambil prenatal vitamin klinik..Alhamdulillah takde masalah ketika itu..

Berbalik kepada pemakanan ibu2 hamil..Ibu2 perlu pastikan nutrisi2 penting diambil dengan secukupnya..Kadang2 memang sukar untuk kita penuhi keperluan tubuh badan, sebab itulah penting juga mengambil prenatal vitamin untuk melengkapkan mana2 yang kurang..Saya pernah terbaca satu komen seorang ibu yang baru lepas melahirkan. Menurut beliau, sepanjang hamil 9 bulan berat badan beliau tidak bertambah terlalu banyak tapi baby yang dilahirkan mencecah hampir 4 kg! Tapi drp gmbr2 yang beliau selalu post dlm fb, nmpk sgt suka makan makanan yang manis2..Makanan yang tinggi gula juga boleh mempengaruhi berat badan baby dalam kandungan..Mujurlah beliau tak kena GDM ;p

Sumber: google

Buah2 an amat penting untuk elakkan sembelit
Nak tahu berapa pertambahan berat badan yang wajar sepanjang kehamilan? Boleh refer di sini
Senaman membantu ibu2 kekal cergas dan bertenaga
Set hamil Shaklee..Berbaloi2
Kepada semua ibu2 yang sedang hamil, semoga dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan semoga dipermudahkan urusan ketika bersalin nanti..Doakan saya juga ya!

p/s: Bagi yang nk mencuba set mengandung Shaklee, jangan segan2 contact saya! Harga istimewa menanti anda :)

Sumber: 
WebMed
OHSU women health- my pregnancy plate
Dr. Zubaidi
MayoClinic-pregnancy diet

Sunday, January 12, 2014

Senaman ketika hamil

Siapa kata wanita hamil tak boleh workout/exercise? Tahukah anda, dengan bersenam/workout sepanjang hamil dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, diebetes dan hipertensi. Senaman juga membantu memudahkan proses melahirkan nanti.


Google
Sejujurnya, sepanjang 2x hamil sebelum ini, saya langsung tak bersenam. Hanya aktiviti berjalan saja. Itu dikira juga sebagai bersenam kan? Heheeee

Tapi untuk pregnancy kali ini, saya cuba untuk bersenam..Walaupun sudah memasuki trimester kedua, saya kira masih belum terlambat untuk memulakan. Bila tengok selebriti Yasmin Hani & Aishah Sinclair yang sangat rajin workout semasa diorg pregnant, buat saya 'buka mata'..

Bagi wanita yang sebelum hamilnya memang aktif membuat workout, tidak menjadi masalah untuk meneruskan aktiviti workout, tetapi perlulah mengurangkan workout yang menggunakan beban yang tinggi. Sementara bagi wanita yang kurang aktif, bolehlah membuat aktiviti yang kurang lasak dan selamat. Berjalan dan berenang merupakan aktiviti riadah yang paling selamat untuk ibu yang hamil. Akuanatal merupakan senaman yang baik untuk ibu hamil. Tapi kt Malaysia ni ada ke kelas akuanatal? Kalau ade mahu juga join :) Ohhh lama rasanya tidak berenang..Bolehlah cuba berenang nanti ;)

aquantal untuk ibu2 hamil
Selain itu, yoga dan pilates juga bagus diamalkan oleh ibu2 hamil. Bagi ibu2 yang sudah memasuki trimester ketiga pula bolehlah mengamalkan senaman kegel iaitu senaman kemutan. Senaman kegel membantu otot pelvik menjadi lebih kuat dan membantu dalam proses kelahiran kelahiran. Ia turut membantu mengurangkan risiko koyakan yang teruk semasa meneran.

Make sure tahap kesihatan anda adalah baik sebelum memulakan senaman ya! 
Bagi ibu2 hamil yang mengalami komplikasi di sepanjang kehamilan, haruslah berhati2 dalam memilih senaman atau dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Sekiranya semasa bersenam/workout ibu2 mengalami sesak nafas, rasa hendak pitam, bleeding atau rasa yang kurang menyenangkan, hendaklah berhenti dan rehat secukupnya.





Saya banyak menonton youtube aje masa nak buat stretching dan workout ni. Banyak sangat video dalam youtube yang membantu ibu2 untuk bersenam. Paling selesa, lakukan di dalam rumah sahaja :) Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai (cotton is the best) ya!

Ni antara rujukan saya;

flaviadelmonte
steadyhealth
bayi-ibu.com


 

Sumber:
Pregnant.my
BabyCentre.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...