Showing posts with label presint 5. Show all posts
Showing posts with label presint 5. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Kelas Asas Renang - final part

28 Mac lalu merupakan kelas renang terakhir..perasaan berbelah bagi ok..Suka sebab kelas dah tamat..Dah tak serabut fikir lambat ambil anak..dapur yg tak berasap..Sedih jugak dalam masa yang sama sebab lepas ni susah nk g swimming di tempat tertutup dan hanya WANITA sahaja..I met new friends there..walaupun sesama ptd, bukan senang nk dpt peluang macam ni..Coach pun baik2 belaka..

Sebelum bersurai, coach liza ajar kami menyelam..siap bersila kt lantai pool lagi. Tekniknya, kena lepaskn nafas sehabis2nya..Aku tak berjaya duduk bersila seperti dia..huhuu..Kalau ade kamera water proof tu memang syiokk berposing ni..

Habis sahaja kelas around pukul 7.30 pm, kami bersiap2 utk dinner pulak..Pakaian simple aje..baju pptd n seluar..We had a very simple dinner yet a memorable one! Seronok sangat coach Syima  comey kami datang dinner tu..Maklumlah dia tinggalkan kami terkapai2 sampai tamat kelas..huhuuuu

Lepas settle dinner, acara yg ditunggu2..berposinglah..heheeee..

with coach Syima (left) & coach Zaliza (right)




Saturday, April 6, 2013

Kelas Asas Renang - part 3

Frankly speaking sehingga kelas terakhir pun aku masih belum lulus freestyle..Apa masalah aku sebenarnye ni? Susah sangat ke? Pada aku yer..mmg agak susah..sbb aku x blh nk synchronise arm pulling dan kicking..hahaaa..redha aje la..actually bolelah buat cume nafas x pjg so suku pool aje la...heheeee

Di dua kelas terakhir, coach liza mengajar group kami breaststroke..org taman umah aku panggil katak style..bahasa melayu panggil kuak dada..hahaaaa

Alhamdulillah..x sangka boleh buat walaupun mula2 tu mcm x berapa nak yakin je kan...macam ni ye tekniknya..

sumber: google

Ni michael phelps sedang berbreaststroke ;)



Saturday, March 23, 2013

Kelas Asas Renang Part 2

Semakin menuju ke penghujung kelas renang ni, semakin stress pulok aku dibuatnye..aiyaaaakkkk!!!

Sebabnya??teknik freestyle aku masih belum betul..kadang2 tangan tak straight..kadang2 cara pulling tak betul..kadang2 kicking sangat lemah...alahaiiii..sebenarnya tidaklah stress sangat..tp disebabkan satu insiden yang berlaku last week, aku jadi demotivated dan kurang bersemangat nak meneruskan kelas :'(( tp kalau x teruskan kelas rugi pulak kan...


Mujurlah encik suami sentiasa memberikan semangat..tidaklah aku rebah terus..huhuu..


Penguat semangat untuk meneruskan kelas renang minggu hadapan :)







Oh Allah, aku ingin pandai berenang, ameen..

Sunday, March 17, 2013

Kelas Asas Renang - part 1

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)


kagum je kan tengok anak orang kecil2 lagi dah pandai berenang  :)
Masa DPA dulu memang kami diwajibkan menyertai kelas renang. Percuma aje. Tapi aku x khatam pun belajar atas alasan2 tertentu..huhuuu..aku hanya reti terapungkan diri sahaja. Minat nak belajar berenang tu memang ade tapi susah nak mencari kolam yang tertutup atau yang dikhaskan untuk wanita sahaja..Owhhh memang ada..tapi life guard semuanya lelaki..Memang aku kurang selesa..

Sehinggalah baru2 ini PPTD advertised kelas asas renang untuk wanita..Serta merta aku meringankan tangan untuk mengisi borang permohonan bersama seorang sahabatku. Alhamdulillah permohonan kami diterima. Bayaran dikenakan RM130 ada 8 kali kelas. Satu jam setiap sesi. Tempatnya pun dekat sangat dengan pejabat kami di Pusat Maritim. Sungguh, aku x pernah tahu ada wujud kolam tertutup di situ.



Setakat ini alhamdulillah sudah 4 kelas berlalu dan hanya berbaki 4 kelas sahaja lagi. Kelas sebelum ini kami diajar teknik pulling. Ohh nampak senang saja tetapi bila nak buat sendiri, x lepas2..bila tangan menarik air, kaki pula terlupa nak kicking..huk3..mujurlah coach kumpulan kami, coach Syima tu penyabar orangnya..aku pula yang rasa bersalah x lepas2 lagi teknik tersebut..Begini teknik pulling yang ku lihat macam senang tu..

http://www.youtube.com/watch?v=zhH1gFLRIc4

Jujurnya aku mulai gemar berenang sekarang..tapi persekitaran yang kurang sensitif membataskan peluang untuk wanita muslimah berenang. Di tempat yang kami belajar sekarang ni memang best sebab tertutup. Cuma ia tak buat sesi asing atau khusus untuk perempuan sahaja. Alangkah baiknya kalau pihak yang terlibat prihatin akan hal ini :)

Kalian yang ada anak2 kecil, galakkanlah anak2 anda berenang sejak mereka kecil. Berenang itu kan sunnah..Selain itu, berenang merupakan riadah yang sangat baik kerana anda menggunakan semua otot2 anda dan paling penting, risiko kecederaan adalah amat rendah berbanding sukan yang lain :)

http://www.facebook.com/photo.php?v=10151500105072243&set=vb.738462242&type=2&theater

Bersambung di entry seterusnya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...